Thursday, October 24, 2013

Ros Jepun Semua Menjadi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Rose jepun ini memang sangat mudah
+ nak tanam
+ membiak
+ berbunga
+ dijaga
+ dibuat projek tanaman hiasan di tadika (cadangan untuk cikgu tadika) hehe

Hehe....org tak sempat masa. Buat point saja senang kan!

Terima kasih smRose yang budiman di atas pemberian ini. Pelbagai warna dan bentuk smRose beri. Saya suka! Saya juga telah memberi keratan-keratan ros jepun daripada pokok-pokok terbitan kepada kawan-kawan yang berminat. Mereka pun beri maklum balas positif tentang pokok ini. Jika nak silalah datang rumah ambil. Jika nak pos memang saya tiada masa. Masih berhutang biji benih kongsi dengan beberapa orang pembaca blog dan smRose sendiri! Alhamdulillah selamat sudah saya poskan tengah hari semalam.





12 comments:

  1. Kalo macam ni terpaksalah bangga sekali lagi...heehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah bangga dengan pokok orang lain :)

      Delete
  2. Balik rumah mertua bulan lepas memang dah aim nak ambik benih tapi bila balik biasalah semua lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt lain kali balik jangan lupa ambil :) lepas tuh share dengan kami. seronok jaga pokok yg tak perlu nak jaga ni

      Delete
  3. bagi org sibuk rose jepun mmg sesuai utk lanskap laman...ceria n colourful...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk memang sahabat saya! sesuai sangatlah dengan ros jepun ni

      Delete
  4. ohh nama dia ros jepun ke? baru tau... :-)

    ReplyDelete
  5. rasanya penah tgk bunga nih...bunga dia mmg cute2 jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida orang kampungku :) pokok ni kat lenggong merata riti ada....

      Delete
  6. Awin.. siputih gemar berumahtangga kt pokok ni... sepasu akak dah nak kena dispose sebab depa terlalu bermaharajalela... bila ada dahan yg kuat tu biakkan lagi kat contsiner lain supaya ada penyambung warisan...senang betul dia hidup kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu pulak siputih suka Kak Mar.....janganlah pula siputih datang kat ros jepun saya. sayang sungguh dengan ros jepun ni

      Delete