Saya mula berminat untuk berkebun sejak 2 bulan yang lepas. Pokok makanan pertama yang saya tanam adalah pokok kari pemberian arwah abah saya. Pokoknya asalnya kecil. Tapi setelah saya membuat pembacaan dari internet tentang penjagaan pokok dan mempraktikkannya, alhamdulillah pokok kari saya mula menunjukkan pertumbuhan positif. Saya memang suka makan pucuk kari sebagai ulam. Saya memang tak tahu pucuk kari boleh dibuat ulam sehinggalah arwah mak mertua saya mengenalkannya kepada saya.
Alhamdulillah, sudah terdapat beberapa jenis tumbuhan yang telah berjaya saya tanam dan tuai hasilnya. Antaranya bendi, sawi, kobis cina, asin-asin (cekur manis), bayam merah, kangkung, pegaga gajah, daun bawang, ulam raja dan selom. Tidak dapat dinafikan terdapat banyak cabaran dalam menanam dan menjaga tumbuhan-tumbuhan. Tapi setelah membuat pembacaan di blog-blog yang menanam sendiri, sebahagian daripada masalah telah dapat di atasi.
Banyak lagi yang saya perlu belajar. Ilmu saya masih sangat cetek tentang banyak perkara tentang tumbuhan. Saya sangat kagum dengan tokoh-tokoh Islam dalam bidang pertanian dan pengkajian tumbuhan seperti Al-Dinawari, Ibnu al-Awwam dan Ibnu al-Baitar. Saya harap dengan aktiviti berkebun ini, hati saya akan lebih dekat kepada Pencipta dan Pemilik langit dan bumi dan alam semesta. Lihat nikmat, ingat Pemberi nikmat.
Hello Dear. Welcome to the blogging world. Baru perasan you dah buka blog. Hope to see more of your garden soon.
ReplyDeleteDiana....tq for dropping by. Byk ilmu kene kutip dari rakan2 kebun tanam sendiri. Masih lagi merangkak. Rakan2 lain dah otai.
ReplyDelete