Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terima kasih, jazakallahu khairan kepada rakan-rakan yang masih sudi menjenguk blog saya yang biasa- biasa ini. Saya masih aktif berkebun cuma tidak sempat mengemaskini entri di blog ini. Saya hanya sempat membuat laporan tanaman di Instagram dengan nama Petak Hijau. Rakan-rakan yang mempunyai Instagram sudi-sudikanlah komen di ruangan komen di Insta Petak Hijau, nanti saya akan follow rakan-rakan ya.
Alhamdulillah, bekalan bayam sentiasa ada di Petak Hijau sejak ia ditanam. Ia mudah ditanam dan dijaga. Jika dibiarkan berbunga mengeluarkan biji benih, maka banyaklah anak-anak pokok yang akan tumbuh merata-rata berdekatan dengan pokok induk. Jika rajin mengalih, banyak juga hasil yang diperolehi. Sejak akhir-akhir ini, saya agak sibuk dengan kehidupan harian. Tak sempat nak mengalih anak-anak pokok yang tumbuh merata-rata. Kami sekeluarga memang suka bayam jenis ini. Maka, kerajinan perlu ditambah untuk mendapatkan hasil kebun yang lebih banyak :) Man jadda wa jada.
Pada hujung minggu yang lepas, Mr Chef kurang sihat. Kerajinannya memasak juga merudum jatuh. Makanya, pada Sabtu yang lepas, dengan proaktifnya pada awal pagi saya telah menyediakan bubur nasi bayam yang berkhasiat untuk sarapan pagi dan juga makan tengah hari. Saya bukanlah seorang yang pandai memasak. Apabila masak pasti tak berenggang dengan buku resepi di sebelah :) Resepi bubur nasi ini saya ambil daripada laman web
aininizainal.com dengan sedikit olahan mengikut selera keluarga. Untuk penyediaan makanan yg sihat dan home remedy, bolehlah lawati laman web ini. Banyak yang saya belajar dan cedok ilmu daripada situ.
Alhamdulillah. Mr Chef yang sedang batuk dan selsema dan tak lalu nak makan, tambah sampai 2 kali penuh mangkuk. Syukur, ia memenuhi selera ahli keluarga. Setakat ni dah dua kali buat atas permintaan mereka. Cubalah.....
|
Bayam yang telah dialih cepat membesar. Jangan biarkan ia berbunga nanti dah tak berapa sedap sebab batangnya berserat sikit. |
|
Alhamdulillah. Memang besar -besar dan segar bugar daunnya hasil baja tahi ayam. |
|
MyPetakHijau Nutritious Porridge Recipe. |