Thursday, January 10, 2013

Bayam malabar merah sedap dan berkhasiat


Assalamualaikum,
Benih bayam malabar merah yg saya semai mmg lama juga nak bercambah.  Yg ini pun dikutip dari tempat kompos. Bila dah bercambah, cepat pula pertumbuhannya. Pokoknya yg cepat meninggi pernah rebah ke bumi sekejap sebelum saya letak trelis bulat2. Dalam pasu ni ada 3 pokok. Mmg sejuk mata memandang bila ketiga2nya berlumba2 memanjat trelis.

Setakat ni dah sekali tuai. Mr Chef goreng dengan sos tiram, cili dan telur bersama bendi. Sedap juga. Pernah juga petik daunnya dibuat ulam. Rasanya not bad. Bolehlah ditelan :) Dikatakan bayam malabar merah ni dpt membantu membaiki organ2 dalaman yg rosak. Ada lagi 4 pokok yg berada di kawasan berbeza di Petak Hijau. Tapi yg dalam pasu ni plg cepat pertumbuhannya. Mungkin yg lain2 tu ditanam atas tanah dan tanah di depan laman saya tu pun bukanlah elok sangat. Jom cuba tanam dan makan!




12 comments:

  1. lain sikit bayam malabar nie dr bayam biasa ye..

    ReplyDelete
  2. Bkn sikit, byk jugak perbezaannya. Yg ni batang berlendir.

    ReplyDelete
  3. pernah beli kat tesco..mmg batangnya berlendir kan...
    salam kenal dan saya follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah pula jumpa kat tesco.btgnye mmg beelendir sikit

      Delete
  4. cantik pulak macam pokok hiasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga buat hiasan sbb batangnya yg merah menyerlah. Pasu ni pun saya letak di luar pagar.

      Delete
  5. Baru teringat tak semai lagi benih yang ada ni. Cantik menyerlah batangnya.

    ReplyDelete
  6. Teringat entry dari nadia pasal bayam malabar ni....nadia cakap rasa macam makan benda terbakar. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya makan kebanyakan makanan, tolak yg haram, batu n kayu ja :)

      Delete
  7. sekarang bayam malabar yg sy tanam ada bunga pink mcm sakura..pastu bertukar jd bulat hitam not sure biji benih ke apa...dlm kebanyakkan sayur ada di kebun sy..bayam ni ramai yg tertarik...boleh dibuat hiasan sbb cantik melingkar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biji benih kot yg hitam tu. pokoknya sgt menarik kan.dah potong cepat je keluar sulur baru.

      Delete