Mempunyai taman mini di atas meja kerja di pejabat bukanlah dalam perancangan saya. Masih ingatkah tentang gerbera daisy yang dulu menghiasi meja kerja saya? Gerbera daisy sudah mati lemas di rumah sendiri. Dek kerana setiap kali hari Isnin, gerbera daisy layu kekurangan air, saya bawa ia pulang ke rumah. Di rumah diletakkan pula di sebelah sinki. Setiap kali basuh tangan atau pinggan, diperciknya air ke gerbera daisy, kononnya nak bagi segar bugar. Tetapi, jodoh tidak panjang, seminggu selepas itu gerbera daisy mati kelemasan air pada firasat saya :)
Matinya gerbera daisy ada pengganti :) Seorang kawan sepejabat Ng Lee Siang yang kampungnya di Cameron Highland telah menghadiahkan 6 jenis kaktus mini kepada saya. Wah! Memang terasa nak lompat bintanglah! Hehe. Alhamdulillah, sehingga kini kaktus-kaktus mini ini hidup subur di atas meja saya. Sungguh berseri-seri meja kerja dan menjadi penyejuk mata. Terima kasih Chin Seow Yen rakan sekerja di ofis yang memberi tempat baru kepada kaktus-kaktus ini. Kalau tidak, letak atas sampul surat besar kitar semula. Tempat baru lebih cantik.
Tahukah kawan-kawan, kaktus dapat menyerap radiasi daripada skrin komputer? Saya pun tahu setelah membaca entri Semua Menjadi. Saya juga membuat beberapa carian untuk mengesahkan fakta ini. Kawan-kawan boleh membacanya di sini. Perbincangan yang berfakta juga dibincangkan di SKEPTICS yang meragui kaktus dapat menyerap radiasi yang di keluarkan oleh komputer.
Antara isi laman web tersebut adalah :
for a cactus to be effective as a radiation shield it has to be large enough to fill the space between you and the monitor, an approach which would obviously make the monitor unusable. Having a small cactus sitting beside the monitor will do nothing.
In short: this is a complete fabrication, supported by a few misleading half-truths.
The only way a cactus will shield you from radiation is if you have a giant one between you and your monitor. Even then its effectiveness is doubtful.Ya atau tidak, pastinya kumpulan kaktus ini telah menjadi penyeri dan penyejuk mata saya :) Pokok apakah yang ada di atas meja kerja kawan-kawan? Boleh kongsi dengan saya?
agak-agak lepas ni kena la ambil kaktus beso yg ada kt Mexico nun...hehehe
ReplyDeletehaha....boleh2. letak kan sebelah tak dak sapa berani nak dekat.....hehe
Deletemcm ni tk sabar pi ofis...hehehe
ReplyDeleteerkkk...tak jugak :)
Deleteatas meja office sy takde penyeri meja...setiap kali penat sy donggak saja ke depan..melihat pokok2 hijau..tapi fakta kaktus penyerap radiasi tu menarik!...kalau gitu nak jugak lah susun kaktus atas meja ni..:D
ReplyDeletecepat2 susun. nanti cerita tau
DeleteCantiknya kak.. tak nak cuba Tillandsia ke? Tak sangka akak ni ex-ofismate sy. hehe.
ReplyDeletesiapakah ko dik...sila reveal yourself....redzuan harris? pokok2 ciptaan Allah memang cantik. Allahuakbar!
DeleteSalam Awin,
ReplyDeletepenyeri kat meja PC Mak Aji cuma gambar bunga pada pinggan seramik yang digantung kat dinding aja!
takpe laaa mak aji...kat PC gambar je tapi di depan tepi belakang rumah segala pokok ada :)
DeleteComelnya...
ReplyDeleteErrr...kalau tension jangan tercucuk sudah huhuhuh....
Dekat Mexico cactus diorang buat jeruk. Pertama kali rasa masa duduk kat Australia dulu.
pernah juga tercucuk tangan. JEruk! wahh....interesting dengar. sedap tak?
DeleteAn acquired taste. Kalau ok dengan rasa lendir.
DeleteNak tanya, kaktus mini yang dijual kat kedai pokok tu memang hidup kan? Boleh besar tak?
ReplyDelete