Tuesday, April 2, 2013

Cili Kulai King berbuah lebat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sebelum ini jika saya tidak hand-pollinate cili kulai (benih dari tanamsendiri.com) ini, maka peluang untuk pendebungaan berlaku akan jadi tipis dan pokok akan kurang menjadi buah. Maka hasil tuaian akan berkurang. Tetapi sejak akhir2 ini saya memang tidak sempat hand-pollinate cili2 ini dan tanpa disedari di sebalik kehijauan itu terdapat banyak buah2 yg terhasil. Syukur alhamdulillah. Cili-cili ini akan dibiarkan menjadi merah sebelum digunakan. Kebiasaan saya, jika menuai saya akan cantas terus dahan untuk cili tersebut. Pokok semakin dicantas semakin subur :)

Sebelum ini jika beli cili besar di kedai dan guna dalam masakan, memang cili akan ditolak ke tepi ~ tak makan. Tetapi, cili besar yg saya tanam sendiri saya akan makan sampai habis mengenangkan ia adalah hasil tanaman di kebun sendiri. Saya memang sedia maklum, bahawasanya cili mmg mengandungi Vitamin C yg tinggi semasa mengambil subjek fakulti luar 'Manusia dan Tumbuhan'. Ilmu yg kita dapat jika tidak dimanfaatkan memang tidak ke mana. Tahu tapi tidak mahu :) sayalah tu. Alhamdulillah, berkat rezeki Allah beri dengan bertanam sendiri, cili pun saya telan mengenangkan kudrat yg telah digunakan untuk menjaga tanaman2 depan rumah.


FROM WIKIPEDIA
Red chilies contain large amounts of vitamin C and small amounts of carotene (provitamin A). Yellow and especially green chilies (which are essentially unripe fruit) contain a considerably lower amount of both substances. In addition, peppers are a good source of most B vitamins, and vitamin B6 in particular. They are very high in potassium,magnesium, and iron. Their very high vitamin C content can also substantially increase the uptake of non-heme iron from other ingredients in a meal, such as beans and grains. [details]

Pokok cili  A yg senget sebelah yang berdekatan dengan thai basil tumbuh sendiri yg merimbun



Pokok Cili B yg tak mahu kalah berbuah.



Pokok Cili C. Menunggu untuk semuanya menjadi merah :)



12 comments:

  1. wah! meriahnya dgn buah, nak tanam gak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah dengan kuasa dan izinNya. silalah tanam :)

      Delete
  2. betui la zam sejak menanam seniri ni, rasa bernilai sangat, apa yg kita petik kat kebun...pokok cili saya tk sesubur ni...tapi dpt jgk merasa buahnye...

    ReplyDelete
  3. zam..sy rasa awk mmg sejuk dgn cili lah...banyak betul berbuah...hand-polinate tu mcm mnr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nadia......apa yg menjadi atas kuasaNya.... dengan izinNya, setelah saya letak baja tahi kambing menjadi2 cilinya.

      Delete
  4. meriahnya!! saya punya pernah berbuah sekali saja, malas nak tuai sebab sedih huhu pokok sekarang dah mula berbunga saya cuba hand pollinate..harapnya menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanie....cuba awak cantas dahan2 lama...nnt pucuk baru tumbuh in shaa Allah berbuah kembali

      Delete
  5. ajar sikit camner nak hand pollinate please....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jantan betina di bubga yg sama...yg kelopak tu jantan. yg tengah betina. selalunya saya korbankan satu bunga dan p sentuh kat semua bunga2 yg tengah tu. buat masa keadaan x basah.biasanya dlm pukul 11am macam tu. lynn boleh gugle jika nak tahu lebih lanjut.

      Delete
  6. Bestnya dpt pokok cili berbuah lebat..tahniah zam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah. pujian kembali kepadaNya

      Delete