Wednesday, March 26, 2014

Happiness is pulling out radish from your own frontyard

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,

Semalam adalah kali pertama saya menjalani fisioterapi. Alhamdulillah, sakit tapak kaki semakin berkurangan. Physiotherapist menegur tentang kasut saya. Kasut juga penyumbang kepada keradangan tapak kaki yang saya hadapi. Kasut saya yang buruk itu telah berkhidmat selama 2 tahun lebih. Physiotherapist menyarankan kasut ditukar setahun sekali atau beli pelapik letak di dalam. Akibatnya, pulang saja dari menjalani fisioterapi terus saja saya pergi beli kasut. Perlu dengar nasihat dari pakar. Tak nak sakit berulang lagi. Sebab memang sakitnya berdenyut-denyut.

Saya ambil anak-anak awal dari biasa dari rumah pengasuh. Muaz buat muka tak puas hati sebab tak sempat nak main bola sepak dengan kawan-kawan. Nak ambil hati anak-anak, saya bawa mereka makan Tutti Frutti kegemaran mereka. Masih lagi muncung senyap seribu bahasa tidak seperti biasa. Sesampai di rumah, mereka bersiap-siap nak mandi petang. Sebab nak ambil hati lagi, saya cadangkan mereka tarik keluar semua lobak putih di Petak Hijau. Seronok tak terkata, berebut-rebut kedua-duanya keluar nak cabut. Lepas ni kene tanam lobak putih banyak-banyak lagilah nampak gayanya.

Selain lobaknya, daunnya juga boleh dibuat sayur. Hasil tuaian semalam mendapati daun banyak dan subur. patutlah lobaknya tidaklah besar sangat. Apa-apapun syukur alhamdulillah kerana, tuaian petang semalam dapat dinikmati semasa makan malam. Mr Chef masak masak lemak putih dan kami goreng ikan amberjack lagi! Permintaan anak-anak nak makan ikan amberjack.

Jom tanam sendiri lobak putih di rumah. Ia mudah dan cepat dapat hasil. Biji benih boleh didapati daripada tanamsendiri.com atau kebunbahagiabersama.blogspot.com.

Lebar senyumannya dapat tuai lobak tanam sendiri


A circle of radish


A row f radish


Daun lobak putih


Makan sehingga licin pinggan.


Hasil tuaian di kebunbahagiabersama.blogspot.com. Bungkusan sampai semalam. Nam nam kegemaran  terus dimakan semalam. Kebun Bahagia Bersama mengadakan Pasar Online setiap minggu. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di blog tersebut atau emel ke kebunkmg@gmail,com.


13 comments:

  1. betul tu awin..kaki kita kena well cushioned to absorb our body weight...hrp cpt sembuh INSYAALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana.....selagi kasut tak terkoyak selagi tu la saya pakai. Syukur dapat teguran dari pakar :)

      Delete
  2. bestnya tengok tuaian lobak tu..... geram je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Khadijah. Yang menuai ni juga super excited bersyukur rezeki dari Allah

      Delete
  3. Pernah dengar lobak putih baik untuk pesakit kencing manis..yang belum kena pun elok juga amalkan makan btol tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time dengar boleh mengubat kencing manis. Tapi kami mmg suka makan lobak putih masak lemak putih ni sudais

      Delete
  4. Tahniah daikon/mooli yang organik pasti sihat dan sedap dimakan.
    Ya kalau daun banyak tu hati seorang tukang kebun akan gementar untuk jenis sayur yang nak dituai ialah akarnya.

    ReplyDelete
  5. Wah..geram sungguh tengok raddish Awin. Ok lah kira gitu. Ni yang buat naik semangat nak lihat raddish sendiri membesar. Tak sabar nak tuai..

    ReplyDelete
  6. dalam sibuk bekerja sempat juga awin berkebun. inilah hasilnya berbudi pada tanahkan..

    ReplyDelete
  7. ALwin, ur lobak putih harvest memang fabulous! Great job!!!!

    ReplyDelete
  8. Jadi ingin tanam lobak, bagus juga di cuaca panas

    ReplyDelete
  9. awin bg number phone ..wani still number lama... nanti boleh tak ambil gambar setiap angle kebun.... wani tanah luas tapi tak tahu nk tanam apa..heheheh asyik tanam, bunga jer

    ReplyDelete