Tanaman hiasan bernama sirih puteri ini dibeli di nurseri kawan saya di Kampung Melayu Sg Buloh. Asalnya ia berada di dalam pasu gantung. Tetapi setelah pertumbuhannya seperti terbantut saya bercadang nak alih ke pasu yg lebih besar, tetapi transit dulu atas tanah di sini. Syukur alhamdulillah, ia telah menjalar ke sana ke mari, malah daunnya 3 kali ganda besar dari pokok asal dan kelihatan hidup gembira bersama berkongsi tanah dengan pegaga gajah dan berjiran dengan bayam malabar merah.
Pada hari Jumaat yg indah ini saya ingin kongsikan kata-kata mutiara daripada Imam Syafie yang terkesan di hati saya :
Jika kamu tidak menyibukkan dirimu dengan yg haq, maka ia akan sibuk dengan yang bathil.
haq ~ perkara-perkara yg Allah suka. Buatlah apa saja asal Allah suka.
bathil ~ perkara-perkara yg Allah tidak suka kita buat.
Nanti sireh nie nak buat apa yer?
ReplyDeleteini tanaman hiasan....utk hiasan saja :)
Deletekat FH byk nih..nak bwk balik Subang tp Rizal tak benarkan sbb katanya beracun utk Rabbit. Nowadays nak menanam kena pikir hal dia pulak..ish..
ReplyDeletebaru tahu
DeleteSalam jumaat,
ReplyDeleteCantik dan besar daun dia, biasa pokok ni menjalar. Ada pernah saya tgk orang tanam menjalar sampai ke dinding rumah naik. Rimbun dan sejuk nampak rumah. :)
ada juga yg dah menjalar naik dinding.
DeleteOh, ada juga sirih puteri ya? Rasanya saya pun pernah nampak di rumah jiran. Dia buat macam gerbang.Tapi ada juraian pula.. mungkin akar dia
ReplyDeleteblh tanam indoor juga. saya letak dekat tv dan dalam toilet
Deletesalam....
ReplyDeletesinggah intai pokok2 menghijau sejuk mata memandang.....
sungguh sejuk :)
Deletesalam zam..
ReplyDeletebaru akak tau namanya sirih puteri.. biasa akak dengar chinese collegue kat ofis ni panggil 'money plant'..
saya pun baru tahu setelah baca buku tanaman hiasan yg dah bertahun2 beli ;)
Deletesubur nyer bayam malabar tu, projek bayam malabar kami masih ketot lg...
ReplyDeleteawal2 mmg agak ketot lama. bila dah naik syeh....cepat je memanjat sana sini
Deleteyer betul..awal2 lambat..kalau dh betul2 timing nak membesar..tak larat awk nak trim..percaya lah..:D
Deletesetuju dgn nadia
DeleteYang ni nama eng dia Pothos kn kalau tak silap. tanaman ni bagus utk indoor plant. salah satu tanaman yg boleh membersihkn udara dlm rumah. dan senang sgt menjadi bila taruh dlm pasu air. nak taruh byk2 dlm rumah nih..
ReplyDeletePothos :) pokoknya suka tempat sejuk. direct sun tak berapa nak membesar.
Deletepokok sireh putih namanya..baruku tahu..elok pulak kat tanah yer..dulu ada tanam dlm balang bulat..tapi sbb malas nak tukar air..dah buang aja..
ReplyDeleteitulah...membesar laaa pula. dulu dlm pasu ketot je. x cukup ruang gamaknya
DeleteSalam Zam,
ReplyDeletecantik namanya, sirih puteri! Selama ni Mak Aji dok panggil money-plant je. Mak Aji pun ada, sedang dok train utk menjalar kat pergola. Pun dok terfikir nak boh kat bilik air juga! Katanya pokok ni boleh bersihkan udara terutama bila ditanam dalam rumah.
saya dok biakkan byk2 sbb nnt nak tanam dalam rumah
Delete