Thursday, April 25, 2013

Sikitnya tak cukup, banyaknya tak puas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah, untuk tuaian minggu ketiga April 2013 ini, petola telah saya tuai. Sebab tak sabar punya pasal nak makan petola sulung tanam sendiri :) Teringat cadangan Diana Kebun Bahagia Bersama, tuailah dalam 25cm sebab rasanya manis. Rasanya tak sampai 25cm pun saya dah tuai :) Cuaca sekarang panas, pokok petola sering layu kekeringan. Jadi sebelum apa-apa berlaku moleklah kiranya saya tuai untuk buat masak lemak putih. Hon Tsai Tai pun dituai muda untuk dimasak sekali dengan petola. Thai basil dituai untuk dimasukkan juga ke dalam masak lemak putih. Syukur, alhamdulillah, bendi pula tak putus-putus berbuah. Terlambat ambil alamat keraslah ia. Untuk hujung minggu lepas Mr Chef tidak gunakan dalam masakan. Saya bercadang nak rebus dan makan bersama budu untuk santapan malam. Bunga telang seperti biasa akan dibuat sirap biru dan dimasukkan lemon. Dah hampir habis dah pun. Muaz, anak sulung saya, awal-awal lagi sudah pesan supaya masukkan siap-siap dalam botol airnya untuk bekalan ke sekolah esok. Cili kulai dan tomato dituai untuk dimasukkan dalam masakan puyuh masak kicap. Biji benih bunga telang dan bendi singa pun dituai. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan rezekiMu ya Allah.



Perbezaan di antara petola pasar (top) dan petola sendiri (bottom) yg dituai muda. Rasanya memang manis dan sedap!



Memetik kata-kata Ustaz Pahrol :
Rezeki yang berkat ~ Sikitnya mencukupi, banyaknya boleh memberi
Rezeki yang tidak berkat ~ Sikitnya tak cukup, banyaknya tak puas

Semoga rezeki yang kita perolehi adalah berkat. Amin.


14 comments:

  1. yg muda kita makan(petola),yg tua sabutnya buat basuh pinggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak tua. tunggu benih semuamenjadi pula nnt :)

      Delete
  2. Alhamdulillah...hasil dari kebun...semuanye segar2...bestnye, bunga telang tu mcm selalu ada dlm koleksi setiap kali tuaian zam, besar ke pokoknye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bung telang mmg banyak bunganya.ada 2 pokok dok melilit pagar...batangnya daj sebesar ibu jari

      Delete
  3. Salam Zam,

    Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan, macam2 boleh masak!

    ReplyDelete
  4. petola tu tajam pulak hujungnya ya? Saya pun baru hari tu rasa petola ni walaupun dah lama ada.. Selalu tunggu tua amik buat mandi atau basuh pinggan je. Tak tau kenapa takde perasaan nak makan. Rupa-rupanya rasanya lebih kurang petola segi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg tanam utk makan. bunganya bila banyak...cantik

      Delete
  5. Buah petola kecil yang manis si tikus pun kadang-kadang pergi makan bila buah tak lumayan di kebun.

    So colourful tuaiannya, banyak pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok mencari jugak petola yg muncul minggu ni. belum jumpa lagi

      Delete