Disebabkan kawasan rumah saya yg terhad untuk bertanam itu dan ini, jadi saya telah membesarkan wilayah kebun hingga ke utara tanah air :). Kawasan tepi rumah mak telah ditukarkan menjadi sebuah kebun. Saya namakan Petak Hijau Seri Bayu. Mak juga membantu. Puas juga pujuk mak supaya tak simenkan kawasan tepi tu. Semoga kawasan tepi rumah akan lebih ceria dan meriah dengan kehadiran pokok2 tanaman yg saya tabur. Dahulunya kawasan ini dihuni oleh pokok anggur arwah abah. Tapi setelah perginya abah menemui Illahi, pokok anggur terbiar mati.
Gambar di bawah (diambil pada minggu ketiga bulan Disember) adalah Red Romaine Lettuce, Butter Bean Cherokee Wax dan jauh nun dihujung adalah Spagetti Squash. Benih dibeli dari kebunbahagiabersama.blogspot.com. Menurut maklumat mak minggu lepas, pokok kacang dan spaghetti squash telah mengeluarkan bunga. Alhamdulillah. Red Romaine Lettuce pula dah hampir separuh dituai sebab tak sabar nak makan. Di atas batas jauh nun pun ada jugak sekelompok red romaine yg makin membesar. Yg nampak hijau2 di bawah tu adalah kobis cina dan sawi menang. Di tepi-tepian adalah ulam raja. Yg berselang seli pula adalah pokok bawang. Alhamdulillah. Besar2 dan gemuk2lah wahai pokok2 di Petak Hijau Seri Bayu. Gembirakanlah hati mak saya (\^_^/)
Status terkini Butter Bean Cherokee Wax - akhirnya kacang menjelma
Status terkini sawi menang dan ulam raja - mmg menang.
Amboiii...siap bercwngn lai petak hijau nie..:)..apapun eloklah tuh gunakan mana2 ruang yg ade..
ReplyDeleteBg mak saya bz jaga pokok2 sambil tunggu adik2 blk dari kerja/sekolah :)
Deletehehehe......banyak cawangan rina. Sawi menang tu tak tahan tgk......nampak sedap. Lepas ni meriah la kebun Petak Hijau Seri Bayu dengan tanaman2. Go..go..chayok. :)
ReplyDeleteCawangan petak hijau seri bayu utk mak. Biarla dia belek pokok2 tatkala sunyi
Delete