Saya kembali dengan mukadimah pasal hasil sengkuang :) Sengkuang memang mudah ditanam dan mudah dijaga. Setiap kali menanam sengkuang saya mendapat hasil dan bentuk yang berbeza. Kali ini hasil tuaian sengkuang memberikan saiz yang paling besar setakat ini. Sengkuang ini saya tanam di atas tanah dan bukan di dalam bekas. Agak teruja melihat saiz sengkuang yang jauh lebih besar daripada di pasaraya T&T berhampiran rumah saya. Yang bersaiz kecil tu saya tanam dalam pasu, di bawah frangipani kuning. Memang ligat melilit fragipani sehingga sudah tak nampak rupa frangipani. Saya tuai sengkuang ini sudah agak lewat. Sudah hampir 8 bulan. Mungkin sudah berserat. Memang tujuannya nak buat pecal. Hujung minggu ini pasti buat!
Sengkuang pelbagai bentuk yang ditanam di dalam pasu |
Salam Awin. Selamat Hari Raya.
ReplyDeleteLama betul tak dengar kabar dan coretan Awin.
Selamat hari raya kak mala. Memang lama saya tak menulis. Sekarang sudah ada masa sikit. Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog ini.
DeleteSelamat hari raya Awin.
ReplyDeleteBest tengok sengkuang tu.. buat popiah pun sedap. Dulu pernah beli dari pasar online kbb, dan shas buat popiah campur udang dan udang kering.
Selamat hari raya Shas. Mudah-mudahan Allah menerima amalan daripada kita semua. Memang best dapat tuai sengkuang ni. Terima kasih atas idea popia tu. Dalam fikiran nampak pecal saja! Akan dibuat nanti...pelbagaikan menu sengkuang :)
DeleteSalam Awin,
ReplyDeleteSelamat hari raya! Yeay, finally dia kembali.. I ada terjumpa IG you tapi belom follow hihi.
Salam Honey. Selamat hari raya. Mudah-mudahan Allah menerima amalan daripada kita semua. Apa IG you! Biasa-biasa saja Honey
DeleteBiasa apa.. I tengok IG u penoh dengan sayur.. Adeh, jeles tau hihi
Deleteselamat hari raya maaf zahir batin..
ReplyDeleteselalu org letak dalam rojak buah kan,,sedapnya
Selamat hari raya cucubulat. Mudah-mudahan Allah menerima amalan daripada kita semua. Rojak buah dengan sos mak bee tu sedap kan. Dah kecur air liur dah ni!
DeleteTengok sengkuang pasti ingat rojak dan lontong....besar2 nya menjadi betul....saya belum pernah mencuba jenis yang berubi...
ReplyDeleteYang paling popular sekarang sengkkuang calit. Ada dijual sosnya tapi belum pernah cuba. Tapi sedapkan letak dalam rojak kuah mak bee
DeleteAssalamualaikum awin...lama tak bercerita...rupanya tunggu sengkuang!
ReplyDeleteSy pun ada br semai benih sengkuang...da seminggu...tapi belum ada tandanya apa2
Salam Nadia. Dok cari idea pembuka bicara. Pasal sengkuang juga akhirnya! :) nanti tumbuh la tu. Musim hujan telah kembali. Kini tiba masanya kembali aktif setelah kemarau panjang
DeleteMacam gasing bentuknya lagi cantik dari kedai punya.
ReplyDeleteYe la...yg besar tu macam bentuk gasing baru perasan. Tapi ada kecederaan sikit Diana. Masa tuai tu pakai cangkul, terkena sikit kulitnya. Any tips?
DeletePart yang susah nak keluar tu ngelat banyak selalu suruh hubby yang keluarkan hehehe...
DeleteAssalam Awin.. selamat hari raya aidil fitri.. baru dpt nak meninggalkan komen.. gedang betul sengkuang tu... puas hati menanam.. maaf tak dpt beramah mesra di KBB.. insyaaAllah one fine day kita bertemu..
ReplyDelete