Thursday, January 1, 2015

Ubi kayu tanam sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua,

Meski sudah lama tidak menulis di sini, tetapi saya masih berkebun sikit-sikit. Jika ada yang mengikuti perkembangan di Instagram saya, boleh dapat maklumat perkembangan Petak Hijau :) Tidak banyak perkembangannya. Hasil tuaian yang hampir sama saja setiap kali. Agaknya ada yang bosan membacanya. Tujuan saya hanyalah untuk menarik minat rakan-rakan lain untuk sama-sama berkebun di rumah.

Tahun 2015 adalah tahun ketiga saya menceburkan diri dalam bidang perkebunan. Masih perlu mencari gali ilmu penanaman dan dipratikkan. Alhamdulillah, bermula tahun ini saya juga dapat menjadi pekebun kecil sepenuh masa :) Perancangannya ingin memaksimakan ruang kecil depan dan belakang rumah untuk pokok-pokok tanaman makanan, serta meminimakan pembelian sayur-sayuran daripada pasar.

Semalam 31 Disember 2014, saya membuat rondaan pagi untuk melihat perkembangan tanaman di Petak Hijau. Sebenarnya, saya baru pulang dari cuti panjang selama hampir 3 minggu, di rumah ibu saya di Kedah. Melihatkan pokok ubi kayu pemberian Diana Kebun Bahagia Bersama pada Mac 2014 yang lalu sudah meninggi, maka saya berkeputusan untuk menuainya untuk sarapan pagi kami. Alhamdulillah, hasilnya bolehlah tahan juga. Pokoknya tak dijaga langsung. Sesuai ditanam bagi mereka yang sibuk.

Perancangannya mahu buat bengkang ubi kayu. Memandangkan nak cepat, maka kami rebus makan begitu sahaja. Sepatutnya makan dengan kelapa parut campur garam gula, tapi tak lalu pula nak beli kelapa parut kedai depan tu. Tahap kebersihannya agak kurang. Perlu cari pemarut kelapa yang duduk tu nak parut kelapa sendiri baru puas hati. Akhirnya, saya campur dengan tepung gandum, maka jadilah getuk ubi kayu :) rasanya bolehlah nak alas perut sebelum makan tengah hari.

Batang ubi kayu yang telah matang saya tanam semula di Petak Hijau sebelah kiri. Perancangannya mahu jadikan trelis kacang panjang atau pokok memanjat yang berjangka hayat pendek. Kesimpulannya, memang seronok tanam ubi kayu!



5 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah dapat juga isi perut dengan hasil dari tangan sendiri yang menanam untuk family.
    Semoga 2015 ini lebih shining kebun kita.
    Tukang kebun tengah on the way pergi Pekan Nabalu.

    ReplyDelete
  2. Assalam Awin.. selamat tahun baru 2015..K Mar pun dapat keratan ubi kayu dari Diana... sekarang ni ditinggalkan aja di Seremban...seronok K Mar dengar Awin dah dapat berkebun sepenuh masa..

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru Awin. Tahniah kerana masih terus berkebun.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum awin, singgah follow awin, kaknoor sebenarnya dari bukit jenun jugak, tapi skrg dah tinggal kat brunei, best nya dengar cerita orang dari kampong yg sama

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum awin, singgah follow awin, kaknoor sebenarnya dari bukit jenun jugak, tapi skrg dah tinggal kat brunei, best nya dengar cerita orang dari kampong yg sama

    ReplyDelete