Sunday, March 9, 2014

Hasil Tuaian Sabtu 8 Mac 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pengunjung yang budiman,

MasyaAllah, la quwwata illa billah (Al Kahfi : 39). Bayam Amaranth, Kangkung, roselle, lobak putih kampung, bendi, cili centil dan kobis cina adalah hasil tuaian untuk hari semalam. Tanaman-tanaman ini dapat bertahan dalam keadaan cuaca yang terik, jerubu dan tidak hujan. Kami hanya sempat siram pagi sahaja sambil terkejar-kejar ke pejabat. 

Self-seeded Bayam amaranth di sana sini tumbuhnya. Dulu saya ada tanam pokok bayam dan dibiarkan berbunga dan berbiji benih tetapi malas nak kutip biji benihnya. Tabur saja sana sini dalam Petak Hijau. Banyak pula pokoknya yang tumbuh sana sini dalam bekas tanaman. 

Kobis cina saya tumpang tanam dalam polibeg pokok moringa. Ia membesar dengan baik sekali. Cuma apabila Mr Chef menyatakan bahawa ia mungkin dapat mengganggu moringa (kesayangannya ^_^) saya pun tuailah semalam walaupun bukan masanya lagi. Hati Mr Chef perlu dijaga. Semua keperluan kebun ditaja olehnya ~_^

Musim buah roselle sudah berada dipenghujungnya. Telah hampir 5 bulan (sejak November 2013) jus rosselle menjadi air sedap rumah kami. Alhamdulillah jimat dapat kurangkan beli air sedap tetrapak dari kedai. Mengikut pengalaman saya, pokok roselle mudah dijaga. Tanam di tempat menerima cahaya matahari penuh, baja 2 minggu sekali dan hasilnya akan memberangsangkan. Saya letak baja serbuk kopi yang saya minta dari San Francissco Cafe berhampiran pejabat saya. Jimat duit beli baja. Banyak benihnya saya kumpul untuk peminat-peminat roselle. Dah ramai beratur hendakkan biji benihnya. Sabar ya kepada yang sudah menempah, saya akan agihkan sedikit masa lagi. 

Lobak putih kampung banyak sudah tertonjol keluar. Tidaklah besar mana pun tetapi apabila dah tertonjol, kids mulalah meminta untuk menuai lobaknya. Semalam, saya beri peluang kepada Muaz untuk menuai sendiri pokok yang ditanam. Jelas kegembiraan terpancar di wajahnya. Puas! Dapat tuai hasil tanaman sendiri.

Sekarang musim bunga di Petak Hijau. Seronok melihat pelbagai bunga yang kebanyakan, pokoknya dibeli kebunbahagiabersama.blogspot.com. Fragipani kuning, akar dani, white butterfly dan blue crossandra cantik menghiasi Petak Hijau. Cuma masih menunggu pokok pepanggil sahaja yang belum mahu jadi bunganya. Tak mengapa, sabar.


Saya sangat sibuk dengan tugasan di pejabat. Masa untuk berblog amat terhad, walaupun banyak cerita yang saya ingin kongsikan dari Petak Hijau. Jalan terus!


Alhamdulillah, rezeki hari Sabtu untuk santapan keluarga kecil kami.

Bayam amaranth yang kaya dengan iron. Mudah tumbuh dan sangat minima pengjagaannya.

Kacang panjang membesar dengan baik ketika musim panas ini. Teringat kata-kata Diana (kebunbahagiabersama) bahawasanya, kacang panjang sesuai ditanam dalam cuaca panas kering begini. Di dalam patch ini ada 3 pokok kesemuanya.


Ros jepun semua menjadi tidak putus-putus memberikan bunga yang comel sepanjang tahun kepada kami.


HAPPINESS IS....pulling out radish from your own garden.


Ini kucing jalanan. Ia selalu datang makan apabila Wolf tidak habiskan makanannya. Semalam ia datang tiada makanan. Kesian pula, jadi saya letakkan sikit makanan kucing dalam bekasnya. Gembira ia bukan kepalang dapat makan Whiskies Wolf. Kalaulah Wolf tahu, bergaduhlah lagi kat depan rumah.


Tragedi yang mencubit hati dan naluri saya. Sama-sama kita doakan mereka.



8 comments:

  1. assalam Awin.. banyak nya tuaian..boleh siram pepagi ok la tu... kalau kat Seremban ni seminggu sekali bersiram kalau ada bantuan dari jiran alhamdulillah...bayam dan lobak putih tu belum lagi dapat dituai.. pernah tanam lobak dan semai di sini.. minggu depan dah hilang... redho je le... amiiin.. tetap mengharapkan yang terbaik kepada MH370... semoga Allah mudahkan semua proses pencarian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah Kak Mar.

      Delete
    2. Amboi...subur dan menjadi sayur2 Awin tu ya. Kak dok nanti lobak putih kat rumah membesar. Exited 1st time tanam.
      Doa moga dipermudahkan pencarian dan berharap pada keajaiban Tuhan.

      Delete
    3. saya doakan lobak putih kak mala gemuk2 belaka

      Delete
  2. excited tgk bayam awk awin...semoga bayam sy subur seperti ini juga...:D

    prayformh370

    ReplyDelete
  3. Tengah phobia tanam bayam dah ni. Errr....self-seeded uncontrollable dia dah bermaharajalela di sini tak perlu tanam gak. Menangis nak cabut sebab mengganggu pertumbuhan pokok lain huhuhu...musim kemarau ni hikmahnya banyak bunga yang dah lama menanti nak berbunga mula terserlah keindahan ciptaan tuhan kan.

    ReplyDelete