Showing posts with label kids and gardening. Show all posts
Showing posts with label kids and gardening. Show all posts

Friday, August 28, 2015

Eksperimen yang membuahkan hasil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah, pagi tadi anak-anak menjerit kegembiraan melihat hasil daripada eksperimen mereka menanam bendi menjadi. Sungguh teruja mereka berdua terutamanya SmallKid. Pada mulanya mereka semacam pelik melihat kawasan sebelah kanan kelihatan cerah. Mereka sangka mama telah membuang pokok yang mereka tanam. Sebenarnya saya cantas dahan-dahan kecil pokok bunga white butterfly yang sudah terlampau bushy. Sebab itulah kelihatan terang benderang ye anak-anak :)

Jom ajak anak-anak menanam bendi :)

Happiness


Balik dari sekolah terus membelek pokok bendi.





Mulberi sungguh meriah berbunga kali ini setelah dicantas

Petak Hijau Kiri - Semua pokok nak sumbat masuk

Kesesakan pokok di Petak Hijau kanan :)




Sehingga berjumpa lagi ya!





Wednesday, August 19, 2015

Semaian bendi oleh PetakHijau Junior

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang budiman,

Hari ni nak bercerita tentang kisah dua-beradik yang suka benar membuat pelbagai eksperimen di rumah ni. Ada ekperimen-eksperimen yang mereka buat terpaksa tutup mata sahaja. Kadang-kadang mama naik angin juga sebab habis cecair mandian dalam toilet, cuka dan sodium bikarbonat dikerjakan mereka. Dua minggu ini adalah Science Week di sekolah Muaz. Menjadi-jadi nampaknya ekperimen yang dibuat. Kedua-duanya peminat setia Crazy Russian  di YouTube (i asked them to change to Genius Russian, it is good to give good names to people).

Hasil kerja berkumpulan 3 orang - Ahmads Group untuk Science Week di sekolah Muaz.
Tajuk untuk Year 4 adalah Solar System. Muaz dan Afiq menghabiskan hujung minggu di rumah Ariff untuk menyiapkan tugasan ini. Sebelum itu, saya bawa ketiga-tiga anak ini pergi membeli-belah barang-barang tugasan. Pop Corn buat sendiri dijadikan asteroids. Hasil di dalam gambar belum sepenuhnya siap sepenuhnya. Fakta dan tajuk belum dikemaskini.

Alhamdulillah, Ahmads Group dapat tempat kedua untuk model sistem suria untuk peringkat tahun 4.

Salah satu eksperimen yang dibuat yang memberi kegembiraan ialah menyemai bendi :) Alhamdulillah, bermanfaat juga eksperimen ini. Bolehlah guna untuk stok sayur dapur nanti. Mereka tanam biji benihnya di atas tanah. Dikoreknya sedikit dan di benamkan bijinya ke dalam tanah depan rumah yang agak berpasir itu. Pada mulanya nampak macam tiada harapan nak tumbuh sebab tak siram dan cuaca yang agak panas ketika itu. Alhamdulillah bercambah dan tumbuh dengan subur selepas letak kompos :)



24/6/2015


27/7/2015


17/8/2015

Sehingga berjumpa lagi :)
Awin

Wednesday, March 26, 2014

Happiness is pulling out radish from your own frontyard

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Semalam adalah kali pertama saya menjalani fisioterapi. Alhamdulillah, sakit tapak kaki semakin berkurangan. Physiotherapist menegur tentang kasut saya. Kasut juga penyumbang kepada keradangan tapak kaki yang saya hadapi. Kasut saya yang buruk itu telah berkhidmat selama 2 tahun lebih. Physiotherapist menyarankan kasut ditukar setahun sekali atau beli pelapik letak di dalam. Akibatnya, pulang saja dari menjalani fisioterapi terus saja saya pergi beli kasut. Perlu dengar nasihat dari pakar. Tak nak sakit berulang lagi. Sebab memang sakitnya berdenyut-denyut.

Saya ambil anak-anak awal dari biasa dari rumah pengasuh. Muaz buat muka tak puas hati sebab tak sempat nak main bola sepak dengan kawan-kawan. Nak ambil hati anak-anak, saya bawa mereka makan Tutti Frutti kegemaran mereka. Masih lagi muncung senyap seribu bahasa tidak seperti biasa. Sesampai di rumah, mereka bersiap-siap nak mandi petang. Sebab nak ambil hati lagi, saya cadangkan mereka tarik keluar semua lobak putih di Petak Hijau. Seronok tak terkata, berebut-rebut kedua-duanya keluar nak cabut. Lepas ni kene tanam lobak putih banyak-banyak lagilah nampak gayanya.

Selain lobaknya, daunnya juga boleh dibuat sayur. Hasil tuaian semalam mendapati daun banyak dan subur. patutlah lobaknya tidaklah besar sangat. Apa-apapun syukur alhamdulillah kerana, tuaian petang semalam dapat dinikmati semasa makan malam. Mr Chef masak masak lemak putih dan kami goreng ikan amberjack lagi! Permintaan anak-anak nak makan ikan amberjack.

Jom tanam sendiri lobak putih di rumah. Ia mudah dan cepat dapat hasil. Biji benih boleh didapati daripada tanamsendiri.com atau kebunbahagiabersama.blogspot.com.

Lebar senyumannya dapat tuai lobak tanam sendiri


A circle of radish


A row f radish


Daun lobak putih


Makan sehingga licin pinggan.


Hasil tuaian di kebunbahagiabersama.blogspot.com. Bungkusan sampai semalam. Nam nam kegemaran  terus dimakan semalam. Kebun Bahagia Bersama mengadakan Pasar Online setiap minggu. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di blog tersebut atau emel ke kebunkmg@gmail,com.


Saturday, February 15, 2014

Pembantu-pembantu kecil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Anak-anak teruna saya dua orang ini memang suka membantu ketika saya berkebun. Selalunya pukul 5 saya akan bersiap-siap untuk masuk kebun. Kids akan bertanya dan nak ikut juga. Tugas mereka selalunya menuai roselle yang tidak putus-putus berbuah. Alhamdulillah. Kids juga akan dengan sukarela hati akan minta untuk menyiram pokok-pokok. Kids dan air, habis berkecah Petak Hijau. Kadang-kadang tidak aman damai aktiviti perkebunan saya dengan pertengkaran kecil mereka. Selalunya pada waktu petang saya akan menjalankan aktiviti pemindahan anak pokok ke tempat bermastautinnya. Keletah mereka memang kadang-kadang annoying. They are kids. Playing is their KPI!


Hadiah lukisan dari Muhsin anak kedua saya yang berumur 5 tahun. Masya Allah, sangat sensitif dengan apa yang saya suka. Maka saya juga perlu sensitif dengan apa yang mereka suka.


Begitu teliti dan tekun kids menuai roselle sehingga sebatang roselle patah. Tutup mata pada kesalahan. Mereka menolong. Puji kebaikan mereka membantu.


Ini adalah bahagian kiri Petak Hijau dikawasan berbatu. Kononnya nak buat kolam mini di sini tetapi asyik tertangguh. Kids memang suka main di sini. Main batu baling sana sini. Suatu hari mereka sangat tekun mengerjakan sesuatu. Saya agak bising sebab habis batu sana sini bersepah. Nanti terpijak sakit kaki pesan saya kepada mereka. Saya hanya biarkan. Esoknya hanya saya seorang yang bercuti hari Wilayah, mengamati apa yang mereka dok main semalam. Masya Allah! Speechless! 



Thursday, January 16, 2014

Pemilihan dan Penstoran biji benih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan kebun yang dikasihi Allah,

Suatu ketika pada awal Disember 2013, saya sedang memilih biji-biji benih yang akan disemai pada bulan tersebut. Kemudian, anak sulung saya Muaz beriya-iya nak pilih juga. Jadi. untuk bulan tersebut, pemilihan biji benih Muaz yang buat. Sungguh tekun memilih biji benih sambil membaca nama dan bertanya ini dan itu. Ada yang sudah tanam dan ada yang belum. Muaz pun selalu follow up tanya sudahkah tanam strawberry dia. Akan mencari peluang menyemai di dalam kesibukan ini. Rabbi yassir wala tuassir. Rabbi tammim bil khair.

Saya mengasingkan jenis biji-biji benih dan diletakkan di dalam bekas yang kecil ini yang dibeli di Daiso. Masih lagi tercari-cari cara yang terbaik untuk sistem penstoran biji benih. Jika rakan-rakan sudi, mohon kongsi cara rakan-rakan menyimpan biji benih. Oleh itu bolehlah saya tiru :) Kalau buat entri lagi bagus lepas tu komen disini dan bagi link. :)

Tekun membelek biji benih satu persatu. Suburkankan minatnya terhadap berkebun ya Allah.

Sempat juga jadi menara biji benih

Biji benih terpilih