Friday, April 26, 2013

Episcia dan vertical gardening

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Episcia mempunyai daun yang diselaputi bulu halus berwarna perang. Sekali pandang, teksturnya adalah seperti baldu. Corak daunnya sangat unik. Bertambah unik apabila urat daunnya yang tengah berwarna seakan warna perak. Episcia mengeluarkan bunga seperti serombong berwarna merah terang yang menarik. Terus saja saya beritahu bapa untuk ambil pokok ini. Pokok ini tumbuh merata-rata di Petak Hijau Muhibbah di rumah bapa mertua. Pokok hiasan ini adalah sejenis pokok merayap yang mengeluarkan sulur yang boleh dipotong untuk tujuan pembiakan. Pokok ini sesuai ditanam di kawasan yang terlindung daripada panas matahari terik. Jadi saya tanam di kawasan backyard belakang rumah yang agak terlinding daripada panas matahari terik. Saya suka Episcia kerana ia hanya memerlukan penjagaan yang minimum. Jadi dapatlah saya bertumpu kepada tanaman makanan yang lebih utama :)

Saya tanam pokok ini di dalam pasu Baba gantung self watering. Pasu ini sesuai untuk kaedah vertical gardening sebab air siraman lebihan tidak akan tumpah jatuh ke pasu di bawahnya. Cuma yang perlu dirisaukan adalah ia menjadi tempat pembiakan nyamuk kerana air lebihan akan di takung dalam tempat takungan. Pasu ini dibeli di MY DIY Seksyen 19 Shah Alam dengan harga RM6.90.


Bunga dan daun sama-sama cantik.



Backyard ini adalah sebahagian daripada dapur kami cuma ia dipisahkan dengan sliding door yang besar sehingga ke siling. Ia adalah backyard yang tertutup dan di atapi dengan bilah-bilah besi yang disusun berjarak setengah kaki untuk tujuan keselamatan. Jika belok kanan, ia adalah tempat saya menyidai pakaian.  Glass box digunakan di sebelah kiri untuk pencahayaan yang baik di backyard ini. Konsep backyard sisi tertutup  dan terbuka di atas ini adalah idea Mr Chef. Katanya sambil memasak bolehlah menikmati pemandangan tanam-tanaman. Semenjak berkebun, backyard comel ini menjadi tempat saya menyemai. Backyard ini juga adalah tempat kids makan aiskrim. Kurang sikit kerja-kerja membersih oleh mamanya :)


20 comments:

  1. saya pun suka backyard yg camtuh...nice..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu menutup aurat di kala menyidai kain atau menyemai biji benih

      Delete
  2. dulu mak akak byk tanam pokok spesis mcm tu... zaman2 baru masuk felda... kat verandah penuh dgn pasu gantung yang diletak dlm anyaman tali dianyam sendiri... skrg ni rasanya mak akak pun dah lupa mcmana nak anyam tali tu.. hehe..

    p/s: akak ada hantar email pasal pertanyaan pulut kuning tu... tak sure zam dah terima atau belum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dpt emel tu. tgh tunggu occasion nak order. anything saya emel akak eh

      Delete
  3. ooo...episcia, mak sy pun ada tanam kt rumah, letak dlm pasu gantung gak

    ReplyDelete
  4. Creative zam..mesti mr chef lg bersemangat memasak..dgn pemandangan yg tenang...sy berkenan dgn batu2 tu...tengah fikirkan area untuk bunga2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka berjemaah dgn mr chef sblm buat keputusan :)

      Delete
  5. Salam Petak Hijau,

    Bagus idea tu, semacam indoor garden pulak, boleh sama-sama menerima manfaat antara kita dan pokok! Mak Aji pernah tanam pokok gantung tu semasa zaman anak dara dulu (dolu2 kala).

    ReplyDelete
  6. Cantik pokok bunga tu. Tambah lagi apabila ia digantungkan.

    ReplyDelete
  7. cantik la nmpk mcm indoor garden..

    ReplyDelete
  8. Penyeri :). Dulu balik blur blur apa BABA hehehe....

    ReplyDelete
  9. Rindu sama awin.....tk ckp Ada blog baru....

    ReplyDelete
  10. win..dulu rasa tgk cam sempit jer ruang belakang tu..leh ambik angle2x dia tak..mcm nak buat gaks kat umah i....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg x besar mana pun wani. tapi bolehlah tanam pokok sikit2. nnt email kat wani gambarnya.

      Delete