Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,
Saya mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman pada cuti sekolah yang lepas. Destinasi pertama kami pada hari Khamis itu adalah Alor Star, rumah mertua saya. Sempat saya mengambil pokok pandan dan akar seruntun untuk ditanam di Petak Hijau. Esoknya, kami pulang pula ke Sungai Petani, rumah mak saya. Singkat sahaja masa cucu-cucu nak bermanja dengan Tok Wan kesayangan.
Masa kami terhad. Kami perlu pulang kembali ke Shah Alam pada hari Sabtu. Jika berada di Sungai Petani, lazimnya, saya gemar meronda ke serata pelusuk tempat yang bertanah, sambil dalam fikiran merangka-rangka tentang tanaman yang bakal ditanam. Di Sungai Petani (rumah mak saya), terdapat sepohon pokok inai yang sudah tinggi separas bumbung. Selalunya saya tidak peduli sangat tetapi pada hari itu, saya teruja melihat 6-7 biji petola sarang yang sudah tua di atas pokok inai. Tanpa berlengah lagi saya mengait buah-buah tua yang berada di puncak pokok inai tersebut.
Hati melonjak gembira apabila petola sarang yang telah tua itu telah memberikan banyak biji benih dan span pembasuh pinggan saya yang baru! Alhamdulillah, tidak perlu lagi membeli Scotch 'N' Brite. Jimat selama setahun!
|
Gembira rasa di hati melihat petola sarang tua ini blink blink macam melihat emas! |
|
Setelah dibersihkan, cantik berseri span pembasuh pinggan yang baru ini. |
|
Sekarang musim buah mempelam di rumah Opah Zah. Kami pun turut serta Cik Ain yang mengandung makan mempelam cicah gula letak kicap dan hirisan cili. Jika ada Pak Teh mesti lagi rancak makan cicah ni. Tahun ni Opah Zah buat hard pruning. Banyak pucuk-pucuk terbit dari dahan. Buah-buah berjuntaian unik keluar dari dahan! |
|
Ini adalah satu pokok kuinin daripada tiga pokok depan rumah. Buahnya lebat! Alhamdulillah. Nanti dah masak, ada aroma semulajadi depan rumah Opah Zah :) Kene cari tiket keretapi, perlu balik kampung nak makan kuinin! |