Suatu malam minggu lepas sesudah pulang dari kerja, saya terjenguk2 tanaman di laman rumah terutamanya tomato. Apabila diperiksa, hampir kesemuanya sudah merekah! Alhamdulillah, bersyukur juga sebab boleh makan lagi :) Sesudah tidurkan anak yg mmg selalunya akan tidur awal, saya keluar menuai tomato. Sesambil itu, saya juga menuai cili kulai king dan bendi. Cili merah ada sebiji saja. Teringat cerita smRose tentang cili merah nan sebijinya. Sama kes lah ni. Lama juga nak tunggu cili jadi merah. Yang hijau pun jadilah! Berbekalkan sematfon yg dalam video mode (sebab ada lampu ~ ini kes torchlight kids main sampai rosak) tanaman ini dituai.
Pada malam semalam, sejurus mengalih semaian2 yg telah bercambah dari backyard ke laman depan, seperti biasa saya akan keluarkan sematfon yg berfungsi sebagai lampu suluh untuk melihat progress pertumbuhan tanaman. Alhamdulillah, terjumpa dua biji cili kulai king yang telah merah ini pula. Cili sebelah kanan adalah yg paling besar dituai setakat ini. Panjangnya hampir mencapai 7 inci. Benih adalah dari tanamsendiri.com. Sebelum ini mmg telah banyak kali saya tanam cili besar tetapi semuanya gagal. Ini adalah kali pertama cili besar panjang ini berjaya mengeluarkan hasil yg dapat menampung keperluan dapur kami di hujung minggu. Pada hari bekerja, saya hanya boleh melihat perkembangan tanaman hanya pada malam hari sahaja kerana sampai rumah mmg dah gelap.
panjangnya cili dia...
ReplyDelete6 inci plus plus
DeleteBestnya cili kulai nie kan..pedas tak?
ReplyDeletebest jugak :) x pedas. yg muda dibuat ulam.
Deletelumayan hasil tuaian kali ni, panjangnya ciliiiii
ReplyDeletesyukur alhamdulillah.
Delete6" < panjang cili < 7"
:)
panjangnye cili tu,berbaloi2 menuai walaupun waktu malam dalam keadaan tak berapa nk cerah.
ReplyDeletesyukur alhamdulillah. terhendap2 tgk pokok. risau jugak benda lain yg menjelmakan diri. na'uzubillah.
Deletesuka tengok sayur segar di tanam sendiri macam nie......
ReplyDeletesuka juga :) jomlah tanam sendiri
Deletezam, gigihnye...mlm baru boleh tuai hasil tanaman...tp kita puaskan dpt masak sayur dari tanaman sendiri...syabas zam...hehe
ReplyDeleteteringat bos smRose kata. pokok...makin dicantas semakin subur. semakin dituai semakin byk bunga maka semakin byk buah cili (kesimpulan saya).in shaa Allah. lepas blk kerja tgk pokok boleh hilangkan stress keje.
DeleteAs salam tuan kebun,
ReplyDeleteTuaian mlm gmbr pn agak kelam sikit kot sbb tak cukup lighting..hehe.. Cili kulai king saya, semua pkk yg ditanam dah berbuah. Saya tuai sblm masak.
tepat sekali. malam kelam camera sematfon pon jadi kelam :) saya nak merasa cili merah tanam sendiri. itu yg tunggu masak baru petik :)
Delete