Saturday, August 29, 2015

Making laptop flashcard using old calendar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hujung minggu ini mari kita menghabiskan masa yang berkualiti membuat Art and Craft bersama anak-anak. Ini adalah satu contoh hasil yang mudah dan murah. Ini adalah tugasan sekolah Muaz dalam subjek komputer. Para pelajar perlu membuat flash card untuk contoh-contoh peranti Input, Output dan Storan. Hanya menggunakan kalendar dan washi tape dapatlah hasil yang sebegini. Printer juga diperlukan untuk mencetak apa yang perlu. Washi tape yang cantik-cantik dan murah boleh dibeli di Instagram Shop - nukunuku.washi dan wtc.heydiyers.

Idea upcycle juga boleh memberi idea yang sangat murah kepada ibubapa untuk membuat flashcard untuk anak-anak yang sedang belajar membaca. Keyboard tu hanya cari dalam internet dan print ikut lebar kalendar. Seronok pulak anak-anak main keyboard sambil tekan-tekan meskipun keyboard yang dicetak sahaja. Budak-budak zaman sekarang!

Jangan dibuang kalendar lama ya!





Sehingga berjumpa lagi dan selamat berhujung minggu!


3 comments:

  1. Kreatifnya kak Awin :) Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Bagus idea flashcards untuk budak autism yang ada masalah language.

    ReplyDelete
  3. Wahh...satu lagi idea kreatif...bagus ni...

    ReplyDelete