Sunday, January 13, 2013
Kesum nan sepasu
Assalamualaikum,
Daun kesum sudah banyak kali saya tuai kerana Mr Chef suka masak asam pedas dan nasi goreng kerabu. Saya semai pokok kesum dengan menggunakan lebihan batang yg dibeli di pasar. Apabila pokok membesar dan dituai, batang tersebut digunakan semula untuk menyemai lagi. Selalunya, saya akan rendam dahulu batangnya. Apabila akar2 halus keluar baru saya akan tanam dalam bekas ini. Sebelum ni pokok kesum tak serimbun ni. Tapi setelah dipindahkan berhampiran paip, besar2 pula daunnya. Mmg pokok ini water-friendly :) Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau cepat membesar seronok kan tanam.takyah tanam byk2..cukup makan sudahlah..:)
ReplyDeleteSetuju!
Delete