Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setelah habis musim capsicum hujung bulan lepas, dan setelah saya mencantas cabang-cabang red capsicum, ia berbuah lagi. Tanpa disedari, sudah ada beberapa buah red capsicum yg menjadi. Syukur alhamdulillah. Setelah membuat cantasan cabang, saya letak baja tahi kambing dan minggu lepas saya letak air kisar perut dan kepala ikan. Batang red capsicum ini juga sudah membesar dan gembira berada dalam polibeg 16". Gembira dengan hasil capsicum ini, saya bercadang menambahkan lagi variasinya. Mungkin yellow capsicum pula :) Saya teruja menanam capsicum kerana sangat suka makan grilled vege letak capsicum tanam sendiri yg dimasak Mr Chef! Delicious! :)
Sunday, March 31, 2013
Friday, March 29, 2013
Sirih puteriku sayang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Tanaman hiasan bernama sirih puteri ini dibeli di nurseri kawan saya di Kampung Melayu Sg Buloh. Asalnya ia berada di dalam pasu gantung. Tetapi setelah pertumbuhannya seperti terbantut saya bercadang nak alih ke pasu yg lebih besar, tetapi transit dulu atas tanah di sini. Syukur alhamdulillah, ia telah menjalar ke sana ke mari, malah daunnya 3 kali ganda besar dari pokok asal dan kelihatan hidup gembira bersama berkongsi tanah dengan pegaga gajah dan berjiran dengan bayam malabar merah.

Pada hari Jumaat yg indah ini saya ingin kongsikan kata-kata mutiara daripada Imam Syafie yang terkesan di hati saya :
Jika kamu tidak menyibukkan dirimu dengan yg haq, maka ia akan sibuk dengan yang bathil.
haq ~ perkara-perkara yg Allah suka. Buatlah apa saja asal Allah suka.
bathil ~ perkara-perkara yg Allah tidak suka kita buat.
Wednesday, March 27, 2013
Hasil tuaian 230313
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Syukur alhamdulillah. Tuaian hujung minggu lepas meriah dengan sayur-sayuran hijau. Pertama kali dapat rasa makan mentah mustard red giant. Memang rasanya spicy.

Rosselle, radish, tomato, cili kulai, bayam hijau daun bulat, sawi hong cut flower dan mustard red giant.
Semasa sarapan, Mr Chef masukkan mustard red giant dalam maggi penne seafood sup :) sedap juga. Bertambahlah 2 kali. Semasa tengah hari, sesambil Mr Chef masak untuk lunch, sempat pula dia membuat salad letak thousand island yg terdiri daripada mustard red giant tanam sendiri, tomato tanam sendiri dan lobak merah beli sendiri. Sedap! Kalau makan raw mmg saya tak selesa :)
Sempat snap gambar bunga sawi menang semasa menuai.
Tuesday, March 26, 2013
Bendi singa mengaum
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Syukur alhamdulillah, bendi singa (benih dari tanamsendiri.com) sudah mula mengeluarkan hasil. Bendi adalah tanaman yg mudah ditanam. Sejak saya mula berkebun september 2012 sehingga sekarang, tidak pernah lagi membeli bendi di pasar kerana hasil tuaian sebanyak 5 pokok dapat memberikan hasil yang lebih dari cukup untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah. Sebelum ini saya pernah menanam bendi biasa (benih beli di pasaraya) dan bendi emas (benih dari tanamsendiri.com). Saiz kepanjangan kedua-dua bendi tersebut mmg tidak boleh lawan bendi singa. Dalam masa 3-4 hari ia boleh memanjang sepanjang ini yg panjangnya lebih kurang sejengkal setengah. Jika masak kari, sebiji bendi pun sudah cukup rasanya.

Daun bendi singa juga sangat besar. Bolehlah nak letak dua tapak tangan di situ. Pertumbuhannya cepat, jadi saya sarankan guna kaedah direct sowing jika anda seorang yg kurang rajin dan terlampau sibuk untuk memindahkan anak semaian.
Monday, March 25, 2013
Bayam malabar merah bersimpang siur
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apabila yang selalunya memanjat dibiarkan melata begini tanpa pancang, bersimpang siurlah ia mencari tempat berpaut. Satu pucuk telah berjaya pun berpaut di salah satu pokok asin-asin. Disebabkan batangnya yang merah menyerlah, tanaman ini kelihatan cantik bersimpang siur begitu :) Sungguh senang mata yang melihatnya ;)
Setiap hari ahad saya akan mengutip pucuk-pucuk serta daun-daun muda bayam malabar, pegaga gajah, cekur dan ulam raja untuk dibawa ke pejabat untuk berkongsi makan secara berjemaah semasa makan tengah hari di pantry. Sejak akhir-akhir ini saya bersemangat membawanya ke pejabat kerana selalunya ulam-ulam ini akan dihabiskan oleh rakan-rakan. Syukur alhamdulillah.

Sunday, March 24, 2013
Jicama sudah memanjat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ini kali pertama saya tanam sengkuang. Benih dibeli daripada kebunbahagiabersama.blogspot.com. Ada beberapa tempat saya tanam sengkuang dan ini (seperti di dalam gambar) adalah salah satunya. Ia ditanam di dalam container. Saya juga menanam red romaine lettuce dalam satu container. Tetapi disebabkan hujan rahmat t 3-4 hari ni, red romaine lettuce terpenyek dek kerana hujan yg lebat. Kelihatan sengkuang sedang belajar memanjat di pagar penghalang kucing. Saya tak sempat nak guide sengkuang ini memanjat kerana setiap hari balik lewat dari kerja. Semalam ternampak ia seperti terkedek-kedek memanjat pagar. Terdapat 3 kali tempat kawasan tanaman sengkuang ini. Satu di dalam styrofoam, satu dekat pokok bendi dan satu lagi di pokok asin2. Saya harap kedua-duanya dapat memanjat pokok bendi dan asin2 dengan gembira. Kita tunggu hasil lagi 5-6 bulan :) in shaa Allah.

Saturday, March 23, 2013
Gerbera Daisy penyejuk mata
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setiap hari ke tempat kerja, saya akan melalui sebuah kedai yg menjual jambangan bunga dan kadangkala pokok2 bunga. Setiap kali ternampak pokok2 bunga meriah memenuhi ruang kedai kecilnya yg terletak di dalam bangunan tertinggi di Malaysia itu, hati meronta2 mahu membelinya. Tetapi hasrat terpaksa dipendamkan kerana mengejar masa untuk ke pejabat. Semalam, hati sudah tidak tertahan lagi melihat bunga2 ini kembang mekar di kedai sejemput itu. Semasa cuti rehat tengah hari digagahkan kaki ini ke kedai itu. Dapatlah sepokok gerbera daisy dan sepokok kaktus. Gembira rasanya. Jika Gerbera daisy ini dapat hidup dengan baik di cubicle kecil saya ini, saya berazam nak menambahkan lagi koleksinya :) Gerbera daisy, penyejuk mata semasa sedang tension bekerja.

Friday, March 22, 2013
Royal burgundy bush bean
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya masih belum berjaya menanam sebarang pokok kacang pun sehingga ia dapat dituai. Pokok akan mati ditengah jalan. Saya tidak akan berputus asa dan akan mencuba sehingga berjaya! Kali ini saya menyemai banyak pokok kacang. Kacang panjang renek amiro82 (saya namakan sempena nama pemberinya), kacang panjang jiran, pencil pod bush bean kbb dan royal burgundy bush bean kbb. Merata2 saya semai. Jika menjadi mmg boleh buka mini pasar organik depan rumah :)
Syukur alhamdulillah, jiran saya pun mula berkebun. Dia tanam kacang panjang menjadi. Dapatlah juga kami makan kacang tanam sendiri walaupun dari hasil dari kebun jiran. Jiran mmg tahu saya suka berkebun dan dia berkongsi benih dengan saya dan saya pun membalas semula dengan benih bendi. Hujung minggu lepas saya hanya sempat memgambil gambar royal burgundy bush bean. Masa terhad pada hujung minggu lepas kerana sibuk dengan hari sukan anak sulung. Saya akan cuba buang tabiat tidak memberi banyak baja khusus kepada pokok2 kacang ini untuk mengelakkan sejarah kematian berulang.

Janji Allah itu pasti
Biar rebah, jangan berubah
Biar terbuang terus berjuang
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Semakin dekat kepadaNya,
Semakin kuat ribut taufan melanda
Usah resah bila diuji
Pasti kebahagiaan bakal dimiliki
Kerana janji Allah itu pasti... Allahuakbar!
Thursday, March 21, 2013
Bayam Hijau Daun Bulat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bayam hijau daun bulat sedia untuk dituai. Benih adalah daripada tanamsendiri.com. Bayam jenis ini tak banyak karenah menjaganya. Setelah ditabur dan bercambah, saya jarakkan pokoknya dan ia cepat membesar selepas itu. Seminggu sekali letak baja tahi ayam. Bayam ini di tanam di dalam bekas daun pudina. Bayam mendapat tanah, pudina pun dah tak nampak sudah.

Tuesday, March 19, 2013
Serangga perosak (?)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Serangga ini kelihatannya berkeliaran di Petak Hijau. Sebelum ini ia menempek di pokok kacang panjang. Setelah pokok kacang panjang saya hapuskan kerana syak kena serangan virus mozek, serangga yg mengingatkan saya kpd darth vader ini menempek pula di daun pokok bendi. Adakah tanaman saya sedang diancam?

Sunday, March 17, 2013
Mustard Red Giant
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Benih dari kebunbahagiabersama.blogspot.com ini disemai pada 19/2/2013. Sebelum menyemai, saya gaulkan tanah dengan baja tahi ayam selama 2 minggu. Gambar di bawah diambil pada 23/2/2013. Seminggu selepas itu saya menjarangkan anak2 pokok yang tumbuh berdekatan.
Ini adalah gambar yg diambil semalam (16/3/2013). Minggu lepas saya letakkan baja tahi ayam. Nampak Mustard red giant membesar dengan cepat. Serangga apakah yg sedang hinggap pada daunnya? Perosakkah?
Menurut tukang kebun KebunBahagiaBersama, rasanya hot & spicy. Bertambah tua bertambah hot & spicy rasanya.

Minggu depan bolehlah tuai. Jika hot & spicy bertambah nanti, smallkid tak makan pula. Dari pengalaman sendiri, betullah tukang kebun KBB kata bahawa pertumbuhan Mustard Red Giant mmg cepat dan sesuai untuk inter-cropping plant.
Saturday, March 16, 2013
Apabila hasil tuaian di papan pemotong
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kobis cina, Sawi Hong Cut Flower, Pudina, Rosselle, Bunga telang dan tomato
Kucai, daun kunyit, Kailan, lobak putih, bendi dan red capsicum
Sukar digambarkan perasaan apabila hasil2 tuaian berada di papan pemotong. Syukur alhamdulillah.
** Credit to smallkid sebab bagi pinjam wagon comelnya.
Labels:
Bendi,
capsicum,
Hasil tuaian,
kailan,
lobak putih,
tomato
Friday, March 15, 2013
Tuaian di malam hari
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Suatu malam minggu lepas sesudah pulang dari kerja, saya terjenguk2 tanaman di laman rumah terutamanya tomato. Apabila diperiksa, hampir kesemuanya sudah merekah! Alhamdulillah, bersyukur juga sebab boleh makan lagi :) Sesudah tidurkan anak yg mmg selalunya akan tidur awal, saya keluar menuai tomato. Sesambil itu, saya juga menuai cili kulai king dan bendi. Cili merah ada sebiji saja. Teringat cerita smRose tentang cili merah nan sebijinya. Sama kes lah ni. Lama juga nak tunggu cili jadi merah. Yang hijau pun jadilah! Berbekalkan sematfon yg dalam video mode (sebab ada lampu ~ ini kes torchlight kids main sampai rosak) tanaman ini dituai.

Pada malam semalam, sejurus mengalih semaian2 yg telah bercambah dari backyard ke laman depan, seperti biasa saya akan keluarkan sematfon yg berfungsi sebagai lampu suluh untuk melihat progress pertumbuhan tanaman. Alhamdulillah, terjumpa dua biji cili kulai king yang telah merah ini pula. Cili sebelah kanan adalah yg paling besar dituai setakat ini. Panjangnya hampir mencapai 7 inci. Benih adalah dari tanamsendiri.com. Sebelum ini mmg telah banyak kali saya tanam cili besar tetapi semuanya gagal. Ini adalah kali pertama cili besar panjang ini berjaya mengeluarkan hasil yg dapat menampung keperluan dapur kami di hujung minggu. Pada hari bekerja, saya hanya boleh melihat perkembangan tanaman hanya pada malam hari sahaja kerana sampai rumah mmg dah gelap.
Wednesday, March 13, 2013
Kobis Cina segar dan Sawi menang debab
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah, kedua2 spesies tanaman ini adalah kali kedua saya tanam dan tidak menghampakan. Biji benih diperolehi daripada tanamsendiri.com. Formula baja yang digunakan adalah sama, air kisar perut dan kepala ikan dan kadang2 letak juga baja tahi ayam.

Kobis cina segar bugar
Sawi menang debab
Saturday, March 9, 2013
Cerita tentang Red Capsicum
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah syukur ke hadratNya. Red Capsicum akhirnya telah bertukar menjadi merah. Walau tidak semerah yg dikehendaki tetapi dapat merasa juga capsicum tanam sendiri. Pokok ini adalah satu2nya pokok yg tinggal, setelah 3 lagi pokok terpaksa dicantas kerana serangan aphid yg teruk. Seumur hidup ini tak pernah sangka dapat makan capsicum tanam sendiri sehinggalah pada saat ia dituai. Pokok ini juga diserang aphid yg teruk tetapi sebab ia telah berbuah, saya pun berhabis2an menyembur aphid. Petanda aphid adalah semut2 pembela. Saya sembur dengan semburan perosak formula tanamsendiri.com alternate dengan neem oil. Ketegaq juga aphid ni. Mmg sangat2 dipantau sebab sayangkan pokok capsicum nan sebatang ini. Kesian pokok lain dianaktirikan buat sementara waktu.

Setiap hari saya akan membeleknya. Sebelum pergi kerja dan setelah pulang dari kerja mmg akan dijenguk jua. Sayang sungguhlah kan.
Pokok yg sama tapi diambil dari dimensi berlainan. Hairan sungguh apabila dibandingkan dengan post yg lepas macam kurang pula buahnya. Wondering. Pernah nampak kelibat tupai di Petak Hijau. Adakah angkara ia?
Ingatkan saya saja yang suka membelek capsicum. Mr Chef pun turut serta rupanya. Suatu hari Mr Chef terjumpa sebiji capsicum telah jatuh ke tanah. Mungkin sebab hujan yg sangat lebat pada hari itu. Comelnya capsicum di tangan smallkid :)
Saya tuai yg sebelah kiri tu sebab macam dah buruk kat atas tu. Tak tahulah mengapa. Sebelum tak boleh makan langsung. Baiklah saya tuai awal sikit.
Mr Chef telah menggunakan capsicum ini dalam mini pizza rekaannya menggunakan roti Gardenia Brushetta. Sungguh sedaplah pula. Lepas masak topping (capsicum+tomato+mushroom+sos tomato), Mr Chef susun cheese di atas topping yg telah diletakkan di atas roti dan tabur dengan serbuk oregano.
Pada hari yg lain dapat juga menuai capsicum ni. Ada macam buruk kat atasnya tapi masih boleh dimakan. Buang saja bahagian yg tak elok tu. Oh my capsicum. Syukur alhamdulillah!
Masakan inilah yg mendorong saya menanam capsicum. Namanya adalah Grilled Vege. Masa awal2 Mr Chef buat mmg non stop makan. Lepas tu minta Mr Chef buatkan lagi dan lagi. Selalunya menu ini jadi menu makan malam kami. Menyihatkan, tak heavy dan mudah disediakan. Terima kasih my Mr Chef!
Tuesday, March 5, 2013
Pokok berdaun besar memayungi kesum
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya tak tahu nama pokok ni. Sudah hampir 6 tahun pokok ini menghuni Petak Hijau. Dibeli di Sg Buloh Greenlane dengan harga RM10. Saya tanam berdekatan tong sampah depan rumah. Semakin hari semakin meninggi dan semakin lebar daun2nya. Pokok kesum dan beberapa species keladi gembira berada di bawah payungan pokok ini. Pokoknya pun nampak kemas. Hujung tahun lepas pokoknya sudah mula berbunga. Ada sikit bunga2 kuning terjelir keluar.Unik tapi tersorok dicelah2 batang pokoknya yg banyak. Pengalaman saya menjaga pokok ini ia muda dijaga dan kurang perlu diselenggara kerana batang dan daun akan kering dan tidak menyelerakkan. Jika ada sesiapa boleh bantu untuk kenal pasti nama pokok ini amatlah dialu-alukan.

Monday, March 4, 2013
Menuai biji benih Ulam King
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pokok ulam raja di petak hijau sudah sampai di hujung musimnya. Hampir 90% pokok sudah berbunga dan menghasilkan biji benih. Anak2 pokok merata2 tumbuh. Alhamdulillah. Hampir setiap hari saya dapat menuai biji benih ulam raja. Walau pun balik kerja sampai rumah malam hari, dengan lampu suluh pun saya redah cari biji benih. Biji benih yg dikutip adalah untuk simpanan dan diagih2kan di pejabat. Inspirasi daripada smRose, saya juga ingin menggalakkan rakan2 pejabat supaya mula berkebun di rumah masing2. Pakej paket pertama kepada kawan2 adalah benih ulam raja dan bendi. Senang nak tanam dan senang juga nak tumbuh. Semoga rakan2 pejabat terbuka hatinya untuk bertanam sendiri di rumah. Setakat ni benih ulam raja dan bendi sajalah dapat dituai. In shaa Allah, sedang menunggu benih hon tsai tai dan sawi hong cut flower. Saya tahu kebanyakan rakan2 sudah ada ulam raja di kebun, sesiapa yg berminat nak biji benih baka Nurseri BaitulHidayah ini bolehlah emelkan kepada saya zamzurina at gmail dot com.
Sunday, March 3, 2013
Perangkap lalat buah di luar pagar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sejak saya perasan beberapa ekor lalat buah berkeliaran di Petak Hijau dan di kala itu juga, capsicum, tomato dan cili kulai king galak berbuah, cepat2 saya suruh Mr Carpenter siapkan perangkap lalat buah ini. Yang saya bayangkan perangkap lalat buat macam En Is buat, tapi macam ni pula jadinya. Bolehlah. Asalkan berfungsi. Sememangnya banyak juga lalat jantan yg terperangkap di dalam botol selama seminggu digantung di dahan pokok landskap MPSJ di luar pagar. Cecair ini Mr Carpenter beli di Romatech Agro di pusat jualan di Puchong. Celupkan kapas dalam cecair dan gantung dengan besi dalam botol mineral kitar semula seperti gambar di bawah.

Saturday, March 2, 2013
Tuaian ulam raja dan cili terbanyak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ahad lepas, anak kedua saya Muhsin nak menolong saya menuai ulam raja dan cili kulai. Memang banyak pucuk premium ulam raja dapat dituai. Cili pun begitu. Tidak termakan bagi keluarga kecil kami. Jadi, saya paketkan dalam plastik dan sedekahkan kepada jiran2. Muhsin pula baik pula meminjamkan wagon comelnya kepada saya. Wagon ber'castor' ni istimewa sebab handmade oleh abahnya, Mr Carpenter. Merengek nak wagon kerana terpengaruh dengan Max and Ruby di Nick Jr. Setelah menuai, sempat saya minta tolong Muhsin counting cili kulai. Sambil berkebun sambil mengajar anak counting :)

Friday, March 1, 2013
Pokok bunga telang mula melilit pagar
Assamualaikum dan selamat sejahtera,
Daripada pengalaman saya yg lepas. Pokok bunga telang mmg agak mengambil masa yg lama nak tumbuh. Tempat semaian dah recycle dengan pokok lain baru nampak bayangnya. Terima kasih sekali lagi kepada Lynnhelite kerana pemberian benih ini. Saya tabur saja tepi pagar. Dah hampir terlupa semai di situ. Akhirnya nampak juga rupa telang yg gigih memanjat ulam raja dan pokok kantan berdekatan. Lalu, ditarik mengajarnya memanjat pagar ni. Saya sudah cuba buat sirap biru dan anak2 pun suka. Lepas tu buat juga silap mata bagi warna biru bertukar purple pink bila letak limau. Melompat bintanglah mereka. Bertalu2 soalan datang kene jawab :) tapi saya suka layan dan jawab soalan mereka. Selalunya jawapan adalah juga soalan kepada mereka :) Cuba juga saja2 letak dalam nasi 2-3 kuntum tapi tak jadi biru pun. mungkin kene letak banyak lagi kot.

Subscribe to:
Posts (Atom)