Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setiap hari ke tempat kerja, saya akan melalui sebuah kedai yg menjual jambangan bunga dan kadangkala pokok2 bunga. Setiap kali ternampak pokok2 bunga meriah memenuhi ruang kedai kecilnya yg terletak di dalam bangunan tertinggi di Malaysia itu, hati meronta2 mahu membelinya. Tetapi hasrat terpaksa dipendamkan kerana mengejar masa untuk ke pejabat. Semalam, hati sudah tidak tertahan lagi melihat bunga2 ini kembang mekar di kedai sejemput itu. Semasa cuti rehat tengah hari digagahkan kaki ini ke kedai itu. Dapatlah sepokok gerbera daisy dan sepokok kaktus. Gembira rasanya. Jika Gerbera daisy ini dapat hidup dengan baik di cubicle kecil saya ini, saya berazam nak menambahkan lagi koleksinya :) Gerbera daisy, penyejuk mata semasa sedang tension bekerja.
cantiknye zam...bole tahan ke letak kt dalam ofis tu...
ReplyDeletepositif :) harapnya dpt bertahan dlm aircond office yg sejuk tu
Deletememang penyeri...subur hijau boleh mengubati mata yg stress..:D
ReplyDeletedan otak yg stress :)
Deletecantiknya garberra nie...elok..elok tambah koleksinya...
ReplyDeleteakan tambah in shaa Allah. kita garden kat office pula
ReplyDeleteDaisy...my first love. hehe. mmg cantik kn? jga2 nanti dtg pnyakit nak tambah koleksi daisy warna lain plak. geram betul kn tngok yg jual kat kedai tu. satu pasu, bunga dia byk sgt & ada yg blum kembang lagi tu. Dya tnam daisy ni kalau bunga, satu kuntum je kuar. nanti Dya ambil pic, ada yg nak kuar bnga dh. zam bahagi2 anak dia, simpan kat rumah satu biar byk :))
ReplyDeletetq for tips dya :)
Deletecantiknya warna merah tu. klu opis ada tingkap leh letak kt tepi tingkap time weekend.
ReplyDeleteopis mmg bertingkap byk smp x nak dok kat tingkap sbb gayat....
DeleteMemang penyejuk mata. Cantik koleksi permulaan ini.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum,
ReplyDeleteCantik warna merah, mmg warna kesukaan saya. Saya ada sepkk, tapi senang tak nak menjaga denih? Apa2pun mmg cantik dipandang, leh jadi terapi minda~~