Friday, March 1, 2013

Pokok bunga telang mula melilit pagar

Assamualaikum dan selamat sejahtera,
Daripada pengalaman saya yg lepas. Pokok bunga telang mmg agak mengambil  masa yg lama nak tumbuh. Tempat semaian dah recycle dengan pokok lain baru nampak bayangnya. Terima kasih sekali lagi kepada Lynnhelite kerana pemberian benih ini. Saya tabur saja tepi pagar. Dah hampir terlupa semai di situ. Akhirnya nampak juga rupa telang yg gigih memanjat ulam raja dan pokok kantan berdekatan. Lalu, ditarik mengajarnya memanjat pagar ni. Saya sudah cuba buat sirap biru dan anak2 pun suka. Lepas tu buat juga silap mata bagi warna biru bertukar purple pink bila letak limau. Melompat bintanglah mereka. Bertalu2 soalan datang kene jawab :) tapi saya suka layan dan jawab soalan mereka. Selalunya jawapan adalah juga soalan kepada mereka :) Cuba juga saja2 letak dalam nasi 2-3 kuntum tapi tak jadi biru pun. mungkin kene letak banyak lagi kot.






9 comments:

  1. Salam Zam,

    Wah suburnya pokok telang! Mak Aji baru berkira-kira nak semai sehari dua lepas dan belum sempat disemai benih di sampul yg diletak di atas kerusi di porch, dibuang pulak oleh Pak Aji - berkemas konon, diingat sampah! Nampak gaya kenalah cari benih lain, hu hu!! Magic tu kalau buat kat cucu Mak Aji sure suka sangat tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji, lynn ada byk benih telang tu.. Kalau nak, email add ke helite.enterprise@yahoo.com Boleh lynn bg sekali benih sunflower yg lynn dpt di Australia dulu. Dah tanam & boleh survive. Lynn x jual ya, kita share2 jer...

      Delete
    2. Baru nak offer kat mak aji. In shaa Allah...benih telang lynn bernas.

      Delete
    3. betul tu, benih telang Lynn mmg bernas. saya tnam tak smpai sminggu dh kuar.skrg tgh cari spot nak transfer kat mana. Lynn ada sunflower mr.majestic tak? hehe nak jgk benih sunflower. skrg tgh collect mcm2 heirloom seeds.

      Delete
    4. Yg Lynn ada Sunflower Sun Red, Taiyo, Velvet Queen, Italian white & Autumn Beauty. Mr Majestic tu bunga Marigold ada la..sunflower pun ada? hmm.. nanti check dgn my cousin di Australia.

      Delete
  2. Wow well done! Memanfaatkan kawasan sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi ada kawasan saya. Sekarang pantang tgk rumah kawan2 yg lapang x tanam apa2. Cepat saja offer biji benih :)

      Delete
  3. segarnya telang dia! Lynn tgh sibuk mencari telang putih lak..byk jugak pokok kat belakang tu, sumernya subur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur...Banyak juga sampai x boleh nak focus ;)

      Delete