Thursday, February 28, 2013

Limau Kasturi berbunga lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Agak rajin pokok limau kasturi ini berbunga. Alhamdulillah. Setelah pokok ulam raja dicantas dalam pasu limau kasturi, makin besar pula pokoknya cuma ulat bulu pula aktif memakan daunnya. Buah2 limau kasturi banyak yg terbentuk. Alhamdulillah. Semoga buah2nya dapat membesar tanpa gangguan.



Wednesday, February 27, 2013

Hasil tuaian minggu lepas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hasil tuaian minggu lepas diserikan dengan tomato dan lobak putih. Alhamdulillah, syukur. Setiap hari boleh tuai sayur depan rumah. Masa tidak lagi terbuang dengan menghadap sematfon browse sana sini tanpa tujuan. Masa senggang pasti ke laman rumah atau merancang untuk tanaman seterusnya. Banyak lagi seeds in the list yg belum disemai. Tempat terhad, kene rancang untuk mengoptimumkan penanaman di laman rumah supaya pelbagai jenis sayur boleh kami sekeluarga rasa :)


Tuesday, February 26, 2013

Kitar semula tikar lama jadi trellis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terdapat satu tikar buluh lama di rumah yg sudah lusuh, tapi saya terus menggunakannya lagi kerana masih boleh dipakai. Sehinggalah pada suatu hari saya tersepak batang buluh yg terkeluar dan sangat sakit. Juga terkena juga kepada beberapa tetamu yg datang dan juga kids. Sejak pada hari itu saya mencari idea untuk kitar semula tikar ini untuk menjadi sesuatu yg bermanfaat di Petak Hijau. Akhirnya saya tarik semua bilah-bilah buluh tikar dengan bantuan anak2 dan minta tolong Mr Carpenter guna stapler besar untuk melekatkan buluh2 tersebut. Hasilnya mmg boleh digunakan untuk petak hijau. Saya lekatkan dengan trelis besi (credit to Mr Carpenter juga) yg sedia ada untuk nampak lebih cantik (kununnya lah!!). Janji free! Dalam kotak idea nak buat juga pagar2 kecil menghiasi Petak Hijau. Syukurah Mr Carpenter mempunyai byk alatan untuk bertukang. Banyak benda lagi boleh dibuat (^_^) Sekarang tengah mencari polisterin terpakai kawasan Shah Alam ni, Nak beli kat Giant RM10 satu. J




Monday, February 25, 2013

Tuaian Tomato yg pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saat yg ditunggu sudah tiba apabila terlihat warna orange kemerahan 2 biji semasa sedang melihat2 tanaman depan rumah. Rasanya perlu tunggu lagi tapi disebabkan tak sabar nak rasa, saya pun tuailah jugak :) Rasa sebak pula semasa menuai tomato yg pertama dan kedua ini.  Sebab pertama kali tuai tomato tanam sendiri. Satu buahnya merekah. Mungkin sebab terlalu banyak air. Alhamdulillah. Dah selamat digunakan dalam ikan sardin masak kicap. Makan sehingga licin. Terima kasih kepada kawan2 kebun yg tidak jemu kongsi ilmu tanam sayur sendiri. Semoga ilmu2 yg dikongsi membolehkan anda mendapat pahala yg sentiasa mengalir selagi ilmu itu digunakan. Jazakallahu khairan.




Sunday, February 24, 2013

Tuaian lobak putih sulung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sungguh teruja menuai hasil lobak putih yg pertama ini. Tidaklah sebesar manapun. Daunnya saja yg banyak. Tapi apabila Mr Chef gabungkan sekali lobak dengan daunnya buat masak lemak sangatlah sedap. Kids pun suka. Tak sabar pula menunggu lobak2 yg lain terbentuk. Kene tanam lebih banyak lagi atas arahan Mr Chef :) Teringat dulu semasa full breastfeeding anak kedua 4 thn yang lepas, lobak putih inilah rajin dimakan untuk menambahkan susu badan. Tetapi semasa itu beli kat pasar sajalah. Masih belum berkesedaran untuk tanam sendiri lagi ;) 


Saturday, February 23, 2013

Pagar lipat boleh ubah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Perosak utama di Petak Hijau adalah kucing. Pernah suatu ketika saya rasa kecewa sangat sehingga rasa tak semangat nak berkebun sebab pokok2 mati akibat najis kucing. Letak cat repellent Daiso pun tak jalan. Kebal sungguh kamu ya kucing2. Setelah berdiskusi dan brainstorming  dengan Mr Carpenter, akhirnya kami sepakat utk buat pagar keliling Petak Hijau sebelah kanan. Kebun sebelah ni mmg banyak tanaman sebab kawasan ini menerima cahaya pagi yg banyak. Boleh saja kami letak jaring dekat pagar rumah, jadi tak dapatlah kucing2 masuk ke laman rumah. Tetapi disebabkan kids suka buat charity bagi makanan kepada kucing yg datang, kami batalkan hasrat dulu dan buatlah pagar boleh lipat dan ubah sesuka hati ini :)  Kekurangan pagar ini adalah kalau angin sangat kuat mmg blh jatuh. Alhamdulillah, sehingga kini hanya pernah 2 kali jatuh. Walaupun tidaklah secantik mana, pagar lipat boleh ubah ini akhirnya dapat menyelesaikan masalah yg kami hadapi dengan kucing :) Alhamdulillah.


kiri : kucing yg diberi nama Woof oleh anak jiran sebelah kanan. Kucing ni dikongsi dengan anak jiran sebelah. Bukan kepunyaan sesiapapun. Abah kids bagi nama yuckie sebab suka membuang dalam Petak Hijau. Seronok dia landing atas pagar depan. Sejuk agaknya, redup dipayungi pokok berdaun besar.

atas kanan : Jika nak masuk kebun dalam jangka masa yg lama ke sana dan ke mari nak belek2 pokok2, lipat saja pagar dan masuklah sesuka hati :)

bawah kanan : Kitar semula penyidai tuala untuk dijadikan pintu pagar lipat. Jika nak masuk sekejap bukalah pagar ni. Tak perlu lipat semua.

Friday, February 22, 2013

Sawi cepat membesar setelah dialih

Assalamualaikum,
Sawi (benih tanamsendiri.com) mmg senang tumbuh dan cepat membesar. Sebelum dialih ke bekas ini saya tanam dalam bekas lain. Biasalah apabila menyemai benih-benih yg kecil ni. Main tabur saja. Apabila dah tumbuh mmg  rapat-rapat. Lebih kurang 2 minggu juga sawi mendiami bekas yg sempit ini.  Jenis sawinya tidak dapat dikenalpasti sebab tag pokok hilang entah kemana.









Sebelum mengalih ke tempat baru, saya sediakan tanah yg digaul dengan baja tahi ayam dan zeolite dan dibiarkan selama 2 minggu. Sawi membesar dengan cepat setelah seminggu. Kemudian, saya tambah pula air kisar perut dan kepala ikan. Seminggu berikutnya mmg membesar dengan sihat. 



Hasil tuaian semalam ~ sayur organik dari Petak Hijau. Minggu2 lepas asyik makan sayur asin2 saja, minggu ni kita makan sawi pula :) Syukur alhamdulillah.






Thursday, February 21, 2013

Hon tsai tai berbatang ungu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Dapat juga merasa sayur hon tsai tai ini. Awalnya daunnya diserang teruk oleh perosak. Daun bergulung dan rongak2. Memang tak memberi harapan penuh kepadanya untuk survive. Tapi, alhamdulillah, dapat juga merasa 4-5 helai daun hon tsai tai dalam masakan cuti raya cina yang lepas. Pokoknya macam self recovered pula. Tiba2 banyak daun segar tanpa cela tumbuh. Saya akan biarkan berbunga untuk menuai benihnya. Pokoknya mmg menarik. Macam sawi tapi berbatang ungu. Benih dari kebunbahagiabersama.blogspot.com.


Tuesday, February 19, 2013

Keluarga cucurbit dalam kelambu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kekabuh timun yg datang menyerang bertalu-talu menyebabkan saya mencari penyelesaian dengan cara letak anak2 pokok keluarga cucurbit ini dalam kelambu baby ini. Kelambu anak2 teruna dikorbankan demi anak2 pokok cucurbit ini. Sebelum itu minta persetujuan Mr Chef dulu. Maklumlah dia yg beli. Alhamdulillah, anak2 pokok terselamat dari santapan kekabuh timun. Minggu lepas, apabila dah kelambu-off selama beberapa hari dan tiada bayang2 kekabuh timun pun jadi saya telah alih Labu siam checkers, petola kebunbahagiabersama dan spagetti squash kebunbahagiabersama ini ke tempat sepatutnya. Semoga dapatlah merasa hasilnya nanti. Amin



Sunday, February 17, 2013

Menunggu saat untuk menuai Tomato F1 303

Assalamualaikum,
Ini kali kedua saya menanam tomato. Yang pertama gagal, tapi setelah mengikuti perkembangan dan hasil tomato Lynnhelite, rasa bersemangat pula nak tanam tomato tapi kali ni guna benih dibeli di tanamsendiri.com bukan yg beli di pasar :) Ada 3 pokok kesemuanya tapi yg dua pokok ni saja yg berbuah. Yang sepokok lagi macam dianaktirikan sebab terselindung di sebalik rimbunan ulam raja. Kadangkala terlupa ada sepokok lagi :) Sejak saya hand pollinating guna kaedah dari pembacaan dan video di sini, mmg agak banyak yg sudah menghasilkan buah. Kari (Tomato tanam sendiri + bendi tanam sendiri + salmon beli sendiri), nikmat! Alhamdulillah.

Saturday, February 16, 2013

Cili kulai king mula berbuah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Cili kulai king ini benihnya saya beli dari tanamsendiri.com. Saya tabur dalam bekas semaian dan apabila besar mencecah dalam 5 cm saya alih pula ke dalam kotak tetrapak kitar semula. Sebelum masukkan tanah ke tetrapak saya letak baja tahi ayam dulu dan kemudian baru tanah dan kemudian barulah anak pokok cili kulai king. Cili kulai king ini saya tanam satu batch dengan red capsicum. Mereka memang membesar bersama-sama. Lebih kurang sebulan lebih juga anak-anak pokok cili kulai king ini berada dalam tetrapak sehinggakan akarnya terkeluar dari kotak kerana pada waktu itu setiap hujung minggu memang saya sibuk melawat anak-anak yg dihantar ke kampung :) (Disember 2012). 

Setelah dialih ke rumah tetapnya (polibeg) dan dibaja dengan air ikan 2 minggu sekali, cili kulai telah membesar bagai johan. Tapi tidak lah kurus dan tidaklah gemuk juga. Sedang-sedang saja. Cuma pertumbuhannya cepat. Sekarang pokoknya semakin meninggi. Setakat ini belum ada cili yg menjadi merah. Semuanya hijau-hijau belaka tapi saya petik juga untuk digunakan dalam masakan. Saya mempunyai 4 pokok cili kulai king dan 3 sudah berbunga dan berbuah. Ini bukanlah kali pertama tanam cili. Sebelum ni banyak kali juga cuba tapi tak menjadi. Alhamdulillah kali ni menjadi setelah merujuk cara-cara menanam cili daripada tanamsendiri.com.



Tuesday, February 12, 2013

Tuaian Gong Xi Fa Cai 2013

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Selamat tahun baru Cina kepada rakan2 yg menyambutnya. Alhamdulillah, selama cuti panjang Gong Xi Fa Cai ini dapatlah menuai hasil kebun depan rumah setiap hari.  Kami sekeluarga tidak ke mana-mana. Memang berehat di rumah sambil melayan karenah anak2 yg pelbagai ini. Macam tahu2 saja tahun baru cina, mesti ada warna merah dalam hasil tuaian :) Sikit sana sikit sini dapat jadi juadah makan tengahari keluarga kami (selalunya sampai ke dinner sekali). Esok kembali ke rutin biasa. Abah kerja, mama kerja, kids pergi school \^_^/


Hasil tuaian 9/2/2013
Bayam malabar merah, bendi dan cili kulai king


Hasil tuaian 10/2/2013
ulam raja, daun ketumbar, rossele dan benih ulam raja


Hasil tuaian 11/2/2013
asin-asin, hon tsai tai, bendi, ulam raja, kobis cina, kailan dan benih ulam raja

Teringat dulu masa kecil di kampung buat bunga asin2 ni lekat di cuping telinga konon  macam subang :) nostalgia di Lenggong


Hasil tuaian 12/2/2013
pandan, bunga telang, pucuk costus woodsonii, ulam raja, bendi, bayam malabar merah, cili kulai king,  asin-asin, benih rosselle dan benih ulam raja



Sunday, February 10, 2013

Tong kompos

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kids panggil tempat ni compost pile disebabkan terpengaruh dengan kartun kegemaran mereka Max and Ruby.  Sebenarnya compost pile ni belum sepenuhnya siap kerana masih kekurangan engsel dan pemegang. Mr Carpenter baru lepas sibuk menyiapkan pagar sementara untuk elak kucing membuang air besar dan kecil di dalam pasu2 dan containers. Tak lama lagi compost pile ini akan bertukar menjadi raise bed. Perancangannya nak tanam jagung dan kacang panjang dalam ni. Setakat ni kompos belum digunakan. Mungkin di bawahnya sudah masak. Tapi tak keluar2  pun dekat lubang bawah penutup putih bhgian depan tu. Kononnya nak guna concept first in first out tapi rupa first out pun tak nampak bayang. Walaupun begitu saya tetap juga memasukkan bahan2 terbuang untuk kompos. Tidak semua bahan organik sesuai dijadikan kompos.  Saya hanya masukkan sisa sayuran dan rumput rumpai laman rumah. Kadang2 kalau rajin pagi2 tolong juga pekerja bandaran sapu daun2 kering depan rumah lepas tu masukkan dalam tong kompos ni. Compost pile ini adalah inspirasi daripada sebuah laman web luar negara. Tak ingat dah URL nya. Ada beberapa rekabentuk compost pile dicadangkan kepada Mr Carpenter. Dia setuju buat yg ini. Mungkin tak rumit sangat agaknya.  Kos membuatnya hanya batu bata. Kayu- kayan pula ambil free dari tempat longgokan sampah di belakang Tesco Extra Seksyen 13. Macam scavenges la  pula. Janji free :) Baru2 ini Mr Carpenter(yg juga Mr Chef) telah menghadiahkan sebuah compost bag yg agak praktikal untuk rumah kami yg tidak bertanah banyak ini. Terima kasih daun keladi \^_^/ Jadi bolehlah guna bahagian tanah sebelah kiri untuk bercucuk tanam.
 

Saturday, February 9, 2013

Salatah Costus Woodsonii

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hujung minggu lepas, Mr Chef masak beef steak. Setiap kali buat steak Mr Chef semestinya akan buat brown sauce dan salatah. Salatah boleh kita jumpa di restoran2 arab di makan bersama nasi arab. Kiranya macam sambal belacan kita lah. Salatah kali ni istimewa sebab Mr Chef letak pucuk coctus woodsonii yg saya tuai. Saya ingat nak makan begitu saja buat ulam tapi tgk2 Mr Chef letak dalam salatahnya. Rasa pucuk ni masam2 manis. Esoknya banyak pula  pucuk2 baru muncul. Saya tuai lagi untuk buat ulam pula.  Semasa nak makan kene hati-hati periksa dulu jika ada semut. Mmg banyak semut yg suka hurung bunga ni. Tambah lagi pilihan ulam-ulaman di Petak Hijau. Alhamdulillah.


Friday, February 8, 2013

Red Capsicum yang masih hijau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada mulanya memang saya tak perasan langsung akan loceng2 ini sebab daun-daunnya yg agak lebar menutupinya. Hujung minggu lepas selak2 daun ternampaklah sekelompok loceng2 yg hijau ini. Alhamdulillah. Agak teruja melihatnya sebab ini adalah kali pertama saya menanam capsicum. Benihnya saya ambil dari buah yg dibeli di Checkers. Ia adalah sejenis capsicum merah. Selama ni saya hanya suapkan dengan air kisar perut dan kepala ikan setiap 2 minggu. Selepas ni menunggu untuk bertukar warna kepada merah. Bilakah agaknya tu. Anda bakal menjadi bahan dalam sayur gril Mr Chef wahai red capsicum semua :)


Thursday, February 7, 2013

Hasil tuaian yang memberi semangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setiap kali menuai hasil di laman rumah terasa sangat puas hati. Walaupun tidaklah sebanyak mana tapi mampu membakar semangat berkebun. Semangat makin membara untuk terus berkebun dan mencuba menanam tanaman lain pula. Saya kene variasikan lagi tanaman-tanaman di laman rumah sebab tak banyak variasinya pun. Daripada hasil tuaian minggu lepas Mr Chef buat daging salai masak lemak yg diletakkan daun kunyit dan Thai Basil. Memang sedap sehingga bertambah-tambah makannya. Daun asin2 Mr Chef buat sayur air biasa yg menjadi kegemaran kids. Bendi pula dibawa ke minggu ini sebab tak kene pula letak dalam masak lemak. Ulam raja mmg sudah menjadi kemestian dalam hasil tuaian. Bunga ulam raja pula digunakan sebagai penghias meja makan. Beberapa kuntum biji benih ulam raja juga dituai. Benih ini akan disimpan untuk semaian masa hadapan. Benih ni mesti disimpan. Nostalgia Nurseri Anak Yatim BaitulHidayah.

Apabila saya tuai rosselle saja mesti kids akan gembira. Smallkid suka nak tolong masak atas dapur tengok warna merah yg menarik tu. Bigkid pula tak sabar nak minum hasilnya. Nak cepat sejuk dia akan letak dalam freezer. Seperti biasa, rosselle mmg laris. Seharian buka tutup fridge nak minum air. Kalau jual kepada kids mmglah untung mama ni :) Pernah dulu main jual2 aiskrim dengan kids. Kecoh mereka korek tabung sebab nak beli aiskrim mama jual. Kelakar pun ada. Kalau motor aiskrim lalu depan rumah mmg mereka tak layan sebab mereka tahu mama mereka pun jual aiskrim :) hehe... Di antara penjual aiskrim bermotor dan mama...mestilah mama mereka yg penting. Seorang mama berada di tempat 3,4 dan 5 selepas Allah dan Rasul. Itulah yg selalu diingatkan kepada anak-anak teruna saya.


Wednesday, February 6, 2013

Gladioli ketiga pemalu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Gladioli ketiga saya ini yg berwarna merah macam malu-malu nak memgeluarkan bunga. Mungkin pada awalnya saya letak di tempat yg shade sikit rasanya. Apa2pun nanti akan disimpan bulbnya  untuk ditanam di lain masa.




Tuesday, February 5, 2013

Gladioli kedua akhirnya berkembang mekar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Setelah 2-3 hari saya buang ulat yang menyerang, Gladioli kedua mula berkembang  mekar. Alhamdulillah warnanya putih berseri lagi suci. Alhamdulillah.


Sunday, February 3, 2013

Bunga ulam raja penghias meja makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Disebabkan Petak Hijau sangat meriah dengan bunga ulam raja, saya pun telah mengutip sebahagiannya untuk dijadikan jambangan comel di atas meja makan. Dapatlah menatap 2-3 hari bunga ulam raja sambil makan :)



Saturday, February 2, 2013

Rumah baru Floating Lettuce


Assalamualaikum,
Rumah asal Kiambang ini adalah sebuah akuarium lama yg tak digunakan lagi. Kiambang ini dapat percuma semasa membeli belah pokok2 di nurseri Kampung Melayu Sg Buloh. Pada suatu hari jiran  sebelah kiri sudi memberi pasu tak berlubangnya kepada kami. Sebelum itu saya dah cakap dgn Mr Chef minta tolong tanyakan jiran (yg juga kawan sepejabatnya) sama ada dia nak jual pasu tersebut. Sebabnya saya nampak pasu tersebut terbiar tak digunakan. Mungkin atas semangat kejiranan (dan kesepejabatan) jiran berbangsa cina ini sudi memberi pasunya tanpa menjualnya. Alhamdulillah.

Asalnya kiambang ni ada 5 kuntum. Tak perasan kuntuman telah bertambah. Patutlah padat sangat tgk dalam akuarium tu. Setelah berumah baru, kiambang kelihatan selesa bergerak ke sana ke mari :) Selalu juga saya periksa jika ada jentik-jentik yg membiak. Risau rumah kiambang menjadi tempat pembiakan jentik-jentik pula. Memang airnya bebas jentik-jentik!

Kiambang dikatakan mempunyai kandungan kalium yg tinggi. Mungkin saya boleh gunakan airnya untuk menyiram tanaman berakar, contohnya lobak. Cuba jangan tak cuba! Blog Dedaun Alam oleh En Adry Daud pernah menceritakan perihal kegunaan kiambang ini. 


Friday, February 1, 2013

Projek Bunga Matahari anak-anak

Assalamualaikum,
Pertama kali saya dan anak2 tanam bunga matahari batangnya kecil sahaja. Apabila berbunga, bunganya tunduk ke bumi sebab batangnya tak boleh menampung kuntum bunganya, ibarat orang kurus berkepala besar. Disebabkan ketidakseimbangan itu akhirnya pokoknya rebah ke bumi. Anak-anak yg teruja pada mulanya melihat bunga matahari, akhirnya kecewa kerana sekejap saja dapat tengok bunga matahari.

Tips dari tanamsendiri.com mmg sangat membantu. Daripada tips yg diberi, saya pertingkatkan kaedah semaian, lokasi dan pembajaan. Saya semai banyakkk biji2 benih belian dari Kebun Bahagia Bersama dan pemberian Lynnhelite  di lokasi yg bertanah pasir. 90 peratus bercambah, tapi yg benar2 membesar bagai johan ada 4 pokok saja. Yang lain2 kemetot sebab tak dapat cahaya matahari agaknya. Saya pun dah tak ingat baka jenis bunga matahari apa yg disemai.

Alhamdulillah. Hasil kali ini menggembirakan anak-anak. Pokok tinggi daripada saya, tinggi dari pagar rumah. Walaupun kelopak bunganya tidaklah memberangsangkan sangat tapi bunga2nya dapat menceriakan Petak Hijau. Anak2 pun gembira kerana sebelum ke sekolah mereka akan periksa bunga matahari mereka dahulu. Suatu pagi mereka sedih kerana ada pokok yg patah dek kerana angkara kucing. Tapi sebab kucing yg buat anak-anak diam saja. Tidak pula mereka mengomel bising. Kucing lebih utama daripada bunga matahari nampak gayanya. Untuk semaian bunga matahari yg seterusnya saya bercadang untuk semai di dalam bekas dan diletakkan di luar pagar rumah untuk melihat keberhasilannya pula. Saya akan bentangkan dulu kepada anak-anak sebelum memulakan 'Projek bunga matahari luar pagar' ini untuk melihat keterujaan mereka! \^_^/



Kids tengah bantu mamanya keringkan sunflower untuk ambil biji benih.