Saya sangat suka makan spaghetti. Begitu juga ahli keluarga yang lain. Lebih-lebih lagi spaghetti yang saya buat sendiri ^_^ Bukan masuk bakul angkat sendiri ya :) Mr Chef memang tak masak spaghetti. Tugas saya hanya memasak dua masakan di rumah ~ Spaghetti bolognaise dan nasi lemak. Spaghetti yang saya masak sendiri tentunya mewah dengan segala macam benda. Tak kedekutlah kiranya nak letak itu dan ini. Memang makan bertambah-tambah. Untuk keluarga kecil kami, Spaghetti Bolo adalah kategori makanan untuk sehari - whole-day meal. Sarapan, makan tghari dan makan malam :) Resepi Spaghetti ini saya ambil dari Kak Ros ~ rakan dan jiran di pejabat. Saya tambah baik mengikut citarasa saya :) Resepi yang ringkas tapi sedap! Jika berminat sila emel saya zamzurina@gmail.com. Nanti saya forward saja resepi yang Kak Ros beri.
Pada minggu yang lepas-lepas saya tuai ginseng jawa untuk dimasukkan ke dalam spaghetti. Ini adalah kali pertama saya masukkan pucuk ginseng jawa. Idea adalah daripada Kebun Bahagia Bersama. Muaz makan bertambah-tambah. Tiada pun sebarang komen tentang rasa yang pelik-pelik. Begitu juga Muhsin. Makan tanpa komen :) Ginseng jawa banyak khasiatnya. Kawan-kawan boleh baca di blog Berkebun HobiKu dan juga blog Kebun Bahagia Bersama. Bunganya berwarna deep pink dan saiznya yang comel memang memeriahkan Petak Hijau. Pokoknya senang tumbuh. Patahkan batangnya dan cucuk saja dalam tanah, ia akan survive. In shaa Allah. Pokok ginseng jawa saya ini adalah pemberian Diana Kebun Bahagia Bersama semasa datang ke rumah mengambil giveaway large box pada bulan-bulan yang lepas. Alhamdulillah sudah beranak-pinak memeriahkan Petak Hijau. Terima kasih Tuakng Kebun Diana.
Tahniah kepada pemilik blog Berkebun Hobiku dan Semua Menjadi kerana berjaya menjawab teka-teki teka-tekuk saya pada entri sebelum ini. Nantikan hadiah misteri dari saya ya :)
assalam Awin.. akarsom ni K Mar pernah buat ulam... ok juga...sedap spageti bolo tu... bila-bila free emel la ya resepi tu..
ReplyDeleteassslam.kak mar. saya pasti cuba utk makan sbg ulam. terima kasih. saya dah emelkan resepinya
DeleteUii tak sabar nak tunggu hadiah tu, tak sangka kitapun dapat...hehehe
ReplyDeletesangka baik dapat baik :) surpriseee!
DeleteAssalam Awin,
ReplyDeleteTahniah rose ngan puan saodah. hehe.......Saya ingat ginseng jawa ni hanya akar je boleh makan. Masuk dalam spaghetti daun dia pun boleh jugak. :)
*suka tgk water irrigation system awin. beli kat mana tu?
beli di Ace Hardware. sistem ni projek kecil mr chef. masih byk perlu diperbaiki.
DeleteTak silap akar som ni dulu tumbuh sendiri dalam pasu bunga kertas mak sy....pernah mkn buat ulam...dulu2 la...sekarang tak lagi since mak sy pernah kena angin sesak nafas lepas mkn ulam akar som ni
ReplyDeletesesak nafas? scary pulak dengar
ReplyDeleteSalam Awin,
ReplyDeleteKalau pucuknya dibuat ulam atau dimasak seperti yang Awin buat ni, akarnya yang semacam ginseng tu boleh rebus buat ubat macam ginseng yang komersial tu ke??
Diana pernah buat. Mak Aji tanya dia lebih arif. Saya belum pernah rebus lagi akarnya untuk minum.
Deletesalam,,akar ginseng kalau buat ulam mentah ada rasa macam berlendir sikit tak?sebab saya ada tanam serupa gambar pokok akar ginseng,,suamiambil dr mak sedaranya,,bila buat ulam mentah ada cam rasa berlendir sikit.
ReplyDeletesaya tak guna akarnya untuk makan lagi cucubulat. Hanya pucuknya saja saya masuk dalam spagetthi
DeleteAs Salam, Awin...Saya pon baru tanam ginseng jawa ni...pemberian dr seorang kawan......nnt nak cuba jgk la letak dlm spaghetti....:)
ReplyDeleteSila cuba untuk penambah perisa. Jom makan sayoqq :)
Delete