Cepat sungguh masa berlalu. Sudah masuk minggu ketiga April. Dek kerana kesibukan kerja yang amat di pejabat, hasil tuaian minggu kedua baru saya dapat kongsikan gambar pada minggu ketiga ini. Hasil tuaian tidak banyak bezanya, tapi kami tetap gembira dengan hasilnya. Kali ini sekecil-kecil bendi pun dituai kerana sudah maklum bahawa minggu berikutnya kesibukan melampau akan melanda di pejabat. Bendi ini adalah hasil dari bendi di tanam di atas tanah. Alhamdulillah, memang menjadi-hasilnya walhal kawan-kawan seangkatannya sudah selamat dipangkas pokoknya. Bendi atas tanah ini belum saya pangkas kerana buat masa sekarang ia menjadi tempat sengkuang berpaut. Minggu kedua ini dapat menuai biji benih bendi emas dan bunga telang. Ada benih yang dituai pada pagi nak ke pejabat, terus masuk dalam handbag untuk diedarkan kepada kawan-kawan pejabat. Terdapat beberapa kawan pejabat telah terjebak dalam aktiviti berkebun :) Alhamdulillah.
Kerja-kerja penstrukturan semula tergendala. Perbincangan serius dengan Mr Chef belum lagi dapat diadakan dek kerana setiap hari balik kerja pada malam yang kelam. Tetapi semalam, pada malam yang kelam, sangat gembira semasa pulang dari kerja apabila kelihatan kotak kayu besar di laman rumah. Otak sudah ligat berfikir itu dan ini!
Hasil tuaian minggu kedua April 2013 : bendi, pudina, bunga telang,ulam raja, pegaga gajah (tuaian dikongsi dengan rakan pejabat semasa lunch di pantry pejabat), rosselle, cili kulai king, benih bendi dan benih bunga telang.
Pudina dimasukkan ke dalam green tea yang menjadi kesukaan saya. Rosselle seperti biasa akan dijadikan jus untuk anak-anak.
Oklah tuh kan..wpun tuaian sedikit tp pelbagai..kurang2 dpt buat little bit of everything..:)
ReplyDelete:)
Deletecantek bekas tuaiannya
ReplyDeletehasil tangkapan di Daiso Pavillion ;)
Deleteeh kat pavillion pun ada dulang tampi beras...:D
Deletekat daiso. mcm2 ada
Deletesibuk kerja pun dapat hasilkan?
ReplyDeleteye kak mar....setelah semai dan bercambah tak perlu tgk sgt dah. letak baja saja. tp blk keje belek juga sekejap. tomato n cili masak smp jatuh ke tanah. mana den nmpk mlm2 :(
Deleteroselle sy mcm merajuk...taknak berbuah dah...suka buat jus jugak...:D
ReplyDeletece letak baja tahi kambing.
DeleteSalam Zam,
ReplyDeleteCantiknya bila disusun dalam bade (kata org Kelantan) yg biasanya dibuat tampi beras! Rupa-rupanya penyakit berjangkit ya berkebun ni! Baguslah, ramaikan ahli komuniti hijau kita agar lebih meriah!!
Mak Aji boh pudina kat dalam teh Lipton je, pun sedap. Suka tengok reaksi mrk yg pertama kali minum, ada yang kata, 'macam bau ubat gigi, tapi sedap' he he!!
bade ye namanya mak aji. sedap juga nama tu. saya mmg suka minum green tea panas tanpa gula. letak pulak pudina...marvellous!
Deletesalam zam, geram tgk bunga telang tu...pokok kat rmh ni bila la nak berbunga...
ReplyDeletennt berbunga laa tu ;)
Delete