Saturday, August 16, 2014

Cerita raya di Bukit Jenun, Pendang, Kedah, Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bukit Jenun merupakan kampung Tok Wan Mr Chef. Tempat nostalgia arwah mak Mr Chef yg juga tempat kegemaran anak-anaknya. Kami pergi pada hari raya kedua. Anak-anak bangun awal pagi seperti biasa teruja nak pergi rumah Tok Nab. Tok Nab menjamu kami dengan lemang, rendang daging, rambutan dan buah jentik-jentik. Sambil kami suami isteri bersembang mesra dengan Tok Nab sebab sudah lama tak berjumpa, anak-anak pula sibuk keluar rumah mengejar ayam dan itik. Tak lama lepas tu mohon pula nak masuk reban ayam. Oh anak-anak bandar! Teringin juga rasanya nak bela ayam dan itik sendiri.

Anak-anak juga telah menghabiskan lemang dan rendang Tok Nab yang  sedap. Sejak daripada itu asyik minta nak makan lemang saja apabila balik ke Lembah Klang. Sebelum pulang Tok Nab bekalkan kami dengan lebih kurang 20 biji telur ayam kampung dan buah jentik-jentik. Alhamdulillah. Bekalan organik dan berkhasiat dari Bukit Jenun, Pendang, Kedah, Malaysia!


Anak-anak teruja menjentik-jentik kulit buah jentik-jentik ini supaya dapat makan isi di dalamnya. Ada rakan Instagram yang mencadangkan agar buah ini dibuat sos pasta! Macam sedap juga.

Telur ayam kampung pemberian Tok Nab. Perasaan macam dapat telur emas.


Kedamaian sawah padi

Perbincangan adik-beradik di tepi reban ayam. Sungguh tertarik dengan jaring seperti jala ini. Jaring ini bukan besi. Tiba-tiba saya dapat idea untuk digunakan di Petak Hijau untuk tumbuhan memanjat.

Arnab pun ada juga. Macam-macam haiwan!



Di depan reban ayam juga mahu bergambar!


Memori beraya tahun ini dari hari pertama ke hari kelima, diabadikan di dalam sebuah scrapbook untuk subject English. Syukur Alhamdulillah, ada kisah untuk dinukilkan.



18 comments:

  1. salam aidilfitri awin maaf zahir batin..
    buah jentik tu apa rasa dia masam2 manis ker? mcm tomato cerry pulak,,
    seronok nya herro 2 org tu siap bergambar dpn reban,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya. Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah. Rasanya masam2 manis Cucubulat. Saya mmg suka! Peminat reban ayam.

      Delete
  2. Buah jentik tu..nostalgia betul...Kecil2 dulu tengok buah ni sedap lah sangat...Dah tua tak terasa nak makan pun...

    ReplyDelete
  3. As Salam awin,
    cantik la buah jentik-jentik...ingat cherry tomato tadi...telur kg tu nmpk segar betui la awin...terbaik dari ladang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...yg itu setelah dibuang kulitnya....dijentik oleh anak2. Kita pula kene makan...tapi saya suka :)

      Delete
  4. semuanya mengembalikan nostalgia kanak2...me'ligan' ayam....hehe
    buah jentik-jentik tu seronok jentik ja tapi tak makan sangat....

    ReplyDelete
  5. menarik juga buat paste.
    Tiap-tiap kali hantar Ilhan kat sekolah dok teringin nak beli anak-anak ayam dekat kedai luar sekolah tu.

    ReplyDelete
  6. 20 biji telur ayam kampung! Wow...and the scrapbook for Eid Fitr..sounds interesting. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki telur ayam segar dari Bukit Jenun. Scrapbook subject english....marathon buat 3 scrapbook 3 different subjects hari terakhir cuti raya. Alhamdulillah...puas hati dpt tolong Muaz buat.

      Delete
  7. Buah jentik jentik pertama kali dengar..ingat tomato bila tgk gambar nya...
    Scrapbook!! Lama betul tak buat scrapbook...:D
    Kan kalau rumah bertanah luas n jarak sikit dengan jiran..mmg nak bela ayam itik..dapat hasil organik!

    ReplyDelete
  8. Salam Awin,

    Seronoknya pengalaman balik kampung terutama utk the boys tu. First time Mak Aji kenal buah jentik2 ni - kalau rasa dan rupa dah agak2 macam tomato bolehlah dibuat kuah pasta tu. Teringat pula pengalaman bela ayam di laman satu ketika dulu - cuma tak tahan kena cuci lantai porch je. Mak Aji bagi syarat kpd Pak Aji, nak bela boleh tapi dalam reban dan kena buat compound utk ayam lari2. Terus x jadi bela ayam lagi!

    ReplyDelete
  9. If you are going for best contents like myself, simply pay a quick
    visit this site daily because it provides feature contents, thanks

    Here is my weblog :: it project business case template

    ReplyDelete
  10. Salam Bahagia Awin.

    Bilalah dapat khabar berita dari petak hijau.

    Take Care.

    ReplyDelete
  11. bestnya dpt jumpa orang bukit jenun, orang kampong kaknoor jugak, walaupun skrg ni kaknoor dha tinggal dibrunei, tapi bukit jenun adalah tanah tumpah darah ku

    ReplyDelete