Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ini adalah daikon segar yg dituai hujung minggu lepas. Biji benih dibeli dari Kebun Bahagia Bersama. Lobak dan daunnya dibuat sayur masak lemak putih. Tidak sempat nak ambil gambar hasil lobaknya, Mr Chef dah potong untuk dimasak. Daikon cepat membesar dan memberi hasil dalam masa sebulan lebih. Semasa saya tuai tidaklah besar sangat sebab sekarang kami kekurangan sayur di Petak Hijau. Saya tuai jua untuk elakkan kids bosan asyik makan sayur asin-asin.
Sempena hari Jumaat yg disarankan kita berdoa dan berwirid setiap masa ini, saya ingin kongsikan gambar lobak yg saya dapat dari seorang kawan yg menarik hati saya untuk dikongsi di sini. Sungguh terkesan. Peringatan untuk diri sendiri.
sedap kan lobak putih masak lemak putih.. alhamdulillah, kali ni nampak macam menjadi juga lobak putih saya. Mungkin minggu depan dapat tuai
ReplyDeletealhamdulillah. nnt update laa :)
DeleteSalam Zam,
ReplyDeletesegarnya lobak tu! Bagus peringatan tu sbb kita ni selalu lupa yang Allah beri ((sebab percuma tetapi cukup besar nilainya), kita biasa take for granted aja!
saya kurang berjaya dengan lobak, walaupun dikategorikan sebagai sayur senang nak tanam dan jaga. paling berjaaya pun dapat la sebesar ibu kaki..
ReplyDeletecuba lagi....chaiyokkkk
DeleteHehehheh carrot tu mcm sy punya...rambut Nya rimbun...tp isi kiut!
ReplyDeletenadia...at least awak dapat jugak rambut merimbun. saya apa pon xdak. jom cuba sampai jaya!!
ReplyDelete