Thursday, March 20, 2014

Tatsoi tahan panas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang dikasihi Allah,


Tatsoi atau spoon mustard atau rosette bok choy atau spinach mustard kali kedua ditanam pada awal Februari 2014 yang lepas. Banyak juga yang bercambah tetapi hanya satu yang dapat bertahan sehingga ke hari ini. Tatsoi ini berkongsi pasu dengan sepokok beetroot. Nampaknya, kedua-duanya bahagia hidup bersama. Seperti biasa, saya akan letak baja organik 2 kali seminggu untuk tanaman-tanaman di Petak Hijau. Alhamdulillah, hujan yang sudah mula membasahi bumi, memberi berita gembira buat saya dan kita semua tukang kebun sambilan yang tak sempat masa nak menyiram.

Tatsoi nan satu ini daunnya lebih besar dari tatsoi yang lepas. Mungkin faktor bekas yang lebih besar dan kurang kesesakan menjadikannya lebih besar dan subur di dalam pasu tersebut.

Biji benih dibeli daripada kebunbahagiabersama.blogspot.com.


10/3/2014


19/3/2014



4 comments:

  1. sayur ni sedap masak apa ye.... lebar2 daunnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak goreng biasa saja Khadijah

      Delete
  2. Kalau daun yang muda kecik-kecik tu pun sedap dicampur dalam salad makan mentah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap sayurnya. Bila Diana nak open lagi seed tatsoi?

      Delete