Wednesday, January 23, 2013

Si merah hijau Costus Woodsonii

Assalamualaikum,

Pokok Costus woodsonii ini saya beli di Nurseri kawan saya di Kg Melayu Sg. Buloh dgn harga hanya RM8 sepasu. Bunganya yg merah menyerlah dikalangan daun hijau gelap sungguh menarik mata saya yg memandang. Asalnya saya letak dalam pasu tapi tak berapa nak membiak. Jadi saya tanam atas tanah depan pagar rumah.  Banyak pula pucuk2 baru muncul tidak lama kemudian. Selalu juga saya potong batang2 yg tua. Lepas potong batang yg dah tua, selepas tu mesti muncul pucuk baru. Mmg agak mudah menjaga pokok ni.

Dalam pembacaan saya tentang pokok ini, pucuk kuning kemerahan yg keluar dari celahan bunganya yg seperti lipstick itu boleh dimakan. Tapi saya belum pernah makan. Nak cuba juga suatu hari nnt. Kelihatan di dalam gambar ada serumpun ulam raja yg beraja di rumpunan costus woodsonii. Sampai tak nampak sudah rumpun costus woodsonii satu lagi.


5 comments:

  1. pucuk merah tuh nampak segar kan..unik jgk sbb dalam khijauan keluar merah..

    ReplyDelete
  2. Kami ada similar macam ni tapi batang dan daunnya kemerahan. Nanti dah cuba makan beritahulah rasa apa.

    ReplyDelete
  3. saya pun ada pokok ni,sbnarnya ada dua jenis,satu bunganya pendek sdkit satu jenis lg bunga dia panjang,skali imbas sama tapi tak serupa,daun ,bunganya seiras tp sbnarnya ada beza skit..dr pengalaman saya pokok ni mmg byk perlukan air,blh diletak tgh panas,blh jg ditempat redup,dia flexible tp mmg air kena jaga

    ReplyDelete