Showing posts with label sengkuang. Show all posts
Showing posts with label sengkuang. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

Sengkuang pelbagai saiz

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan pengunjung,

Saya kembali dengan mukadimah pasal hasil sengkuang :) Sengkuang memang mudah ditanam dan mudah dijaga. Setiap kali menanam sengkuang saya mendapat hasil dan bentuk yang berbeza. Kali ini hasil tuaian sengkuang memberikan saiz yang paling besar setakat ini. Sengkuang ini saya tanam di atas tanah dan bukan di dalam bekas. Agak teruja melihat saiz sengkuang yang jauh lebih besar daripada di pasaraya T&T berhampiran rumah saya. Yang bersaiz kecil tu saya tanam dalam pasu, di bawah frangipani kuning. Memang ligat melilit fragipani sehingga sudah tak nampak rupa frangipani. Saya tuai sengkuang ini sudah agak lewat. Sudah hampir 8 bulan. Mungkin sudah berserat. Memang tujuannya nak buat pecal. Hujung minggu ini pasti buat!
Hasil tuaian sengkuang yang paling besar setakat ini. Biji benih pun banyak terhasil walaupun banyak bunga yang dicantas untuk mendapat sengkuang yang lebih besar. Tip dari kebunbahagiabersama.blogspot,com.


Sengkuang pelbagai bentuk yang ditanam di dalam pasu





Sunday, February 2, 2014

Keseronokan menanam sengkuang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera paa pengunjung yang budiman,


Sengkuang (Jicama/ Mexican turnip/ Mexican Yam) sangat mudah ditanam dinegara kita memandangkan ia memerlukan cuaca panas untuk bercambah. Berada di dalam keluarga fabaceae - bean family. Pokoknya akan memanjat jika diberi sokongan. Daun dan bunganya cantik. Ia kemudiannya akan menghasilkan kacang. Kacang ini tidak boleh makan. Ia beracun! Menurut Diana, untuk menghasilkan sengkuang yang besar, bunganya dibuang supaya nutrien yang diserap ditumpukan kepada tuber di dalam tanah. Ini kali kedua saya menanam sengkuang. Alhamdulillah, yang pertama tahun lepas sungguh memberangsangkan. Sengkuang yang ditanam ini jika menjadi dapatlah dimakan pada bulan puasa nanti.

Kali ini saya tidak memberikan tempat memanjat semulajadi. Mohon panjat sendiri pokok-pokok tinggi yang berdekatan :) Biji benih boleh didapati daripada Diana.




Thursday, September 26, 2013

Hasil sengkuang yang memberangsangkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Cerita saya menuai sengkuang adalah cerita lama. Saya nak juga cerita tentang hasilnya yang memberangsangkan. Saiz yang menjadi tidaklah besar cuma saya sungguh seronok dan teruja kerana dapat makan sengkuang tanam sendiri. Dah hampir-hampir lompat bintang dah semasa menuai hasil :) Saya tanam sengkuang dalam bekas sahaja. Letak bekas tanaman dekat-dekat dengan tempat yg ia boleh panjat. Boleh baca di sini tentang pokok sengkuang sebelum dituai. Sengkuang mudah ditanam. Disebabkan ia adalah sejenis pokok kekacang, ia boleh membaiki struktur tanah bak kata Tukang Kebun Diana. Mari kita menanam sengkuang kawan-kawan! Psst....boleh beli benih di Kebun Bahagia Bersama ya!



Saturday, May 11, 2013

Bunga dan kacang Sengkuang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya menanam sengkuang di beberapa tempat yg berbeza. Benihnya diperolehi daripada Kebun Bahagia Bersama. Ada ditanam secara langsung di tanah dan ada yang ditanam di dalam container. Minggu lepas Petak Hijau meriah dengan bunga sengkuang. Minggu ini apabila balik dari bercuti PRU13, sudah nampak kacang-kacang sengkuang terbentuk. Menunggu dengan penuh sabar untuk menuai sengkuang :)




Sunday, March 24, 2013

Jicama sudah memanjat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ini kali pertama saya tanam sengkuang. Benih dibeli daripada kebunbahagiabersama.blogspot.com. Ada beberapa tempat saya tanam sengkuang dan ini (seperti di dalam gambar) adalah salah satunya. Ia ditanam di dalam container. Saya juga menanam red romaine lettuce dalam satu container. Tetapi disebabkan hujan rahmat t 3-4 hari ni, red romaine lettuce terpenyek dek kerana hujan yg lebat. Kelihatan sengkuang sedang belajar memanjat di pagar penghalang kucing. Saya tak sempat nak guide sengkuang ini memanjat kerana setiap hari balik lewat dari kerja. Semalam ternampak ia seperti terkedek-kedek memanjat pagar. Terdapat 3 kali tempat kawasan tanaman sengkuang ini. Satu di dalam styrofoam, satu dekat pokok bendi dan satu lagi di pokok asin2. Saya harap kedua-duanya dapat memanjat pokok bendi dan asin2 dengan gembira. Kita tunggu hasil lagi 5-6 bulan :) in shaa Allah.