Sunday, March 23, 2014

Impian bengkang ubi kayu tanam sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,


Keratan ubi kayu ini saya dapat dari Kebun Bahagia Bersama. Tercari-cari tempat sesuai di Petak Hijau yang sudah agak sesak dengan macam-macam tumbuhan untuk menanam keratannya. Akhirnya, dapat juga benamkan keratan di kawasan yang agak kosong yang agak tersorok berdekatan dengan paip depan rumah di sebelah kiri. Lepas tu memang tak peduli sudah perkembangannya dek kerana sibuk menguruskan bahagian Petak Hijau di sebelah kanan. Terkejut juga cepat pula ia membesar sampai setinggi ini. Sebenarnya, Mr Chef yang beriya-riya suruh tanam. Dia teringin nak makan bengkang ubi kayu tanam sendiri yang tukang kebun masak.

Dulu masa di Kampung Ulu Lenggong, Perak, pokok ubi kayu ini mudah sangat nak jumpa. Saya suka ikut Opah petik pucuknya untuk direbus buat ulam. Nostalgia juga apabila tengok pokok ubi kayu. Kenangan zaman kanak-kanak di kampung yang jauh di pedalaman tidak akan saya lupakan. Ia mengajar saya banyak perkara. Syukur alhamdulillah, saya melalui zaman kanak-kanak dengan cemerlang sekali. Main, main dan main.  KPI exceed limit during those old days :) Mak pula tidak paksa saya belajar. Asalkan siap kerja sekolah maka pergilah main sesuka hati. Tiada gadget yang nak dihadap. Walaupun masa tu sudah ada brick game tapi saya lebih suka main dengan kawan-kawan sekampung. Cabaran ibu bapa kini adalah anak-anak yang asyik mengadap gajet. Anak-anak kurang berinteraksi dengan orang tetapi lebih banyak main game di iPad atau Tab. Anak-anak saya juga tidak terkecuali. Cuma kami hadkan hanya hujung minggu sahaja boleh main. Itu pun setelah selesai kerja sekolah dan mengaji Al-Quran. Walaupun hujung minggu, tetapi khusyuknya dua-beradik tu main game tidak dapat dinafikan. Saya perlu fikir untuk perkenalkan aktiviti supaya mereka tidak terlalu taksub bermain game. Saya ada seorang sepupu yang sedang berusaha menjalankan kempen #boyznogadgetplz terhadap anak-anaknya. Banyak tip-tip yang boleh diikuti dan saya juga mencuba dan berjaya juga alih perhatian anak kepada aktiviti yang lebih menjana minda. Kawan-kawan boleh rujuk di blog Supermakwannabe.


Kalau pokok besar ni, ubinya besar mana lah ye.




9 comments:

  1. Belum ada ubi :p.
    Kena cukup matahari nanti pokok banyak batang tapi ubinya tak de walaupun hampir setahun.
    8~10 bulan biasanya baru nak mula tuai.
    Hasrat mula-mula memang tak nak biasakan ada IPAD atau TAB. Tapi neneknya pula pergi hadiahkan dekat cucu-cucu. Malas nak bertekak.
    Hujung minggu je dapat kalau dah siap semua task yang diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene ubah laaa kedudukan nanti p letak kat luar.

      Delete
    2. Biarlah dulu kat situ nanti merajuk pula kang pila pindah. Yang kat luar tu boleh kerat batangnya kemudian bila dah nak tuai.

      Delete
  2. Replies
    1. sudais dah dapat hasil...makan saja petang2 pun sedap kan. Dulu masa p Vietnam depa bagi makan cicah dengan kacang plus gula kot. Sedap jugak

      Delete
  3. kalau macam ni kna makan pucuk dulu kot...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pucuk tak berapa nak makan. Mr Chef kata kene rebus dulu kalau tak racun jadinya

      Delete
  4. In Sya Allah akan berubi lah dia,cuma ambik masa la nk gemuk gedempol isi dia. :)

    ReplyDelete