Sudah masuk bulan keempat saya menjadi pekebun sepenuh masa. Alhamdulillah saya sungguh bahagia kerana dapat bermain tanah, menatap dan membelek tanam-tanaman sesuka hati saya :) Aktiviti kebun selalunya dilakukan pada sebelah pagi dan terhad kepada aktiviti menyiram dan mencabut rumput rumpai. Kawasan Petak Hijau tidaklah besar, tetapi terasa banyak yang tidak sempat dilakukan. Tiba-tiba terfikir, bagaimanakah tukang-tukang kebun yang mempunyai kawasan yang luas menguruskan kebun mereka sendirian. Kagum!
Sudah masuk minggu kedua hujan setiap hari di Pinggiran USJ. Alhamdulillah, aktiviti menyiram boleh diabaikan ketika ini. Masa yang terluang itu boleh digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja tertunggak di dalam rumah. Rasulullah ﷺ mengajar kita untuk berdoa ketika hujan turun. Doanya ringkas dan mudah untuk dihafal. Jom kita hafal dan amalkan.
[ Sumber ]
Hari ini terasa buntu untuk menyediakan santapan malam untuk keluarga. Terus keluar ke laman sambil kepala ligat mencari idea. Alhamdulillah, hari ini dapat menuai roselle, asparagus Jersey Giant, daun kari, tampaka, ulam raja dan pudina. Daripada hasil tuaian ini dah tahu nak padankan dengan apa yang ada di dalam peti ais. Tampaka mahu diletakkan dalam sayur tau miu. Tampaka sangat baik untuk menambah hemoglobin darah. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut. Penjagaannya juga sangat mudah. Pokok yang menghuni di Petak Hijau ini pun dibiarkan saja tanpa belaian. Tidak semua hasil tuaian tampaka akan digunakan. Satu hari satu bawang tampaka akan diletakkan sebagai rencah dalam sayuran.
Sehingga bertemu lagi! :)
Tukang Kebun Petak Hijau,
Awin
Menyala-nyala tuaian tu. Syukur Alhamdulillah.
ReplyDeleteMudah nak ingat doanya.
Dah lama tak gali tampaka asyik terlupa. Dah berapa kali niat nak gali kasi hilang angin dalam badan ni.
Buang angin juga ya....bagus maklumat ni.
DeleteSaya berkenan dengan roselle jenis giant tu. Kat rumah jenis yang lain
ReplyDeleteAssalam Awin... akak tak sempat nak menuai si mary.. sekejap aje dah jadi pokok
ReplyDeleteKalau ikut Diana, tinggalkan 3 batang supaya dapat beri tumpuan untuk menghasilkan shoot baru yg gemuk. Mary saya dah macam kena penyakit fusarium. Tapi alhamdulillah, baru2 ni tgk tumbuh kembali. Syukur alhamdulillah sangat
DeleteDah lama tak update kan...good to see you are back. 'bahagia', just perfect how you described it. ;-)
ReplyDelete