Dulu, laman rumah saya hanyalah rumput nan hijau dan terdapat beberapa pokok hiasan yg berfungsi untuk mengindahkan kawasan laman rumah. Setelah berkebun, laman tidaklah sekemas dulu tapi sekurang-kurangnya mendatangkan hasil untuk menjadi bahan dalam masakan di dapur keluarga kecil kami. Contohnya 5 pokok bendi dah lebih dari cukup utk bekalan kami setiap hujung minggu. Dapat juga menambahkan buah-buah pahala apabila hasil tanaman dapat diberikan kepada jiran. Mungkin kene menambahkan sedikit seri kebun dengan menanam beberapa pokok bunga. Tanaman bunga apalah yg sesuai di Petak Hijau ni ye?
Salam..selamat tahun baru...cantik dan segar nampak petak hijau tuh yer...hiasan pun elok jugak yer...heheh
ReplyDeleteTerima kasih. Sila beri tunjuk ajar :)
DeleteTahniah dapat membersihkan udara di kawasan perumahan awak ya! Azam baru tentu makan banyak dari hasil tangan sendiri kan...
ReplyDeletemmg point yg sesuai "membersihkan udara" since rumah saya berdekatan dengan kilang2 :)
Delete