Tuesday, October 29, 2013

Ukhwah Aloe Vera Afrika

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Aloe vera Afrika memang besar dan boleh dibuat jus. Kawan-kawan boleh rujuk entri yang lepas tentang aloe vera Afrika. Saya juga pernah membuka giveaway aloe vera ini. Sepasu aloe vera Afrika sudah bertuan baru :) Terima kasih kerana sudi menjadi tuan baru aloe vera Afrika ini.

Di samping berkebun dapat juga berukhwah. Masya Allah! Saya suka!

Seterusnya biarlah gambar berbicara :)



Monday, October 28, 2013

Taman mini comel penghias meja kerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Mempunyai taman mini di atas meja kerja di pejabat bukanlah dalam perancangan saya. Masih ingatkah tentang gerbera daisy yang dulu menghiasi meja kerja saya? Gerbera daisy sudah mati lemas di rumah sendiri. Dek kerana setiap kali hari Isnin, gerbera daisy layu kekurangan air, saya bawa ia pulang ke rumah. Di rumah diletakkan pula di sebelah sinki. Setiap kali basuh tangan atau pinggan, diperciknya air ke gerbera daisy, kononnya nak bagi segar bugar. Tetapi, jodoh tidak panjang, seminggu selepas itu gerbera daisy mati kelemasan air pada firasat saya :)

Matinya gerbera daisy ada pengganti :) Seorang kawan sepejabat Ng Lee Siang yang kampungnya di Cameron Highland telah menghadiahkan 6 jenis kaktus mini kepada saya. Wah! Memang terasa nak lompat bintanglah! Hehe. Alhamdulillah, sehingga kini kaktus-kaktus mini ini hidup subur di atas meja saya. Sungguh berseri-seri meja kerja dan menjadi penyejuk mata. Terima kasih Chin Seow Yen rakan sekerja di ofis yang memberi tempat baru kepada kaktus-kaktus ini. Kalau tidak, letak atas sampul surat besar kitar semula. Tempat baru lebih cantik.

Tahukah kawan-kawan, kaktus dapat menyerap radiasi daripada skrin komputer? Saya pun tahu setelah membaca entri Semua Menjadi. Saya juga membuat beberapa carian untuk mengesahkan fakta ini. Kawan-kawan boleh membacanya di sini. Perbincangan yang berfakta juga dibincangkan di SKEPTICS yang meragui kaktus dapat menyerap radiasi yang di keluarkan oleh komputer.

Antara isi laman web tersebut adalah :

for a cactus to be effective as a radiation shield it has to be large enough to fill the space between you and the monitor, an approach which would obviously make the monitor unusable. Having a small cactus sitting beside the monitor will do nothing.

In short: this is a complete fabrication, supported by a few misleading half-truths.
The only way a cactus will shield you from radiation is if you have a giant one between you and your monitor. Even then its effectiveness is doubtful.


Ya atau tidak, pastinya kumpulan kaktus ini telah menjadi penyeri dan penyejuk mata saya :) Pokok apakah yang ada di atas meja kerja kawan-kawan? Boleh kongsi dengan saya?



Friday, October 25, 2013

Pokok Misai Kucing Galak Berbunga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apabila terpandangkan pokok misai kucing di depan rumah, mesti teringat arwah abah. Sudah 2 tahun abah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Al fatihah buat arwah abah. Abah memang rajin keringkan daun misai kucing dan kisar dan masukkan dalam sarung pil, Abah mengamalkan memakan pil misai kucing yg dibuatnya sendiri untuk mengurangkan penyakit kencing manis yg dihadapinya. Pokok ini bukanlah abah yang tanam tapi saya beli di pasar besar Shah Alam akhir tahun 2012 untuk tanam di depan rumah. Harganya RM6 sepokok.

Setelah dialih ke tempat yg menerima cahaya matahari yg banyak, pokok ini mula berbunga dengan galaknya. Alhamdulillah. Memang tak putus-putus berbunga.  Pokoknya hidup gembira di bawah teduhan pokok Frangipani Kuning pemberian Diana (Tukang Kebun Bahagia Bersama). Sebenarnya banyak pokok-pokok yang menempek di Fragipani Kuning ni sebab ada sebab dan musababnya pokok-pokok ini dikumpulkan begini. Hehe... Nantilah apabila fragipani kuning mula berbunga saya cerita ya!

Saya kongsikan khasiat misai kucing [sumber Kongsi Bersama Nora]
Merawat penyakit buah pinggan
+ Batu pundi kencing
+ Jangkitan saluran kencing
+ Hati dan masalah pundi kencing
+ Kencing manis
+ Sakit sendi
+ Batu karang
+ Gout
+ Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah
+ Bersifat Antiallergic, Antihipertensi, Anti-radang, Diuretik, Arteriosklerosis
+ Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
+ Merawat lemah jantung dan darah tinggi

Cara-cara penggunaannya : 
+ Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
+ minum setiap hari pagi dan malam sebelum atau selepas makan  
ATAU
+ Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan
+ Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
+ Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi dan malam.

Pertama kali saya baca guna bunga. Selalunya guna daun,
Kawan-kawan ada nak kongsi cerita misai kucing sila jangan segan lontarkan di bahagian komen :)



Thursday, October 24, 2013

Ros Jepun Semua Menjadi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Rose jepun ini memang sangat mudah
+ nak tanam
+ membiak
+ berbunga
+ dijaga
+ dibuat projek tanaman hiasan di tadika (cadangan untuk cikgu tadika) hehe

Hehe....org tak sempat masa. Buat point saja senang kan!

Terima kasih smRose yang budiman di atas pemberian ini. Pelbagai warna dan bentuk smRose beri. Saya suka! Saya juga telah memberi keratan-keratan ros jepun daripada pokok-pokok terbitan kepada kawan-kawan yang berminat. Mereka pun beri maklum balas positif tentang pokok ini. Jika nak silalah datang rumah ambil. Jika nak pos memang saya tiada masa. Masih berhutang biji benih kongsi dengan beberapa orang pembaca blog dan smRose sendiri! Alhamdulillah selamat sudah saya poskan tengah hari semalam.





Wednesday, October 23, 2013

Kucai Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Siapa suka makan kucai? Baunya memang agak tengik kan. Kucai adalah daripada keluarga bawang. Apabila menuai kucai, jangan ditarik bawangnya sekali. Kerat daunnya sahaja dan daun baru akan tumbuh semula. Pokok ini juga tahan makhluk perosak. Mungkin sebab baunya yg kurang menyenangkan. Tuaian kucai kali ini Mr Chef masak bersama tauhu goreng dan taugeh dibuat masak kicap. Memang yummy sekali! Kids pun suka makan. Kucai juga Mr Chef selalu masukkan dalam kueteow dan cucoq udang. Terung susu dan rosy radish tu sampingan stok hujung nyawa. Mr Chef panggang mereka-mereka ini. Sedap!



Kucai lebih mudah ditanam daripada bawangnya berbanding biji benih. Saya mempunya sepokok kucai di rumah yg tumbuh daripada biji benih. Kepada sesiapa yang berminat dan serius untuk menanam kucai di rumah bolehlah datang ambil di rumah saya. PERCUMA sahaja ya. Tiada caj tersembunyi dan asterisk di akhir perkataan ^_~ The more you give the more you get! Hubungi saya di zamzurina@gmail.com. Rumah saya di Shah Alam. En Is ada tunjukkan cara menanam kucai. Boleh baca di sini.



Tuesday, October 22, 2013

Petola bantal Semua Menjadi gagah menjalar di atas pagar

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Semasa PRU 13 yang lepas, saya ada menyemai banyak biji benih di Petak Hijau Seri Bayu. Hanya petola dan ulam raja saja yang hidup subur sehingga sekarang. Alhamdulillah. Seronok melihat Petola Bantal Semua Menjadi (benih pemberian Semua Menjadi) menjadi-jadi menjalar di atas pagar rumah mak. Hasil buahnya pun besar-besar belaka. Pernah mak kata pernah besaq sangat dapat sambil menunjukkan dengan tangannya. Bulat mata saya dengar mak bercerita. Pokok petola ini hidup subur tanpa gangguan perosak kerana ada penjaganya. Terdapat sekumpulan kerengga bersarang di pokok ini. Kerengga ini boleh dijadikan sebagai pelindung tanaman. Boleh baca secara terperinci di sini bagaimana En Is tanamsendiri.com menggunakan kerengga sebagai pelindung semulajadi tanamannya. Terima kasih Semua Menjadi kerana biji benih yang menjadi ini :)


Pokok petola bebas menjalar. Di hujung sana, petola dah mula menjalar atas pokok inai. Ada hajat nak menawan pokok inai ;)



Buah petola ini adalah sebesar lengan saya. Mak kata saiz ni kecil saja kalau dibandingkan dengan hasil buah petola sebelum ini tapi bagi saya besaq sangat dah. Hasil ini kami bawa balik ke Shah Alam untuk santapan hujung minggu kami :)



Tahukah anda, buah petola apabila dibiarkan matang boleh dikeringkan dan dijadikan span mandian atau span basuh pinggan? Saya pun baru tahu setelah baca di sini :) Selalunya, jika saya tanam petola, tak sempat nak tua mmg dah jadi santapan kami sekeluarga. Petola adalah di antara sayur kegemaran kami sekeluarga.

Foto kredit : Wikipedia

Friday, October 4, 2013

Spaghetti Bolognaise Berginseng Jawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua,

Saya sangat suka makan spaghetti. Begitu juga ahli keluarga yang lain. Lebih-lebih lagi spaghetti yang saya buat sendiri ^_^ Bukan masuk bakul angkat sendiri ya :) Mr Chef memang tak masak spaghetti. Tugas saya hanya memasak dua masakan di rumah ~ Spaghetti bolognaise dan nasi lemak. Spaghetti yang saya masak sendiri tentunya mewah dengan segala macam benda. Tak kedekutlah kiranya nak letak itu dan ini. Memang makan bertambah-tambah. Untuk keluarga kecil kami, Spaghetti Bolo adalah kategori makanan untuk sehari - whole-day meal. Sarapan, makan tghari dan makan malam :) Resepi Spaghetti ini saya ambil dari Kak Ros ~ rakan dan jiran di pejabat. Saya tambah baik mengikut citarasa saya :) Resepi yang ringkas tapi sedap! Jika berminat sila emel saya zamzurina@gmail.com. Nanti saya forward saja resepi yang Kak Ros beri.



Pada minggu yang lepas-lepas saya tuai ginseng jawa untuk dimasukkan ke dalam spaghetti. Ini adalah kali pertama saya masukkan pucuk ginseng jawa. Idea adalah daripada Kebun Bahagia Bersama. Muaz makan bertambah-tambah. Tiada pun sebarang komen tentang rasa yang pelik-pelik. Begitu juga Muhsin. Makan tanpa komen :) Ginseng jawa banyak khasiatnya. Kawan-kawan boleh baca di blog Berkebun HobiKu dan juga blog Kebun Bahagia Bersama. Bunganya berwarna deep pink dan saiznya yang comel memang memeriahkan Petak Hijau. Pokoknya senang tumbuh. Patahkan batangnya dan cucuk saja dalam tanah, ia akan survive. In shaa Allah. Pokok ginseng jawa saya ini adalah pemberian Diana Kebun Bahagia Bersama semasa datang ke rumah mengambil giveaway large box pada bulan-bulan yang lepas. Alhamdulillah sudah beranak-pinak memeriahkan Petak Hijau. Terima kasih Tuakng Kebun Diana.




Tahniah kepada pemilik blog Berkebun Hobiku dan Semua Menjadi kerana berjaya menjawab teka-teki teka-tekuk saya pada entri sebelum ini. Nantikan hadiah misteri dari saya ya :)