Thursday, April 11, 2013

Pokok pandan hiasan di dapur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya tertarik dengan seorang rakan di pejabat yang membawa pokok pandan bersaiz comel ke pejabat dan di masukkan ke dalam botol. Pokoknya memang menarik perhatian saya. Sungguh selesa dipandang mata. Gambar diambil dari tempat duduk saya.







Inpirasi daripada rakan sekerja, pada minggu lepas, saya dengan drastiknya telah mengambil sepohon pandan dari 3 rumpun dan masukkan ke dalam balang ini dan diletakkan di penjuru dapur. Lepas ni nak makan nasi lemak hijau senang saja petik dari dalam rumah saja ;P Mesti BigKid happy sebab lepas ni dia tak payah susah-susah keluar rumah ambil daun pandan untuk mama. Mr Chef pula membeli ikan laga untuk menjadi peneman pokok pandan dan pencegah jentik-jentik. Bertambah-tambahlah kids suka :)


10 comments:

  1. Salam Zam,

    Cukup bagus idea ini! Mesti keluar harumannya di dapur!

    ReplyDelete
  2. salam zam, boleh cuba ni...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom cuba. terima kasih kt kawan yg memberi idea

      Delete
  3. bestnya ada cubicle mcm tu..senang nak hias2 letak brg personal..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur dpt private cubicle mcm ni. mmglah nak letak macam2 tapi dokumen2 kerja mendominasi ruang.

      Delete
  4. bagusnya iade nie kan..dah bolh jd hiasan yg natural lak kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik....pokok pandan awak kan byk merimbun. bolehlah menaturalkan dalam rumah dengan pokok pandan.

      Delete
  5. wah menariknya,,,boleh tahan berapa lama yer pohon pandan tu,,,nanti sy nak cuba buat jugak la,,biasa wat hiasan dengan money plant jer.

    ReplyDelete
  6. slm sis..tahan ker pandan tu..saya punya jd kuning..ke sbb xkena cahaya matahari

    ReplyDelete