Tuesday, February 19, 2013

Keluarga cucurbit dalam kelambu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kekabuh timun yg datang menyerang bertalu-talu menyebabkan saya mencari penyelesaian dengan cara letak anak2 pokok keluarga cucurbit ini dalam kelambu baby ini. Kelambu anak2 teruna dikorbankan demi anak2 pokok cucurbit ini. Sebelum itu minta persetujuan Mr Chef dulu. Maklumlah dia yg beli. Alhamdulillah, anak2 pokok terselamat dari santapan kekabuh timun. Minggu lepas, apabila dah kelambu-off selama beberapa hari dan tiada bayang2 kekabuh timun pun jadi saya telah alih Labu siam checkers, petola kebunbahagiabersama dan spagetti squash kebunbahagiabersama ini ke tempat sepatutnya. Semoga dapatlah merasa hasilnya nanti. Amin



12 comments:

  1. waaa....saya pun ada kelambu tu. Tak terfikir pula nk buat mcm ni. Thanks,lepas ni nk try la buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kene serang teruk terhadap tanaman yg lepas mmg cr info kat gugle. Ramai yg suggest gardening fleece which i dont have. Jd...kelambu ank jd mangsa :)

      Delete
  2. letak kelambu berkesan yer...hmmm kelambu lak takder..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur kekabuh lari cepat. Kalau ada jugak lg...xtahulah toddlers cucurbit ni blh survive sbb cepat membesar

      Delete
  3. jaring boleh kot (tgh mencari2 yg sesuai..)

    ReplyDelete
  4. waaa thanks infonya :D menarik sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah kritikal macam2lah otak ni nak cari alternatif :)

      Delete
  5. kekabuh mentimun ni ganas sangat kan.. pokok kundur saya habis mati tak sempat membesar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt ganas. Sebelum ni timun dan labu manis amber habis dikerjakan. Lama jugak nak menyemai cucurbit. Bila tgk dh mcm xde semai lah. Tapi...ada jugak yg datang lagi. Sayangkan anak2 pokok terpaksa perah otak cari altrrnatif. Inilah hasilnya

      Delete
  6. Bila dalam nursery seedlings takde pula kekabuh datang kacau. Bila pindah tempat permanent mula lah datang yang tak tahan berasrama depan kita langsung tak lari melekat berdua. Terus di ehem ehem ehem di tempat kejadian untuk tinggalkan baunya. Sebab serangga-serangga selalu tak suka bau mayat yang sejenisnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tahu yg last statement tu. Lepas ni bunuh dan lekat kat situ :)

      Delete