Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apabila terpandangkan pokok misai kucing di depan rumah, mesti teringat arwah abah. Sudah 2 tahun abah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Al fatihah buat arwah abah. Abah memang rajin keringkan daun misai kucing dan kisar dan masukkan dalam sarung pil, Abah mengamalkan memakan pil misai kucing yg dibuatnya sendiri untuk mengurangkan penyakit kencing manis yg dihadapinya. Pokok ini bukanlah abah yang tanam tapi saya beli di pasar besar Shah Alam akhir tahun 2012 untuk tanam di depan rumah. Harganya RM6 sepokok.
Setelah dialih ke tempat yg menerima cahaya matahari yg banyak, pokok ini mula berbunga dengan galaknya. Alhamdulillah. Memang tak putus-putus berbunga. Pokoknya hidup gembira di bawah teduhan pokok Frangipani Kuning pemberian Diana (Tukang
Kebun Bahagia Bersama). Sebenarnya banyak pokok-pokok yang menempek di Fragipani Kuning ni sebab ada sebab dan musababnya pokok-pokok ini dikumpulkan begini. Hehe... Nantilah apabila fragipani kuning mula berbunga saya cerita ya!
+ Merawat penyakit buah pinggan
+ Batu pundi kencing
+ Jangkitan saluran kencing
+ Hati dan masalah pundi kencing
+ Kencing manis
+ Sakit sendi
+ Batu karang
+ Gout
+ Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah
+ Bersifat Antiallergic, Antihipertensi, Anti-radang, Diuretik, Arteriosklerosis
+ Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
+ Merawat lemah jantung dan darah tinggi
Cara-cara penggunaannya :
+ Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
+ minum setiap hari pagi dan malam sebelum atau selepas makan
ATAU
+ Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan
+ Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
+ Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi dan malam.
Pertama kali saya baca guna bunga. Selalunya guna daun,
Kawan-kawan ada nak kongsi cerita misai kucing sila jangan segan lontarkan di bahagian komen :)