Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pengunjung yang dikasihi Allah,
Jumaat yang lepas, tuaian dilakukan pada keadaan hujan renyai-renyai. Kununnya tak nak panas-panas, nak sejuk ala-ala Cameron Highland! Lepas tu sudah sudah mula pening kepala dan tersumbat hidung. Jika dulu, di Lenggong, main hujan adalah perkara biasa bagi saya dan kawan-kawan. Hujan di Lembah Klang ni memang dasyat. Kene sikit, sakitnya banyak! Tak mengapalah, sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Jalan terus :)
Hasil tuaian macam lebih kurang sama saja sebab semaian baru masih belum nampak batangnya.Kemeriahan hasil roselle memang terasa. Sebab saya sendiri yang nak menuai roselle yang merah memanggil-manggil inilah keluar juga walau hujan datang bertandang. Anak-anak senyum memanjang apabila dapat stok air roselle sepanjang masa. Stok jus roselle sentiasa ada di dalam peti ais. Alhamdulillah.
|
Hasil tuaian minggu lepas |
|
Jangan ditiru sikap pemalas saya nak alih semaian ke tempat yang lebih sesuai, Kasihan pokok-pokok roselle tak sempat nak alih. Membesar juga dalam keadaan sempit begitu. Sudah berbuah juga! |
|
Buah-buah roselle kelihatan merah memanggil-manggil mintak dituai. Pokok roselle sedang jadi juara di Petak Hijau sekarang :) |
Assalam awin,
ReplyDeleteterpegun tgk roselle tu sbb duduk dalam planter box je tp tumbuh mcm atas tanah. segar dan daun besar2. :)
musim hujan tiba2 ia bangun subur
Deleteawin.. mana aku nk cari benih roselle ni? teringin sgt nk tanam..
ReplyDeletezura....aku ada benihnya kalau nak emelkan alamat ko
Deletesaya pun dah mula semai pokok roselle
ReplyDeletealhamdulillah
Deletekagumlah,,duk dalam bekas kecik cam tu pun subur dan berbuah,,ada macam2 tanah kat nurseri,,awin guna yg mana erk?..
ReplyDeletesaya pakai tanah beli kat nursery my diy kat del 19..shah alam
DeleteSalam Awin, tangan sejuk ni.. dalam bekas kecik cmtu pun bleh jadi besar pokok rosalle tu.. Tahniah..
ReplyDeletetgn org malas ni...
DeleteSalam Awin,
ReplyDeleteSuburnya nampak pokok Rosselle tu, bagus buat air membekalkan vitamin c
alhamdulillah kak. musim2 hujan ni pembawa rezeki. tak payah nak siram pokok
DeleteSalam Awin,
ReplyDeleteGeram tengok roselle Awin! Nampak gaya nak kena beli lagi roselle ni untuk kali ketiga!
nape mak aji?
DeleteMerah menyala roselle macam hiasan XMas.
ReplyDeletemerah darah. kulit pun tebal
DeleteRosele k mar tinggal sebatang je he he .. tapi masih meriah dgn buahnya... suka tengok rosele Awin ni.... subur sungguh..
ReplyDeleteboleh semai lagi kak mar. saya guna konsep tabur saja macam sifu Diana.
Deletebertuah nya pokok roselle sangat subur...sy punya dah nak kering...tengok macam benih nya tumbuh yang baru...
ReplyDeletedah habis life cycle nya kot.
Delete