Wednesday, October 23, 2013

Kucai Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Siapa suka makan kucai? Baunya memang agak tengik kan. Kucai adalah daripada keluarga bawang. Apabila menuai kucai, jangan ditarik bawangnya sekali. Kerat daunnya sahaja dan daun baru akan tumbuh semula. Pokok ini juga tahan makhluk perosak. Mungkin sebab baunya yg kurang menyenangkan. Tuaian kucai kali ini Mr Chef masak bersama tauhu goreng dan taugeh dibuat masak kicap. Memang yummy sekali! Kids pun suka makan. Kucai juga Mr Chef selalu masukkan dalam kueteow dan cucoq udang. Terung susu dan rosy radish tu sampingan stok hujung nyawa. Mr Chef panggang mereka-mereka ini. Sedap!



Kucai lebih mudah ditanam daripada bawangnya berbanding biji benih. Saya mempunya sepokok kucai di rumah yg tumbuh daripada biji benih. Kepada sesiapa yang berminat dan serius untuk menanam kucai di rumah bolehlah datang ambil di rumah saya. PERCUMA sahaja ya. Tiada caj tersembunyi dan asterisk di akhir perkataan ^_~ The more you give the more you get! Hubungi saya di zamzurina@gmail.com. Rumah saya di Shah Alam. En Is ada tunjukkan cara menanam kucai. Boleh baca di sini.



11 comments:

  1. Kalaulah rumah kita dekat, dah lama saya datang menadah tapak tangan

    ReplyDelete
  2. suka jugak daun kucai ni..sebahai hiasan dalam bihun goreng..mee goreng..kue tiew goreng dan pelbagai goreng lagi...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Zamzurina
      Ada lagi tak anak pokok kucai? Akk nk siket anak pokok kucai tu. Susah nak dari benih. Rmah kat mana? Akk duduk di Shah Alam sek 26

      Delete
  3. salam awin, jauh sgt la nk pi...kalau kt a/setaq confirm pi dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih menunggu kot org Lembah Klang berminat dengan serius. Serius tu! hehe

      Delete
  4. salam, buat cucur kucai dapp ni.. jauh sgt dari labuan nak mintak kucai.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Labuan? kalau sakit gigi pegi jumpa Dr Wan Zaihana :) rekemended :)

      Delete
  5. Salam Awin,

    Shah Alam tu seksyen berapa ya?? Mak Aji kat Sg. Buloh, dekatlah tu. Minat ni nak gi rumah Awin. Boleh e-mel alamat kat shimah60@gmail??

    ReplyDelete
  6. buat cucur kucai pon best!! kalo dekat dh lama gi serbu rumah..

    ReplyDelete