Syukur alhamdulillah, bunga telang growing and being (nama pokok diberi sempena nama blog pemberinya.) sangat meriah. Rajin dipetik bertambah banyak pula bunganya. Masya Allah. Minggu lepas apabila sedang memetik bunga telang growing and being kids bertanya sama ada saya nak buat air birukah? Untuk tidak menghampakan mereka saya rebus bunganya ~ pada mulanya ingat nak buat ulam. Setelah itu saya panggil kids sebab nak tunjuk silap mata :) mereka tidak pernah jemu melihat dan saya tidak pernah jemu panggil utk demo :) Kali ni saya guna lemon organik daripada Kebun Bahagia Bersama. Setelah disejukkan, apabila Muaz minum tiba-tiba katanya macam rasa rosselle pula. Memang peminat tegar rosselle, Muaz lah yg berulang alik buka peti ais minum air warna purple. Sungguh laris sirap purple dalam masa 3 hari!
Pokok Telang Growing and Being yg semakin membesar menghiasi pagar depan rumah.
Tuaian bersama ulam raja dari pokok terakhir sebelum dicantas masuk compost bag.
Air sirap purple lemon organik yg laris diminum ahli keluarga.
MasyaAllah zam suburnye pokok telang tu...tak sabar nak cuba buat sirap biru telang ni...
ReplyDeletesyukur alhamdulillah. telang bila dah stabil mmg cepat merimbun
Deletesedap jgk lemon purple nie..cuma malas jer nak buat heheh..bunga telang ade kat umah,,
ReplyDeletemmg sedap. lemon organik penambah khasiat
Deletesaya bab bunga telang ni rajin tolong tuai je.. Pastu malas nak buat apa2. Boleh tak gitu? Hahaah
ReplyDeletemasukkan lah ke tong kompos. ada manfaat ;)
DeleteSalam Zam,
ReplyDeletecantik merimbun telang ni! Kena pulak anak suka airnya, makin rajinlah maknya buatkan! Pembakar semangat namanya tu!
kids mmg pembakar semangat utk berkebun.
DeleteBunga telang boleh frozen kalau nak menyimpan bila banyak sangat nanti.
ReplyDeletenoted :)
Deletemusim2 panas ni sangat sedap minum sirap..lagi2 kalau color sirap yg menarik...:D
ReplyDeletebetul tu nadia....nampak lazat je kan
DeleteSedapnye sirap biru. Kala cuaca agak panas2 gitu. :)
ReplyDeletehilangkan haus tekak
DeleteTry buat aiskrim Malaysia, tentu warnanya menarik.
ReplyDeleteakan dicuba. terima kasih atas cadangan.
Deletesuka dgn idea tu...
Delete