Rupanya memang seperti sudu. Benih tatsoi ini saya beli daripada Kebun Bahagia Bersama. Benihnya bernas. Menurut pembacaan saya ia boleh dituai dalam masa 45 - 50 hari. Tatsoi kaya dengan potassium, kalsium, Vitamin A dan C. Nampaknya memang pertumbuhan tatsoi saya tidak menggalakkan. Pertumbuhan yang terbantut kemungkinan besar adalah kerana saya lambat untuk mengalih. Gambar kedua di bawah adalah pasu asal semaian. Sudah banyak daun sebenar keluar, saya masih tidak alihkan. Keterujaan menanam tatsoi adalah ia tidak di dapati di pasar. Atau saya yang masih belum lagi berjumpa di pasar. Ada yang kata sedap makan sebagai salad. Kita tengok nanti Mr Chef masak apa. Yang pasti bukan salad. Kawan seangkatan yg sedang menanam tatsoi adalah Nadia Rashid. Dengan tempat yang luas di perbatasan, saya dari jauh mendoakan tatsoi Nadia akan jadi macam di bawah ni. Chaiyok!
Rupa sebenar tatsoi.
(Gambar dan maklumat diambil dari http://www.namayasai.co.uk/Tatsoi/tatsoi.htm)
100g raw leaves contain:
29 mg sodium
430 mg potassium
120 mg calcium
23 mg magnesium
46 mg phosphorus
0.7 mg iron
0.5 mg zinc
0.38 mg manganese
2200 µg beta-carotene
180 µg retinol
0.05 mg vitamin B1
0.09 mg vitamin B2
0.12 mg vitamin B6
31 mg vitamin C
1.5 mg vitamin E
220 µg vitamin K
65 µg folic acid
Tatsoi sebelum dialih.
Tatsoi dialih ke bekas polisterin tinggalan kacang panjang. Kawasan ini terlindung sikit. Nampaknya daunnya jarang-jarang dan tidak membentuk kuntuman yang cantik seperti tatsoi di atas.
Pokok dari bekas tanaman yg lain. Kawasan ini menerima cahaya pagi yg penuh. Kelihatan daun-daun mula membentuk kuntuman. Tapi tak sempat besar rasanya. Hujung minggu ni rasa nak tuai dah! :)
Assalam Awin.. unik ya tatsoi yang berkembang ni..
ReplyDeleteunik kak mar. tgk yg diana tanam lagi gebus.
Deleteooo, itu ker dianya, pernah makan mmg sedap
ReplyDeleterose dalam cover picture awk ada gambar tatsoi yg menghijau gebu..sebelah salad butterhead...:D
Deletesmrose kata sedap. lagi semangat den nk tuai
Deletezam usahkan makan tgk pun tak penah...nak order jgk lah seeds dgn diana...
ReplyDeleteana...saya pon first time jugak tgk ni.
Deletein shaa Allah berkat doa awk zam...amin...:D
ReplyDeletekalau kembang macam tu memang tak muat la batas yg sy buat tu...:D
kalau hidup sebesar yang awk tanam ni pun dah bersyukur sangat..at least boleh rasa kan.....sy risau belalang je ni...sawi kampung biasa pun togel diorg kerjakan..inikan yang sedap dan jarang jumpa mcm ni...
nnt update ye nadia. in shaa Allah.
Deletemacam bok choy kan kalau dia tak kembang macam bunga
ReplyDeleterupa macam bok choy....but thus one is far nutricious than bok choy
Deletegambar yang last tu dah form bentuk kelopak banyak2. mmg cantik.nk jugak la beli benih dari diana. :)
ReplyDelete