MasyaAllah, la quwwata illa billah (Al Kahfi : 39). Lobak putih sudah membentuk lobaknya :) bersedia untuk dimasukkan di dalam menu kegemaran Mr Chef ~ Lobak masak lemak putih bersama-sama daunnya sekali. Banyak juga kali ni saya tanam lobak putih sebab mudah nak jaga. Lobak putih tahan panas. Dengan cuaca yang panas sekarang ini dengan sedikit hujan, lobak putih dapat bertahan dan hidup agak subur berbanding tanaman yang lain. Jadi, saya akan masukkan dalam Gardening Planner saya bahawa lobak putih sesuai ditanam pada bulan Januari sehingga Mac.
Biji benih dibeli daripada tanamsendiri.com. Biji benihnya hampir 100% bercambah!
Projek kebun tadika Muhsin. Semuanya lobak! Mesti mereka akan teruja melihat hasilnya nanti. |
As salam...
ReplyDeletewaahhh kak...
Lobak putih...menjadi semua..!
Tangan akak sejuk =D
alhamdulillah. semuanya dari Allah.
Deletewaaa banyak nye win. :-)
ReplyDeletetak buat penghantaran lagi ni. tugas depa menyiram sambil tgk pokok membesar. Lobak putih cepat dpt hasil.
DeleteWah, cantik lobak putih Awin. Kakak baru belajar tanam. Itupun sebab tengok info dari rakan blogger cakap mudah tanam pokok ni. Betul. Senang tumbuh. Harap2 lobak kak pun menjadi..
ReplyDeletennt kak mala update la progress lobak putih
DeleteBolehlah buat kek lobak putih.
ReplyDeletepertama kalu ku dengar kek lobak putih
ReplyDelete