Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yg dikasihi Allah,
Bukan perkara biasa apabila saya menuai pada hari Isnin :) Ya, semalam saya bercuti untuk membuat pemeriksaan kaki di SJMC dengan seorang orthopedik. Sakit tapak kaki ini sudah dialami selama setahun tetapi sejak kebelakangan ini semakin hari semakin sakit terutama apabila bangun pagi dari tidur. Doktor mendiagnos bahawa bahagian yang sakit itu telah mengalami keradangan. Di antara faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada keradangan ini adalah kenaikan berat badan, aktiviti seharian - sangat banyak berjalan atau berdiri dan proses penuaan :) Maka, esok saya akan mula menjalani fisioterapi selama 3 hari setiap minggu selama 4 minggu. Sebenarnya, bukan saya seorang yang mengalami simptom sakit tapak kaki ini. Di pejabat saya terdapat beberapa orang telah mengalami simptom dan sakit yang sama. Maaf, meyimpang jauh dari topik utama. Saya rasa perlu berkongsi cerita jika ada kawan-kawan ada mengalami simptom yang serupa boleh cepat-cepat jumpa ortopedik. Jangan sampai sakit berdenyut-denyut macam saya ni. Terjengket-jengket berjalan dari stesen KLCC ke pejabat yang jauhnya lebih kurang satu kilometer itu.
Berbalik kepada topik utama, hasil tuaian kali ini adalah untuk makan tengah hari. Mr Chef nak balik makan hari ini, nak makan ikan amberjack katanya :) Ikan amberjack ini istimewa kerana ia adalah pemberian seorang rakan sekolah Mr Chef. Seorang arkitek dan membuat kerja sambilan sebagai nelayan di laut dalam. Menarik tak! Fresh fish from the sea plus organic own grown vegetables. Kombinasi yang mantap untuk kesihatan. Mr Chef siap jemput best friend nya (yang juga jiran sebelah kiri kami) mai makan di rumah.
Kobis cina yang ditanam di dalam bekas tomato perlu dituai memandangkan cuaca yang terik dan sebelum pokoknya melecur kepanasan, jadi saya tuai segera. Bayam hijau daun bulat dan bayam amaranth memang tahan panas. Jadi, boleh tanam kedua-duanya dalam bulan Januari - Mac. Nota untuk diri sendiri. Bendi juga tahan panas dan mula meninggi bagai johan. Kami suka makan bendi rebus cicah budu ketereh. Memang sedap! Ulam raja adalah dari pokok tunggal yang baru sahaja dimusnahkan masuk dalam kompos untuk memberi laluan kepada pembesaran betik sekaki. Bersungguh-sungguh kawan Mr Chef yang berbangsa cina makan ulam raja tadi. Berkali-kali dia puji kesedapan ulam raja. Hint...hint.. nanti kami ajak datang lagi ya makan di rumah :) Daun bawang juga dituai untuk dijadikan hiasan masakan ikan masak kicap saya :)
Memang puas hati kalau dapat masak dan makan hasil dari ladang sendiri...Chewahh...ladang lah pula...
ReplyDeleteladang....ambitious tu kan. jika dapat saya nak share tanah dengan kawan2....buat plot macam oversea tu :)
DeleteAkak ni kagum sangat dengan org yg suka tanam2 ni, puas hati dapat makan hasil titik peluh sendirikan?
ReplyDeleteKak Jun, saya tanam kecil-kecilan di rumah. Hobi turn passion turn nak tukar kerjaya jadi petani pulak ni
DeleteSyoknya boleh bertukar-tukar ikan dengan sayur-sayuran dengan jiran.
ReplyDeleteDulu masa dekat OZ hubby jadi weekend fisherman dapatlah juga makan ikan tangkap sendiri. Bekas nelayan tu gian juga nak memancing tapi juahnya nak pergi. Pastu tukang kebun tak boleh nak handle sorang-sorang dengan keluasan kebun sekarang.
Meriah tu tuaian nya.Syukur Alhamdulillah.
Berkebun makes the body more flexible sebab pelbagai posture nak kena ada untuk buat kerja di keliling kebun.
Mudahan session therapy akan cepat recover.
Diana....achitect cum nelayan tu bukan jiran...itu kawan sekolah hasben di Aloq staq...kebetulan dia mai KL..dia bagi amberjack. kami nak balik nanti perlu bagi juga pokok kat dia sebagai tanda terima kasih.
ReplyDeleteBaguslah dapat bertukar-tukar hasil dalam pelbagai bentuk :).
Deletecamne rupa ikan tu ye... akak ni dah lama sakit lutut.. dua tiga bulan ni sakit bahagian atas buku lali pula... tahap redho je sekarang ni... nak berdiri lama susah betul...
ReplyDeleteI pun sakit kaki juga. Tapi bukan tapak kaki. Kat area belakang tumit tu. Tak boleh buat keje rumah berdiri lama sikit, mesti sakit. Terutamanya bila memasak. Pastu esoknya bangun pagi mesti terasa sakit bila berjalan. Tapi dah tak rasa bila dah berjalan banyak.
ReplyDelete