Assalamualaikum,
Hujan rahmat yg tidak jemu turun setiap hari telah menggalakkan pertumbuhan rumpai2. Jadi saya telah mengalih semua pokok2 untuk memudahkan saya membuang rumput rumpai. Awalnya, sungguh bersemangat saya nak potong sendiri rumput rumpai. Bolehlah juga mengeluarkan peluh2 terpendam. Tapi bila semua pokok2 dialihkan, dan sakit pinggang, dan lenguh di sana sini, kemudian saya mengambil keputusan untuk outsource saja kerja tersebut. Saya panggil tukang potong rumput yg sedang berkeliaran mencari pelanggan. Alhamdulillah, satu kerja telah selesai. Dapatlah satu plastik besar rumput yg akan dihumbankan ke dalam tempat kompos. Inilah salah satu kebaikan tanam dalam bekas, boleh dialihkan sesuka hati. Gambar sebelum saja ada, yg selepas terlupa nak ambik dek kerana terlalu penat (\^_^/)
Salam,
ReplyDeletemeriahnye tanaman rina.....tengok kat sebelah tu ada mcm lebihan tanah. tak mau tanam situ ka? :)
Ibu qis, pokok ni asalnya dari situlah. Saya alih ke porch kereta utk memudahkan proses memotong rumput. Lps potong saya alih semula ke situ :)
Delete