Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apabila sudah suka, ke mana jua saya pergi tiada lain yg dicari. Pada minggu lepas, semasa waktu rehat hari Jumaat yg indah. Saya ke KLCC untuk mencari makanan ringan-ringan pengalas perut. Saya mencari makanan yg ringan-ringan kerana semasa sarapan saya telah melantak makan nasi lemak. Setelah berpenat jalan ke KLCC yg jauhnya lebih kurang sekilometer dari pejabat saya bekerja, saya dan rakan bercadang untuk ke Kinokuniya mengintai-intai buku-buku menarik. Kami berpecah dan saya lebih tertarik untuk ke bahagian Hobby and Craft mencari buku tentang gardening. Inilah hasilnya. Sesuai diaplikasi di Petak Hijau yang berkawasan comel. Isi kandungan agak menarik. Mr Chef pun nampaknya menelaah buku ini. Bersama-sama mencari idea untuk memaksimumkan penanaman di Petak Hijau.
salam zam, vertical garden mmg practical utk laman terhad...saya pun baru tempah rak tanaman dari bengkel penjara alor star...utk tanam sayur
ReplyDeletemurah kaa order situ?
DeleteThanks for sharing,nk la jugak cari.
ReplyDeletekat internet banyak info tapi nak jugak beli buku.......ulat buku
DeleteSy duk nk cr trellis tu...nk buat sdiri x cantik
ReplyDeleteyg penting praktikal ;) tapi kalau cantik mmglah lagi best. terutama macam petak hijau ni yg berlokasi di depan rumah.
DeleteSalam Zam,
ReplyDeleteMenarik nampaknya buku ni! Mak Aji pun ada gutter lebih utk vertical garden. Ingat nak minta Pak Aji lekatkan kat dinding, nak tanam sayur. Pak Aji geleng kepala bila Mak Aji sebut (agaknya dlm hatinya, ada2 je makcik ni!).
gutter mmg menarik mak aji...saya hari tu pegi kedai hardware tanya dalam rm7 sekaki...mahai.....ingat nak jadi scavenges cari yg lebihan di kawasan perumahan....tapi kawasan terhad....tak blh nak sumbat container dah. sekarang restructuring in progress
DeleteBertuah badan, buku macam tu sukar nak di cari.
ReplyDeletemencari2 juga laaa rak demi rak buku yg berkenan. bajet rm100 sebln beli buku. rebat cukai :)
DeleteDulu masa duduk di Adelaide seronok pinjam buku di local library dari Gardening hinggalah buku-buku resepi. Yang seronok masa tu, walaupun kita tiada masa untuk mencari di library sistem mereka mudah. Cuma access catalog library online mereka dan buat reservation serta pilih tempat local library mana nak buat pick up bila buku available. Anak-anak pun suka sangat pergi ke library sebab bukan sahaja dapat pinjam buku tapi DVD kanak-kanak kegemaran mereka juga.
ReplyDeletesenang sungguh procedurenya. Perpustakaan Negara pun belum pernah jejaki. Beli buku, di samping rebat cukai, senang untuk baca di rumah. Mungkin untuk ilmu yg lebih luas, saya perlu juga ke library. Perpustakaan Tun Raja Uda PPAS di Shah Alam ni menarik. Belum pernah bawa kids sebab hujung minggu penuh dengan aktiviti kerja rumah dan kerja kebun :P Suatu hari akan ku pergi jua cari ilmu gardening banyak2.
Delete