Tuesday, October 22, 2013

Petola bantal Semua Menjadi gagah menjalar di atas pagar

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Semasa PRU 13 yang lepas, saya ada menyemai banyak biji benih di Petak Hijau Seri Bayu. Hanya petola dan ulam raja saja yang hidup subur sehingga sekarang. Alhamdulillah. Seronok melihat Petola Bantal Semua Menjadi (benih pemberian Semua Menjadi) menjadi-jadi menjalar di atas pagar rumah mak. Hasil buahnya pun besar-besar belaka. Pernah mak kata pernah besaq sangat dapat sambil menunjukkan dengan tangannya. Bulat mata saya dengar mak bercerita. Pokok petola ini hidup subur tanpa gangguan perosak kerana ada penjaganya. Terdapat sekumpulan kerengga bersarang di pokok ini. Kerengga ini boleh dijadikan sebagai pelindung tanaman. Boleh baca secara terperinci di sini bagaimana En Is tanamsendiri.com menggunakan kerengga sebagai pelindung semulajadi tanamannya. Terima kasih Semua Menjadi kerana biji benih yang menjadi ini :)


Pokok petola bebas menjalar. Di hujung sana, petola dah mula menjalar atas pokok inai. Ada hajat nak menawan pokok inai ;)



Buah petola ini adalah sebesar lengan saya. Mak kata saiz ni kecil saja kalau dibandingkan dengan hasil buah petola sebelum ini tapi bagi saya besaq sangat dah. Hasil ini kami bawa balik ke Shah Alam untuk santapan hujung minggu kami :)



Tahukah anda, buah petola apabila dibiarkan matang boleh dikeringkan dan dijadikan span mandian atau span basuh pinggan? Saya pun baru tahu setelah baca di sini :) Selalunya, jika saya tanam petola, tak sempat nak tua mmg dah jadi santapan kami sekeluarga. Petola adalah di antara sayur kegemaran kami sekeluarga.

Foto kredit : Wikipedia

15 comments:

  1. Salam Awin,

    Ini rupanya petola bantal ya, pertama kali Mak Aji tengok. Biasa tengok yang segi tu je. Cara masaknya macam petola segi juga ke? Segar bugar hingga mahu menakluk inai ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. petola bantal namanya smrose yg bg. saya ikut je. tapi mmg macam bantal :)

      Delete
  2. Bangga saya melihat kesuburan pokok petola bantal tu, saya pun suka makan petola bantal tu, rasanya lebih manis dr petola segi tapi kena cepatla jgn sampai dah beserat, tak sedap lansung

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) saya faham kebanggaan smrose....saya yg tolong tanam ni pun bangga juga sbb mak tak putus2 dok puji kebesaran buanya. alhamdulillah. saya lebih suka makan petola ni compared to angled loofah.

      Delete
  3. cantik nyer buah petola bantal ni...tk penah tgk apa lg mkn...kena tanam jgk ni nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana....tanam lah...ni kat sg petani. kat aloq staq boleh dpt besaq lagi kot

      Delete
  4. assalam Awin.. ada dimaklumkan oleh rakan fb berkebun..Rose pun ada beri K Mar .. belum semai lagi... tak de tempat dah nak semai!....

    ReplyDelete
  5. saya bukan takdak tempat..saya tak sempat! kesian petak hijau

    ReplyDelete
  6. salam awin..cantik pulak petola menjalar atas pagar...mcm pandai pokok tu tak berjuntai ke sana sini...sebaris elok jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tinggi macam tu nak menuai pun mencabar. tapi mmg cantik nampak swbaris macam tu

      Delete
  7. ASSALAM awin..
    Saya datang dari rumah ummuaidan fiji..
    oooooo boleh buat span cuci pinggan yer.. baru tau ni.. good info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat datang jassnani. saya pun belum pernah cuba span dari petola ni. tahu dari smRose

      Delete
  8. Gebu petola tu ye.. mcm bantal.. hehe.

    ReplyDelete
  9. Assalam sis. Adakah lagi sis tanam petola bantal tersebut? Klau ada.. sy nk mtk izin nk amik pic nya utk bku projek sy..

    ReplyDelete