Friday, February 28, 2014

Moringa Miracle Plant

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Pokok dari Keratan moringa ini saya beli dari tanamsendiri.com di rumahnya pada bulan lepas. Saya sangat tertarik untuk membeli kerana khasiatnya. Daunnya mempunya semua asid amino perlu yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk membina pertumbuhan badan.

Mr Chef yang beriya-iya nak beli pokok ni kerana dahulu katanya memang arwah mak tanam di rumahnya di Alor Setar. Kacangnya yang Mr Chef panggil kacang munggai sedap dimasukkan ke dalam kari ikan bilis. Dulu kata Mr Chef, kacangnya perlu cepat dituai sebab memang akan dicuri jika lambat tuai. Hujung minggu lepas Mr Chef masukkan daunnya ke dalam telur goreng kegemaran anak-anak.



Thursday, February 27, 2014

Hasil Tuaian Februari minggu ke-4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang budiman,

Hujung minggu lepas merupakan hujung minggu yang sibuk bagi kami sekeluarga. Kedua-dua hari penuh acara itu dan ini. Jadi pada hari Ahad setelah selesai acara sukan anak sulung saya Ahmad Muaz, kami terus balik ke rumah. Cuaca memang sangat panas dan agak berjerubu pada hari itu. Kami gagahkan jua untuk menyaksikan acara sukan sekolah yang berlangsung.

Setelah balik, saya terus keluar kebun untuk menuai sayur-sayuran yang dapat digunakan dalam masakan pada hari itu. Mr Chef nak masak kari ikan bilis bersama bendi dan terung bersama kacang munggai yang dibelinya. Sedap! Alhamdulillah.

Masha Allah! La quwwata illa billa


Kobis cina yangn melecur kepanasan


Wednesday, February 26, 2014

Berat atau panas?

Assalamualaikum dan selemat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,


Wednesday, February 19, 2014

Sunday, February 16, 2014

Kobis cina tahan panas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan yang budiman,


Benih kobis cina ini diberi oleh rakan sekerja saya. Sebelum ini dia telah memberi benih kobis bulat dan alhamdulillah menjadi. Setelah saya tunjukkan hasil kepadanya, dia rajin memberi biji benih kepada saya :) Ng Lee Siang berasal daripada Cameron Highland dan abangnya adalah seorang pemilik ladang sayur.

Kobis cina ini saya mula semai pada awal Januari 2014. Baja yang digunakan adalah air kisar perut ikan dan baja palet tahi ayam yang dibeli di My DIY Seksyen 19, Shah Alam. Daripada pemerhatian saya setelah 2 tahun berkecimpung dalam perkebunan, penggunaan air kisar perut ikan sebagai baja dapat memberikan hasil yang memberangsangkan.

Cuaca sangat panas pada hari siangnya. Terik matahari memang terasa bahangnya. Ada kebanyakan pokok di Petak Hijau melecur di tepi daunya dan layu pada waktu tengah hari panas membahang. Pokok kobis cina ini pun tidak terkecuali. Tetapi alhamdulillah dapat survive juga dalam keadaan panas ini.

25/1/2014 : Anak-anak pokok setelah dialih

8/2/2014

15/2/2014 : Kelihatan daun yang melecur di bahagian tepi

15/2/2014 : In different angle. Mr Chef nak guna dalam rencah masakan hari ini.


Saturday, February 15, 2014

Pembantu-pembantu kecil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Anak-anak teruna saya dua orang ini memang suka membantu ketika saya berkebun. Selalunya pukul 5 saya akan bersiap-siap untuk masuk kebun. Kids akan bertanya dan nak ikut juga. Tugas mereka selalunya menuai roselle yang tidak putus-putus berbuah. Alhamdulillah. Kids juga akan dengan sukarela hati akan minta untuk menyiram pokok-pokok. Kids dan air, habis berkecah Petak Hijau. Kadang-kadang tidak aman damai aktiviti perkebunan saya dengan pertengkaran kecil mereka. Selalunya pada waktu petang saya akan menjalankan aktiviti pemindahan anak pokok ke tempat bermastautinnya. Keletah mereka memang kadang-kadang annoying. They are kids. Playing is their KPI!


Hadiah lukisan dari Muhsin anak kedua saya yang berumur 5 tahun. Masya Allah, sangat sensitif dengan apa yang saya suka. Maka saya juga perlu sensitif dengan apa yang mereka suka.


Begitu teliti dan tekun kids menuai roselle sehingga sebatang roselle patah. Tutup mata pada kesalahan. Mereka menolong. Puji kebaikan mereka membantu.


Ini adalah bahagian kiri Petak Hijau dikawasan berbatu. Kononnya nak buat kolam mini di sini tetapi asyik tertangguh. Kids memang suka main di sini. Main batu baling sana sini. Suatu hari mereka sangat tekun mengerjakan sesuatu. Saya agak bising sebab habis batu sana sini bersepah. Nanti terpijak sakit kaki pesan saya kepada mereka. Saya hanya biarkan. Esoknya hanya saya seorang yang bercuti hari Wilayah, mengamati apa yang mereka dok main semalam. Masya Allah! Speechless! 



Friday, February 7, 2014

Mudahnya menanam bendi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Bendi nan sebatang sudah dipenghujung hayatnya. Alhamdulillah telah ada 3 pokok pewaris yang menyambung. Ini adalah kawasan sebelah kiri yang kebanyakannya saya tanam di atas tanah. Benihnya dicampak saja di atas tanah berhampiran bendi nan sebatang. Hanya tiga sahaja yang hidup.

Saya tidak tahu apakah jenis bendi ini sebab biji benih dah bercampur-campur. Yang pasti ia cepat berbuah. Tinggi baru sekaki sudah berbuah. Boleh agaknya jika nak bagi nama bendi sekaki :)

Kebiasaan saya akan menuai bendi jika panjangnya mencecah tidak kurang 5 cm. Tip dari tanamsendiri.com. Bendi bersaiz itu manis dan lembut.

Memang mudah menanam bendi. Jika ingin bermula berkebun silalah tanam bendi, in sha Allah jika cukup keperluannya akan mendapat hasil. Saya memang suka tanam bendi kerana dapat memberi peringatan kepada diri sendiri di mana dari bendi lah saya bermula. Apabila diri rasa baru nak mula, ilmu akan terus-menerus dicari gali.

Bendi sekaki

Selingan Jumaat

Al Kahfi : 39



Wednesday, February 5, 2014

Zuchinni Golden Arch Crookneck

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pengunjung yang dikasihi Allah,


Monday, February 3, 2014

Kacang panjang renek vs Kacang panjang memanjat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pengunjung yang budiman,

Kacang panjang renek batch kedua sudah berhasil kacangnya. Biji benih adalah hasil daripada pokok yang telah diberi oleh Pencinta Alam. Pemakan yang hebat. Penyanyang kepada keluarga. Saya sangat hargai pemberian biji benih dari rakan blogger ini. Didoakan rakan blogger ini diberikan pahala oleh Allah di atas kebaikannya berkongsi biji benih ini. Kacang panjang renek ini ditanam di sebelah kanan Petak Hijau.

Kacang panjang yang memanjat saya cuba tanam di atas tanah di sebelah kiri Petak Hijau. Saya juga mencuba tips dari tanamsendiri.com untuk hanya melilit-lilit kacang di tempatnya sahaja tanpa perlu trelis yang tinggi. Saya cuma letak trelis yang tidak berapa tinggi yang dibeli di Daiso.


Kacang panjang renek



Kacang panjang memanjat

Sunday, February 2, 2014

Keseronokan menanam sengkuang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera paa pengunjung yang budiman,


Sengkuang (Jicama/ Mexican turnip/ Mexican Yam) sangat mudah ditanam dinegara kita memandangkan ia memerlukan cuaca panas untuk bercambah. Berada di dalam keluarga fabaceae - bean family. Pokoknya akan memanjat jika diberi sokongan. Daun dan bunganya cantik. Ia kemudiannya akan menghasilkan kacang. Kacang ini tidak boleh makan. Ia beracun! Menurut Diana, untuk menghasilkan sengkuang yang besar, bunganya dibuang supaya nutrien yang diserap ditumpukan kepada tuber di dalam tanah. Ini kali kedua saya menanam sengkuang. Alhamdulillah, yang pertama tahun lepas sungguh memberangsangkan. Sengkuang yang ditanam ini jika menjadi dapatlah dimakan pada bulan puasa nanti.

Kali ini saya tidak memberikan tempat memanjat semulajadi. Mohon panjat sendiri pokok-pokok tinggi yang berdekatan :) Biji benih boleh didapati daripada Diana.




Saturday, February 1, 2014

Muzium Padi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,


Sebutir padi

Cerita ini berkisar pada tanggal Disember 2013 semasa saya bercuti panjang untuk hari perkahwinan adik-adik saya yang disayangi. Setelah selesai berkemas di rumah mak saya di Sungai Petani saya pulang ke Alor Setar ke rumah mertua di Alor Setar. Kerana cutinya panjang, jadi kami beragenda ke sana-sini di sekitar Alor Setar. Teringin juga ke Langkawi, tetapi memandangkan cuti sekolah, tentu ramai juga makhluk di Langkawi.

Kami berlapan ke Muzium padi membawa tentera-tentera Allah ini sambil meraikan kejayaan Ariff (anak saudara) mendapat 8A dalam keputusan PMR. Seronok juga ke Muzium padi, mengenali dengan lebih dekat tentang makanan ruji yang kita makan selama ini.







Kucing bodoh menarik perhatian kami



Muka gembira Ariff dapat 8A. Dia adalah pelajar sekolah Kolej Sultan Abdul Hamid.

Negeri Kedah Jelapang padi. Tetapi sekarang sudah banyak tanahnya ditambak dan digunakan untuk membuat perumahan. Adakah jolokan Jelapang Padi dapat dipertahankan 10 tahun kemudian?