Friday, April 26, 2013

Episcia dan vertical gardening

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Episcia mempunyai daun yang diselaputi bulu halus berwarna perang. Sekali pandang, teksturnya adalah seperti baldu. Corak daunnya sangat unik. Bertambah unik apabila urat daunnya yang tengah berwarna seakan warna perak. Episcia mengeluarkan bunga seperti serombong berwarna merah terang yang menarik. Terus saja saya beritahu bapa untuk ambil pokok ini. Pokok ini tumbuh merata-rata di Petak Hijau Muhibbah di rumah bapa mertua. Pokok hiasan ini adalah sejenis pokok merayap yang mengeluarkan sulur yang boleh dipotong untuk tujuan pembiakan. Pokok ini sesuai ditanam di kawasan yang terlindung daripada panas matahari terik. Jadi saya tanam di kawasan backyard belakang rumah yang agak terlinding daripada panas matahari terik. Saya suka Episcia kerana ia hanya memerlukan penjagaan yang minimum. Jadi dapatlah saya bertumpu kepada tanaman makanan yang lebih utama :)

Saya tanam pokok ini di dalam pasu Baba gantung self watering. Pasu ini sesuai untuk kaedah vertical gardening sebab air siraman lebihan tidak akan tumpah jatuh ke pasu di bawahnya. Cuma yang perlu dirisaukan adalah ia menjadi tempat pembiakan nyamuk kerana air lebihan akan di takung dalam tempat takungan. Pasu ini dibeli di MY DIY Seksyen 19 Shah Alam dengan harga RM6.90.


Bunga dan daun sama-sama cantik.



Backyard ini adalah sebahagian daripada dapur kami cuma ia dipisahkan dengan sliding door yang besar sehingga ke siling. Ia adalah backyard yang tertutup dan di atapi dengan bilah-bilah besi yang disusun berjarak setengah kaki untuk tujuan keselamatan. Jika belok kanan, ia adalah tempat saya menyidai pakaian.  Glass box digunakan di sebelah kiri untuk pencahayaan yang baik di backyard ini. Konsep backyard sisi tertutup  dan terbuka di atas ini adalah idea Mr Chef. Katanya sambil memasak bolehlah menikmati pemandangan tanam-tanaman. Semenjak berkebun, backyard comel ini menjadi tempat saya menyemai. Backyard ini juga adalah tempat kids makan aiskrim. Kurang sikit kerja-kerja membersih oleh mamanya :)


Thursday, April 25, 2013

Sikitnya tak cukup, banyaknya tak puas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah, untuk tuaian minggu ketiga April 2013 ini, petola telah saya tuai. Sebab tak sabar punya pasal nak makan petola sulung tanam sendiri :) Teringat cadangan Diana Kebun Bahagia Bersama, tuailah dalam 25cm sebab rasanya manis. Rasanya tak sampai 25cm pun saya dah tuai :) Cuaca sekarang panas, pokok petola sering layu kekeringan. Jadi sebelum apa-apa berlaku moleklah kiranya saya tuai untuk buat masak lemak putih. Hon Tsai Tai pun dituai muda untuk dimasak sekali dengan petola. Thai basil dituai untuk dimasukkan juga ke dalam masak lemak putih. Syukur, alhamdulillah, bendi pula tak putus-putus berbuah. Terlambat ambil alamat keraslah ia. Untuk hujung minggu lepas Mr Chef tidak gunakan dalam masakan. Saya bercadang nak rebus dan makan bersama budu untuk santapan malam. Bunga telang seperti biasa akan dibuat sirap biru dan dimasukkan lemon. Dah hampir habis dah pun. Muaz, anak sulung saya, awal-awal lagi sudah pesan supaya masukkan siap-siap dalam botol airnya untuk bekalan ke sekolah esok. Cili kulai dan tomato dituai untuk dimasukkan dalam masakan puyuh masak kicap. Biji benih bunga telang dan bendi singa pun dituai. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan rezekiMu ya Allah.



Perbezaan di antara petola pasar (top) dan petola sendiri (bottom) yg dituai muda. Rasanya memang manis dan sedap!



Memetik kata-kata Ustaz Pahrol :
Rezeki yang berkat ~ Sikitnya mencukupi, banyaknya boleh memberi
Rezeki yang tidak berkat ~ Sikitnya tak cukup, banyaknya tak puas

Semoga rezeki yang kita perolehi adalah berkat. Amin.


Wednesday, April 24, 2013

Sirih puteri gergasi memanjat tiang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sirih puteri ini saya ambil dari rumah mak saya di Petak Hijau Seri Bayu Disember 2012. Seingat saya saya hanya sandarkan keratannya di tiang porch ini, agak tersorok dibelakang pokok limau kasturi. Baru saya perasan awal bulan ni apabila ia tiba-tiba buat u-turn untuk mencari cahaya. Daunnya besar. Sebesar dua tapak tangan saya. Akarnya tebal melekat di permukaan tiang. Setinggi manakah pokok ini akan memanjat?


Monday, April 22, 2013

Spoon Mustard aka Tatsoi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Rupanya memang seperti sudu. Benih tatsoi ini saya beli daripada Kebun Bahagia Bersama. Benihnya bernas. Menurut pembacaan saya ia boleh dituai dalam masa 45 - 50 hari. Tatsoi kaya dengan potassium, kalsium, Vitamin A dan C. Nampaknya memang pertumbuhan tatsoi saya tidak menggalakkan. Pertumbuhan yang terbantut kemungkinan besar adalah kerana saya lambat untuk mengalih. Gambar kedua di bawah adalah pasu asal semaian. Sudah banyak daun sebenar keluar, saya masih tidak alihkan. Keterujaan menanam tatsoi adalah ia tidak di dapati di pasar. Atau saya yang masih belum lagi berjumpa di pasar. Ada yang kata sedap makan sebagai salad. Kita tengok nanti Mr Chef masak apa. Yang pasti bukan salad. Kawan seangkatan yg sedang menanam tatsoi adalah Nadia Rashid. Dengan tempat yang luas di perbatasan, saya dari jauh mendoakan tatsoi Nadia akan jadi macam di bawah ni. Chaiyok!

Rupa sebenar tatsoi.
(Gambar dan maklumat diambil dari http://www.namayasai.co.uk/Tatsoi/tatsoi.htm)


100g raw leaves contain:
29 mg sodium
430 mg potassium
120 mg calcium
23 mg magnesium
46 mg phosphorus
0.7 mg iron
0.5 mg zinc
0.38 mg manganese
2200 µg beta-carotene
180 µg retinol
0.05 mg vitamin B1   
0.09 mg vitamin B2
0.12 mg vitamin B6 
31 mg vitamin C
1.5 mg vitamin E
220 µg vitamin K
65 µg folic acid




Tatsoi sebelum dialih.



Tatsoi dialih ke bekas polisterin tinggalan kacang panjang. Kawasan ini terlindung sikit. Nampaknya daunnya jarang-jarang dan tidak membentuk kuntuman yang cantik seperti tatsoi di atas.



Pokok dari bekas tanaman yg lain. Kawasan ini menerima cahaya pagi yg penuh. Kelihatan daun-daun mula membentuk kuntuman. Tapi tak sempat besar rasanya. Hujung minggu ni rasa nak tuai dah! :)





Saturday, April 20, 2013

Sikitnya mencukupi, banyaknya boleh memberi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Cepat sungguh masa berlalu. Sudah masuk minggu ketiga April. Dek kerana kesibukan kerja yang amat di pejabat, hasil tuaian minggu kedua baru saya dapat kongsikan gambar pada minggu ketiga ini. Hasil tuaian tidak banyak bezanya, tapi kami tetap gembira dengan hasilnya. Kali ini sekecil-kecil bendi pun dituai kerana sudah maklum bahawa minggu berikutnya kesibukan melampau akan melanda di pejabat. Bendi ini adalah hasil dari bendi di tanam di atas tanah. Alhamdulillah, memang menjadi-hasilnya walhal kawan-kawan seangkatannya sudah selamat dipangkas pokoknya. Bendi atas tanah ini belum saya pangkas kerana buat masa sekarang ia menjadi tempat sengkuang berpaut. Minggu kedua ini dapat menuai biji benih bendi emas dan bunga telang. Ada benih yang dituai pada pagi nak ke pejabat, terus masuk dalam handbag untuk diedarkan kepada kawan-kawan pejabat. Terdapat beberapa kawan pejabat  telah terjebak dalam aktiviti berkebun :) Alhamdulillah.

Kerja-kerja penstrukturan semula tergendala. Perbincangan serius dengan Mr Chef belum lagi dapat diadakan dek kerana setiap hari balik kerja pada malam yang kelam. Tetapi semalam, pada malam yang kelam, sangat gembira semasa pulang dari kerja apabila kelihatan kotak kayu besar di laman rumah. Otak sudah ligat berfikir itu dan ini!

Hasil tuaian minggu kedua April 2013 : bendi, pudina, bunga telang,ulam raja, pegaga gajah (tuaian dikongsi dengan rakan pejabat semasa lunch di pantry pejabat), rosselle, cili kulai king, benih bendi dan benih bunga telang.


Pudina dimasukkan ke dalam green tea yang menjadi kesukaan saya. Rosselle seperti biasa akan dijadikan jus untuk anak-anak.



Friday, April 12, 2013

Penstrukturan semula Petak Hijau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kelihatan padat tanaman di Petak Hijau. Ada yg telah memberi hasil dan ada yg masih seminggu jagung. Penstrukturan semula fasa 1 Petak Hijau akan dibuat secara berperingkat. Dalam masa ini juga, penyemaian akan dihadkan untuk membolehkan penstrukturan fasa 1 berjalan lancar :)



Sempena hari Jumaat yang indah penuh barakah ini, saya ingin berkongsi satu perkongsian daripada seorang sahabat : 


(Rujuk surah al-Baqarah ayat 45)

Thursday, April 11, 2013

Pokok pandan hiasan di dapur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya tertarik dengan seorang rakan di pejabat yang membawa pokok pandan bersaiz comel ke pejabat dan di masukkan ke dalam botol. Pokoknya memang menarik perhatian saya. Sungguh selesa dipandang mata. Gambar diambil dari tempat duduk saya.







Inpirasi daripada rakan sekerja, pada minggu lepas, saya dengan drastiknya telah mengambil sepohon pandan dari 3 rumpun dan masukkan ke dalam balang ini dan diletakkan di penjuru dapur. Lepas ni nak makan nasi lemak hijau senang saja petik dari dalam rumah saja ;P Mesti BigKid happy sebab lepas ni dia tak payah susah-susah keluar rumah ambil daun pandan untuk mama. Mr Chef pula membeli ikan laga untuk menjadi peneman pokok pandan dan pencegah jentik-jentik. Bertambah-tambahlah kids suka :)


Wednesday, April 10, 2013

Petola dan peria sulung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Akhirnya peria dan petola sulung menampakkan rupanya. Syukur alhamdulillah. Jika menjadi sehingga dapat dituai, inilah hasil pertama peria dan petola daripada Petak Hijau.


Benih peria adalah pemberian bos tempat saya bekerja. Agak lama jugak ia nak berbunga dan menghasilkan bunga betina. 



Pokok petola ini benihnya adalah daripada Kebun Bahagia Bersama. Pokoknya memang sangat banyak bunga jantan. Mencari-carilah bunga betina hingga ketemu yg ini. Syukur alhamdulillah.



Tuesday, April 9, 2013

Bunga telang dan Ulam raja goreng bersalut Tepung Magik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hasil tuaian minggu lepas, Mr Chef telah cuba menggunakan tepung tempura dicelup dengan bunga telang dan ulam raja dan digoreng. Mr Chef nak cuba pancing anak-anak lelakinya makan ulam. Alhamdulillah. Kids makan juga walaupun tak banyak :) Selebihnya abah dan mama kids makan sampai habis sebab sedap!


Hari sabtu menggunakan tepung tempura tesco. 



Pucuk dicita ulam mendatang, pada hari ahad, seorang sahabat datang membawa tepung goreng serbaguna ~ Tepung Magik namanya yg telah saya order minggu lepas. Jadi Mr Chef guna pula tepung ini untuk buat bunga telang, bendi, cekur, buncis dan bawang goreng celup tepung magik. Memang rasanya lebih sedap daripada tepung tempura tesco di atas. Hidangan di bawah habis kami makan sambil memasak. Tak sempat nak buat makan tengah hari pun. SmallKid pula makan 4 kuntum bunga telang goreng celup tepung magik. Sesuatu yg harus dibanggakan! :) Untuk sesiapa yang berminat nak beli tepung magik ini bolehlah tengok maklumatnya di Dong dan Dia. Boleh order di situ juga.



Monday, April 8, 2013

Hasil tuaian minggu pertama April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Syukur alhamdulillah, dapat lagi menuai hasil depan rumah. Hujan rahmat yg turun hampir setiap hari membolehkan saya berehat dari menyiram pokok.


Tuaian Sabtu 6/4/2013 : Mustard red giant, bayam hijau daun bulat, Kailan, ulam raja, rosselle, tomato dan bunga telang.



Petak Hijau mengalami vege shortage buat masa ini. Saya tidak menyemai kerana peralihan tempat berkebun. Kawasan sebelah kanan akan distrukturkan semula. Syukur alhamdulillah, asin-asin sentiasa jadi penyelamat kami :)

Tuaian Ahad 7/4/2013 : asin-asin, bunga telang, bendi singa, cili kulai king dan daun cekur.



Sunday, April 7, 2013

Vertical Vegetable and Fruits

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apabila sudah suka, ke mana jua saya pergi tiada lain yg dicari. Pada minggu lepas, semasa waktu rehat hari Jumaat yg indah. Saya ke KLCC untuk mencari makanan ringan-ringan pengalas perut. Saya mencari makanan yg ringan-ringan kerana semasa sarapan saya telah melantak makan nasi lemak. Setelah berpenat jalan ke KLCC yg jauhnya lebih kurang sekilometer dari pejabat saya bekerja, saya dan rakan bercadang untuk ke Kinokuniya mengintai-intai buku-buku menarik. Kami berpecah dan saya lebih tertarik untuk ke bahagian Hobby and Craft mencari buku tentang gardening. Inilah hasilnya. Sesuai diaplikasi di Petak Hijau yang berkawasan comel. Isi kandungan agak menarik. Mr Chef pun nampaknya menelaah buku ini. Bersama-sama mencari idea untuk memaksimumkan penanaman di Petak Hijau.


Saturday, April 6, 2013

Edible ornamental Basella Rubra

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sungguh saya tak perasan bayam malabar merah depan luar pagar rumah telah menghasilkan biji-biji (benihkah?) di batangnya yg kemerahan itu. Sungguh selesa mata yg memandangnya. Masya Allah.






Friday, April 5, 2013

Pengajaran daripada lobak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ini adalah daikon segar yg dituai hujung minggu lepas. Biji benih dibeli dari Kebun Bahagia Bersama. Lobak dan daunnya dibuat sayur masak lemak putih. Tidak sempat nak ambil gambar hasil lobaknya, Mr Chef dah potong untuk dimasak. Daikon cepat membesar dan memberi hasil dalam masa sebulan lebih. Semasa saya tuai tidaklah besar sangat sebab sekarang kami kekurangan sayur di Petak Hijau. Saya tuai jua untuk elakkan kids bosan asyik makan sayur asin-asin.


Sempena hari Jumaat yg disarankan kita berdoa dan berwirid setiap masa ini, saya ingin kongsikan gambar lobak yg saya dapat dari seorang kawan yg menarik hati saya untuk dikongsi di sini. Sungguh terkesan. Peringatan untuk diri sendiri.



Thursday, April 4, 2013

Menapau ulam ke pejabat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pejabat tempat saya bekerja berada di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur. Makanannya semuanya semakin mahal. Jadi, untuk berjimat, saya telah mula membawa ulam-ulaman ini ke pejabat. Sekurang-kurangnya tidak perlu saya ambil hidangan sayuran yg akan dicaj minimum RM1.00. Di samping itu, boleh juga berkongsi dengan rakan-rakan sepejabat yg juga suka ulam-ulaman segar dan organik :)  Ini adalah ulam untuk minggu ini, hasil tuaian di malam hari ~ pucuk kari, cekur dan pegaga gajah.


Wednesday, April 3, 2013

Sirap ungu lemon organik laris!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Syukur alhamdulillah, bunga telang growing and being (nama pokok diberi sempena nama blog pemberinya.) sangat meriah. Rajin dipetik bertambah banyak pula bunganya. Masya Allah. Minggu lepas apabila sedang memetik bunga telang growing and being  kids bertanya sama ada saya nak buat air birukah? Untuk tidak menghampakan mereka saya rebus bunganya ~ pada mulanya ingat nak buat ulam. Setelah itu saya panggil kids sebab nak tunjuk silap mata :) mereka tidak pernah jemu melihat dan saya tidak pernah jemu panggil utk demo :) Kali ni saya guna lemon organik daripada Kebun Bahagia Bersama. Setelah disejukkan, apabila Muaz minum tiba-tiba katanya macam rasa rosselle pula. Memang peminat tegar rosselle, Muaz lah yg berulang alik buka peti ais minum air warna purple. Sungguh laris sirap purple dalam masa 3 hari!


Pokok Telang Growing and Being yg semakin membesar menghiasi pagar depan rumah.



Tuaian bersama ulam raja dari pokok terakhir sebelum dicantas masuk compost bag.



Air sirap purple lemon organik yg laris diminum ahli keluarga.




Tuesday, April 2, 2013

Cili Kulai King berbuah lebat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sebelum ini jika saya tidak hand-pollinate cili kulai (benih dari tanamsendiri.com) ini, maka peluang untuk pendebungaan berlaku akan jadi tipis dan pokok akan kurang menjadi buah. Maka hasil tuaian akan berkurang. Tetapi sejak akhir2 ini saya memang tidak sempat hand-pollinate cili2 ini dan tanpa disedari di sebalik kehijauan itu terdapat banyak buah2 yg terhasil. Syukur alhamdulillah. Cili-cili ini akan dibiarkan menjadi merah sebelum digunakan. Kebiasaan saya, jika menuai saya akan cantas terus dahan untuk cili tersebut. Pokok semakin dicantas semakin subur :)

Sebelum ini jika beli cili besar di kedai dan guna dalam masakan, memang cili akan ditolak ke tepi ~ tak makan. Tetapi, cili besar yg saya tanam sendiri saya akan makan sampai habis mengenangkan ia adalah hasil tanaman di kebun sendiri. Saya memang sedia maklum, bahawasanya cili mmg mengandungi Vitamin C yg tinggi semasa mengambil subjek fakulti luar 'Manusia dan Tumbuhan'. Ilmu yg kita dapat jika tidak dimanfaatkan memang tidak ke mana. Tahu tapi tidak mahu :) sayalah tu. Alhamdulillah, berkat rezeki Allah beri dengan bertanam sendiri, cili pun saya telan mengenangkan kudrat yg telah digunakan untuk menjaga tanaman2 depan rumah.


FROM WIKIPEDIA
Red chilies contain large amounts of vitamin C and small amounts of carotene (provitamin A). Yellow and especially green chilies (which are essentially unripe fruit) contain a considerably lower amount of both substances. In addition, peppers are a good source of most B vitamins, and vitamin B6 in particular. They are very high in potassium,magnesium, and iron. Their very high vitamin C content can also substantially increase the uptake of non-heme iron from other ingredients in a meal, such as beans and grains. [details]

Pokok cili  A yg senget sebelah yang berdekatan dengan thai basil tumbuh sendiri yg merimbun



Pokok Cili B yg tak mahu kalah berbuah.



Pokok Cili C. Menunggu untuk semuanya menjadi merah :)



Monday, April 1, 2013

Petola sudah berbunga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ini kali pertama saya tanam petola. Benih adalah dari Kebun Bahagia Bersama. Sedar tak sedar sudah berbunga pun. Setakat ni yg keluar semua bunga jantan. Masih menunggu bunga betina untuk muncul. Jika ada rezeki menjadi buah. Untuk petola, saya gunakan petua Kak Mar, guna baja tahi kambing. Sejak kemunculan bunga petola, kelihatan lebah ke sana ke mari sibuk singgah. Syukur alhamdulillah. Memang kedatangan lebah-lebah ini dialu-alukan.