Wednesday, January 30, 2013

Thai basil pembangkit selera

Assalamualaikum,
Saya suka rasa Thai Basil. Selalunya saya kutip Thai Basil jika Mr Chef nak buat kari hijau daging. Memang yummy! Kadangkala jika jemu makan ulam raja saya petik pucuk Thai Basil yg muda untuk buat ulam. Mr Chef juga pernah buat goreng sos tiram dengan mushroom dan daging lembu. Pun sedap! Baunya memang menaikkan selera. Makan bertambah2. Semasa bercuti di Vietnam Disember 2012, di dalam salah satu hidangan makan terngah hari, kami dihidangkan dengan isi ikan talapia goreng dan daun thai basil muda dan dibalut dengan rice paper. Sedap! (Semua sedap kan!)

Thai Basil ni saya tanam melalui keratan batang lebihan dari beli di Checkers. Awalnya mmg lambat sikit pertumbuhannya. Tapi jika sudah stabil akarnya, mmg cepat merimbun dan berbunga. Saya tanam merata2 dalam Petak Hijau khusus untuk menghalau serangga2 perosak. Setakat ni alhamdulillah agak berjaya. Namun kekabuh timun mmg kebal dengan baunya.



7 comments:

  1. buat ulam sedap eh...belum try lagi..tapi kalau taruk dalam masakan memang wangi..bangkit selera

    ReplyDelete
  2. Sedap yer..sy sbnrnya tak pernah cuba masakan ngan basil nie..mungkin blom pernah rs pun yer..

    ReplyDelete
  3. saya biasa masukkan dalam masak lemak putih labu manis..sedap. ada kelainan dari segi rasanya..berbeza kalau x dimasukkan ke dalam masakan labu tu..

    ReplyDelete
  4. yang ini namanya bukan selasihke?

    ReplyDelete