Asin-asin adalah nama yg dipanggil Mr Chef. Pokok ini adalah salah satu dari pokok kesayangan Mr Chef kerana ia mengingatkan kepada arwah ibunya. Nama biasa yg diguna pakai adalah cekur manis. Mr Chef mmg sangat suka makan asin-asin. Jadi berjangkitlah kpd kami anak-beranak. Mmg sedap pun kalau dimasak bersama cendawan atau dibuat masak lemak putih. Walaupun daunnya berwarna hijau tapi rasanya manis.
Saya semai menggunakan batang lebihan yg dibeli di pasar. Sebelum semai, saya akan letak rooting powder sikit di hujung batang. Alhamdulillah, hidup segar bugar. Sudah beberapa kali tuai dan batangnya digunakan semula utk semaian. Musuh utama asin2 adalah ulat beluncas. Mmg boleh dogoi lah pokok kalau beluncas datang menyerang. Beluncas panjang2 pandai main sorok2 di ranting daun2nya. Sekali jumpa mmg kutip dan buang. Sempat jugalah beluncas2 ini menghadam sepokok asin2. Paling seronok anak-anak saya. Sejak saya berkebun macam2 serangga mereka tengok. Kadangkala, bunyi cengkerik memecah kesepian malam. Saya tidak berasa terganggu, malah terasa tenang, mengingatkan kembali tempat saya dilahir dan dibesarkan, di kaki Banjaran Bintang.
Dalam petak asin-asin ni juga di bawahnya terdapat thai basil, pudina, cekur dan bayam malabar merah. Cekur hidup subur dalam petak ini. Thai basil pula memanjang mencari cahaya agaknya. Ini kerana petak asin-asin ni mendapat sedikit cahaya pagi dan sedikit cahaya tengah hari. Kawasannya agak terlindung dari panas terik. Pudina yg daunnya sering saya gunakan semasa minum green tea petang2 dan kadangkala dibuat ulam mmg tak jemu membiak :) Alhamdulillah.
Sekali baca mcm bynyinya asam masin..heheh..cekur manis rupanya..awak boleh buang ulat ngan tgn jer yer...kalau sy mmg geli wehh..
ReplyDeleteOh tidak dgn tgn. Saya potong ranting terus buang dalam longkang. Geli geleman juga
DeleteSuburnya, pokok-pokok cekur manis kami meninggi tapi daunnya habis diserang oleh virus mengakibatkan daunnya berwarna keputihan.
ReplyDeleteYg ni putih jugak ditgh. Spesieskah atau virus?
Delete